Penjagaan kulit lanjutan untuk lelaki
ARTISTRY Men Balancing Hydrator
Penghidrat Pengimbang ARTISTRY MEN melembap, mengimbang dan memejalkan kulit selepas cukuran. Ia menangani minyak berlebihan dan kilatan serta membantu melindungi daripada tekanan persekitaran dan kekeringan dengan melembapkan kulit dan mengekalkan perintang lipid pelindung. Ia juga mudah digunakan dengan rasa selepas yang tidak melekit dan berminyak serta menyerap dengan pantas ke dalam kulit. Penghidrat Pengimbang ARTISTRY MEN diuji secara dermatologi untuk alahan.
PENGHIDRAT PENGIMBANG PASCA MENCUKUR ANDA
Penghidrat Pengimbang ARTISTRY MEN dirumus dengan kompleks DermaSync dwifasa yang eksklusif, khusus untuk kulit lelaki. Perencat minyak Zink PCA dan Butil Avocadat membantu anda mendapatkan rasa selepas yang tidak berminyak. Penghidrat Pengimbang ARTISTRY MEN menyuburkan dan berkesan kerana mengandungi Kompleks Horse Chestnut, Aloe dan Tokoferol serta Kompleks Shiso dan Aloe yang dipatenkan untuk mengurangkan kerengsaan.
MENANGANI KERENGSAAN KULIT DAN MENGURANGKAN KEMERAHAN
Penghidrat Pengimbang ARTISTRY MEN mensasarkan keperluan utama penjagaan kulit lelaki: kawalan minyak dan penghidratan. Ia menangani kerengsaan dan mengurangkan kemerahan daripada bercukur. Selain itu, Penghidrat Pengimbang ARTISTRY MEN membantu mengurangkan penampilan dan rasa minyak berlebihan dan kilatan.
PERBEZAAN DERMATOLOGI ANTARA LELAKI DAN WANITA
Dengan menggunakan data ARTISTRY F.A.C.E.S. - pangkalan data kulit hak milik jenama tersebut - saintis ARTISTRY telah berusaha daripada kajian bertahun-tahun dan kepakaran penjagaan kulit, mengkaji perbezaan biologi antara kulit lelaki dan wanita. Rangkaian penjagaan kulit termaju ini telah disesuaikan kepada keperluan unik bagi keseimbangan tahap minyak dan penghidratan, memaksimumkan kesihatan kulit lelaki. Sebab Kulit Lelaki Berbeza: (i) Oleh sebab peningkatan tahap testosteron, lelaki mengeluarkan tahap sebum yang lebih tinggi, menjadikan kulit mereka lebih berminyak dan berkilat; (ii) Lelaki lebih cenderung mempunyai tahap Faktor Pelembapan Semula Jadi (NMF) yang lebih rendah dan ini menyebabkan kulit mereka lebih terdedah kepada kekeringan pada permukaan; (iii) Kulit lelaki lebih sensitif kepada kerosakan, menyebabkan kulit mereka lebih terdedah kepada kekeringan melalui kehilangan kelembapan.
