Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER
GLISTER Multi-Action White Tea Toothpaste memanfaatkan rasa teh putih yang halus dan kuasanya untuk meningkatkan kesihatan mulut serta menentang penyakit gigi dan gusi.
MENENTANG BAKTERIA MULUT & MENCEGAH KEROSAKAN GIGI
GLISTER Multi-Action White Tea Toothpaste kaya dengan antioksidan dan meningkatkan kesihatan mulut dengan banyak cara: (1) Menentang bakteria - punca nafas berbau dan plak; (2) Menguatkan enamel gigi dan permukaannya untuk mencegah kerosakan gigi dengan flourida semula jadi; (3) Mengimbangkan tahap pH mulut untuk gigi dan gusi yang lebih sihat.
MELAWAN BAKTERIA & PERTUMBUHAN GIGI DENGAN MINERAL SEMULA JADI
GLISTER Multi-Action White Tea Toothpaste mengandungi Teh putih, teh berkualiti tinggi yang jarang ditemui diperoleh dari Wilayah Fujian, China. Ia begitu unik dari segi manfaat dan penanamannya, ditanam pada ketinggian 1,000 meter di atas aras laut. Hanya bahagian pucuk dan daun yang muda dan lembut dipetik kerana khasiatnya yang kaya dengan antioksidan dan rasanya yang manis lagi nipis. Tahukah anda bahawa radikal bebas akibat merokok dan tabiat makan yang buruk boleh memberi kesan yang serius kepada kesihatan mulut anda? GLISTER Multi-Action White Tea Toothpaste mempunyai antioksidan teh putih yang membantu menentang radikal bebas, mencegah daripada gingivitis, pembentukan plak dan kerosakan enamel. Teh putih juga merupakan sumber semula jadi mineral dan sebatian yang penting seperti fluorida, katekin dan tanin untuk menentang bakteria dan kerosakan gigi. Tentang bakteria dan kerosakan gigi dengan GLISTER Multi-Action White Tea Toothpaste hari ini!
Cara Mengguna
Dewasa dan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas: Berus gigi dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor gigi. Bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah: Gunakan ubat gigi tidak lebih daripada sebesar kacang pis (kurang daripada 5mm).
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar daripada tujuannya.
  • Elakkan daripada terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan rujuk doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan gunakan pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Kanak-kanak harus diawasi apabila mereka memberus gigi.
  • Jangan telan ubat gigi - kumur dan ludahkan selepas guna.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Berat
    200g

    CERAH. BERSERI.

    Dihasilkan untuk memberikan hasil yang cemerlang untuk sistem penjagaan mulut anda dengan senyuman yang lebih berseri dan lebih sihat.