Penjagaan kulit lanjutan untuk lelaki
ARTISTRY Men Gentle Face Wash
Dengan busa lembut, Pembersih Muka Lembut ARTISTRY MEN menanggalkan minyak berlebihan dan kotoran di samping mengekalkan kelembapan yang sangat penting bagi kulit lelaki. Haruman segar dan moden digabungkan dengan bahan berprestasi tinggi memastikan penampilan yang sihat, kemas dan rapi - menjadikannya pencuci muka yang ideal untuk lelaki. Pembersih Muka Lembut ARTISTRY MEN diuji secara dermatologi untuk alahan. Sesuai untuk semua jenis kulit.
PENCUCI MUKA LEMBUT UNTUK LELAKI
Pembersih Muka Lembut ARTISTRY MEN dirumus dengan kompleks DermaSync dwifasa yang eksklusif, khusus untuk kulit lelaki. Rumusan ini mengandungi memanik Mannan dan Jojoba yang melarut bagi membantu membersihkan liang. Selain itu, kompleks Shiso dan Aloe kami yang dipatenkan membantu megurangkan kerengsaan untuk semua jenis kulit.
RASA BERSIH DAN SEGAR
Pembersih Muka Lembut ARTISTRY MEN mensasarkan keperluan utama penjagaan kulit lelaki: kawalan minyak dan penghidratan. Dengan formula yang dihasilkan dengan teliti, ia membantu menggantikan lipid yang hilang. Pembersih Muka Lembut ARTISTRY MEN memberikan sedikit pengelupasan, mengurut kulit dan membersihkan liang, menjadikan kulit anda bersih, segar dan rapi.
PERBEZAAN DERMATOLOGI ANTARA LELAKI DAN WANITA
Dengan menggunakan data ARTISTRY F.A.C.E.S. - pangkalan data kulit hak milik jenama tersebut - saintis ARTISTRY telah berusaha daripada kajian bertahun-tahun dan kepakaran penjagaan kulit, mengkaji perbezaan biologi antara kulit lelaki dan wanita. Rangkaian penjagaan kulit termaju ini telah disesuaikan kepada keperluan unik bagi keseimbangan tahap minyak dan penghidratan, memaksimumkan kesihatan kulit lelaki. Sebab Kulit Lelaki Berbeza: (i) Oleh sebab peningkatan tahap testosteron, lelaki mengeluarkan tahap sebum yang lebih tinggi, menjadikan kulit mereka lebih berminyak dan berkilat; (ii) Lelaki lebih cenderung mempunyai tahap Faktor Pelembapan Semula Jadi (NMF) yang lebih rendah dan ini menyebabkan kulit mereka lebih terdedah kepada kekeringan pada permukaan; (iii) Kulit lelaki lebih sensitif kepada kerosakan, menyebabkan kulit mereka lebih terdedah kepada kekeringan melalui kehilangan kelembapan.
LELAKI BOLEH MENGHARAPKAN TEKNOLOGI DERMA SYNC
Kulit lelaki menghadapi cabaran yang unik. Di samping boleh mengalami pengeluaran minyak berlebihan dari dalam, ia juga boleh menjadi kering pada permukaan. ARTISTRY Men menampilkan produk termaju dan khusus yang memenuhi keperluan khusus lelaki. Teknologi DermaSync Bahan campuran dwifasa untuk kawalan minyak dan pengurusan lembapan ini membantu memulihkan kulit lelaki dan menyerap kelembapan untuk penampilan lebih muda yang ketara. Ia juga membantu mengimbangkan semula tahap minyak dan penghidratan anda agar kulit anda kelihatan lebih sihat dan menentang dengan lebih baik tanda penuaan yang jelas. Kompleks DermaSync bertindak dalam dua fasa: FASA SATU: KAWALAN MINYAK Mengandungi bahan mengawal minyak seperti (i) Zink PCA dan Butil Avocadat - Menangani minyak berlebihan dan berkilat dengan mengurangkan pengaliran sebum di samping memperbaiki lembapan kulit; (ii) Witch Hazel - Astringen dan antioksidan semula jadi. Bahan ini membantu mencegah daripada berkilat, membuatkan kulit kelihatan sihat. FASA DUA: PENGURUSAN LEMBAPAN Mengandungi campuran bahan melembap termaju yang menghidrat secara mendalam dan membantu memperbaiki perintangnya. Liposom Faktor Pelembapan Semula Jadi membantu menghantar lipid penting dan melembap ke dalam kulit, tepat di tempat ia diperlukan. Bahan pelembap ini termasuk: (i) Seramida 3, Lesitin dan Beta-Sitosterol - Membantu mengukuhkan struktur dwilapisan lipid semula jadi kulit; (ii) Natrium Hialuronat - Bertindak sebagai bekalan lembapan semula jadi dan pelincir yang menyerap masuk lembapan, melembut dan menghidratkan kulit; (iii) Glukosamina HCl, Alga, Ekstrak Ragi dan Gliserin - Membantu meningkatkan pelembapan semula jadi kulit. Anda boleh mengharapkan Pembersih Muka Lembut ARTISTRY MEN!
WANGIAN BARU
Signature Fragrance yang baru ialah haruman bersih yang diilhamkan oleh alam semula jadi dan kesegaran dunia di sekeliling kita. Direka untuk lelaki moden, ia menampilkan elemen sitrus dan aromatik, diliputi dengan not epal yang menenangkan dan not bawah kayuan dan amber yang hangat. Haruman ini memberikan kesan bersih dan maskulin. Penggunaan yang sedikit membolehkannya hilang dengan pantas, jadi ia tidak akan mengganggu aroma cologne. (i) NOT ATAS: Not ozon, Pelaga. (ii) NOT PERTENGAHAN: Epal, Mandarin, Lemau Gedang, Iris. (iii) NOT DASAR: Kayu Cendana, Sedar, Amber, Kesturi. Pembersih Muka Lembut ARTISTRY MEN akan membuatkan anda berasa segar dan berbau harum selepas setiap cucian.
Cara Mengguna
  • Guna pagi dan/atau petang.
  • Basahkan muka dan tangan.
  • Picitkan sedikit pembersih ke tapak tangan dan gosok dengan hujung jari anda.
  • Sapukannya pada muka anda dan urut dengan lembut.
  • Guna air suam untuk bilas.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    115ml
    Bahan-bahan
    Air/Akua/Eau, Gliserin, Asid Stearik, Asid Miristik, Gliseril Stearat, Potassium Hidroksida, Asid Laurik, Tea-Cocoyl Glutamate, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Phenoxyethanol, Haruman/Parfum, Metilparaben, Alkohol, Mannan, Tocopheryl Acetate, Tetrasodium EDTA, Minyak Jojoba Berhidrogen, Ozokerite, Panthenol, Ekstrak Kulit/Ranting Hamamelis Virginiana (Witch Hazel), Propylparaben, Ethylparaben, Polyquaternium-39, Jus Daun Aloe Barbadensis, Butyl Avocadate, Prolina, Zink PCA, Talkum, Titanium Dioksida (CI 77891), Lesitin, Iron Oxides (CI 77491), Iron Oxides (CI 77492), Iron Oxide [Black CI 77499], Estrak Daun Perilla Ocymoides, Seramida 3, Beta-Sitosterol, Natrium Hialuronat, Glukosamina HCL, Urea, Ekstrak Alga, Ekstrak Ragi, Limonina, Linalool.

    DIRUMUS UNTUK KEJAYAAN

    Rangkaian lengkap penjagaan kulit moden yang dicipta khusus untuk kulit lelaki dan dikalibrasi untuk prestasi maksimum.