LELAKI BOLEH MENGHARAPKAN TEKNOLOGI DERMA SYNC
Kulit lelaki menghadapi cabaran yang unik. Di samping boleh mengalami pengeluaran minyak berlebihan dari dalam, ia juga boleh menjadi kering pada permukaan. ARTISTRY Men menampilkan produk termaju dan khusus yang memenuhi keperluan khusus lelaki. Teknologi DermaSync: Bahan campuran dwifasa untuk kawalan minyak dan pengurusan lembapan ini membantu memulihkan kulit lelaki dan menyerap kelembapan untuk penampilan lebih muda yang ketara. Ia juga membantu mengimbangkan semula tahap minyak dan penghidratan anda agar kulit anda kelihatan lebih sihat dan menentang dengan lebih baik tanda penuaan yang jelas. Kompleks DermaSync bertindak dalam dua fasa: FASA SATU: KAWALAN MINYAK Mengandungi bahan mengawal minyak seperti (i) Zink PCA dan Butil Avocadat - Menangani minyak berlebihan dan berkilat dengan mengurangkan pengaliran sebum di samping memperbaiki lembapan kulit; (ii) Witch Hazel - Astringen dan antioksidan semula jadi. Bahan ini membantu mencegah daripada berkilat, membuatkan kulit kelihatan sihat. FASA DUA: PENGURUSAN LEMBAPAN Mengandungi campuran bahan melembap termaju yang menghidrat secara mendalam dan membantu memperbaiki perintangnya. Liposom Faktor Pelembapan Semula Jadi membantu menghantar lipid penting dan melembap ke dalam kulit, tepat di tempat ia diperlukan. Bahan pelembap ini termasuk: (i) Seramida 3, Lesitin dan Beta-Sitosterol - Membantu mengukuhkan struktur dwilapisan lipid semula jadi kulit; (ii) Natrium Hialuronat - Bertindak sebagai bekalan lembapan semula jadi dan pelincir yang menyerap masuk lembapan, melembut dan menghidratkan kulit; (iii) Glukosamina HCl, Alga, Ekstrak Ragi dan Gliserin - Membantu meningkatkan pelembapan semula jadi kulit. Anda boleh mengharapkan Penghidrat Pengimbang ARTISTRY MEN!
WANGIAN BARU
Signature Fragrance yang baru ialah haruman bersih yang diilhamkan oleh alam semula jadi dan kesegaran dunia di sekeliling kita. Direka untuk lelaki moden, ia menampilkan elemen sitrus dan aromatik, diliputi dengan not epal yang melegakan dan not bawah kayuan dan amber yang hangat. Haruman ini memberikan kesan bersih dan maskulin. Penggunaan yang sedikit membolehkannya hilang dengan pantas, jadi ia tidak akan mengganggu aroma cologne. (i) NOT ATAS: Not ozon, Pelaga. (ii) NOT PERTENGAHAN: Epal, Mandarin, Lemau Gedang, Iris. (iii) NOT DASAR: Kayu Cendana, Sedar, Amber, Kesturi. Penghidrat Pengimbang ARTISTRY MEN akan membuatkan anda berasa segar dan berbau harum selepas setiap cucian.
Cara Mengguna
  • Untuk digunakan selepas muka dibersihkan atau dicukur dengan pisau cukur:
  • Tuangkan sebesar saiz duit syiling ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh muka dan leher.
  • Gunakan siang dan/atau malam. Untuk digunakan sebagai pracukuran dengan pencukur elektrik:
  • Tuangkan sebesar duit syiling ke tapak tangan anda dan sapukan ke seluruh muka dan leher.
  • Biarkan kering sebelum mencukur.
  • Cukur. Untuk faedah maksimum, sapu lagi ARTISTRY Men Balancing Hydrator selepas mencukur.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    150ml
    Bahan-bahan
    Air, Alkohol Denat., Glycereth-26, Gliserin, Zink PCA, Hexylene Glycol, Mannitol, Caprylyl Glycol, PPG-5-Ceteth-20, Alkohol, Natrium Sitrat, Ammonium Glycyrrhizate, Tetrasodium EDTA, Haruman, Panthenol, Ekstrak Kulit/Ranting Hamamelis Virginiana (Witch Hazel), Jus Daun Aloe Barbadensis, Natrium Benzoat, Maltodextrin, Kafein, Zink Glukonat, Asid Sitrik, Butyl Avocadate, Prolina, Propanediol, Ekstrak Minyak Aesculus Hippocastanum (Horse Chestnut), Lesitin, Minyak Glycine Soja (Kacang Soya), Natriium Hialuronat, Tocopherol, Beta-Glucan, Seramida 3, Betasitosterol, Glukosamina HCL, Urea, Ekstrak Daun Perilla Ocymoides, Ekstrak Alga, Ekstrak Ragi, Ext. Violet 2.

    DIRUMUS UNTUK KEJAYAAN

    Rangkaian lengkap penjagaan kulit moden yang dicipta khusus untuk kulit lelaki dan dikalibrasi untuk prestasi maksimum.