Penjagaan kulit lanjutan untuk lelaki
ARTISTRY Men Enviving Emulsion
Emulsi Pelembap ARTISTRY MEN mengekalkan lembapan kulit sehingga 24 jam. Dengan kompleks DermaSync dwifasa yang eksklusif dan bahan semula jadi lain, ia memenuhi keperluan penjagaan kulit utama lelaki dalam pengawalan minyak dan penghidratan. Emulsi Pelembap ARTISTRY MEN diuji secara dermatologi untuk alahan.
PERISAI ANDA TERHADAP TEKANAN PERSEKITARAN DAN KEKERINGAN
Emulsi Pelembap ARTISTRY MEN dirumus dengan kompleks DermaSync dwifasa yang eksklusif, khusus untuk kulit lelaki. Mengandungi Carrageenan, Garam Laut, Mentega Shea dan Vitamin E untuk mengekalkan lembapan semula jadi kulit anda. Selain itu, Minyak Biji Jojoba membantu melawan tekanan alam persekitaran dan kekeringan. Emulsi Pelembap ARTISTRY MEN mudah meresap dan rasa ringan serta licin pada kulit.
KULIT YANG MUDA DAN SELESA
Emulsi Pelembap ARTISTRY MEN mensasarkan keperluan utama penjagaan kulit lelaki: kawalan minyak dan penghidratan. Selepas menggunakannya, anda akan alami penghidratan berterusan dan tahan lama sehingga 24 jam, menjadikan kulit anda terasa lebih licin, sihat, lembut dan lebih berseri. Emulsi Pelembap ARTISTRY MEN juga membantu memulihkan perintang pelindung semula jadi kulit, memberikan anda penampilan yang lebih muda dan rasa selesa.
PERBEZAAN DERMATOLOGI ANTARA LELAKI DAN WANITA
Dengan menggunakan data ARTISTRY F.A.C.E.S. - pangkalan data kulit hak milik jenama tersebut - saintis ARTISTRY telah berusaha daripada kajian bertahun-tahun dan kepakaran penjagaan kulit, mengkaji perbezaan biologi antara kulit lelaki dan wanita. Rangkaian penjagaan kulit termaju ini telah disesuaikan kepada keperluan unik bagi keseimbangan tahap minyak dan penghidratan, memaksimumkan kesihatan kulit lelaki. Sebab Kulit Lelaki Berbeza: (i) Oleh sebab peningkatan tahap testosteron, lelaki mengeluarkan tahap sebum yang lebih tinggi, menjadikan kulit mereka lebih berminyak dan berkilat; (ii) Lelaki lebih cenderung mempunyai tahap Faktor Pelembapan Semula Jadi (NMF) yang lebih rendah dan ini menyebabkan kulit mereka lebih terdedah kepada kekeringan pada permukaan; (iii) Kulit lelaki lebih sensitif kepada kerosakan, menyebabkan kulit mereka lebih terdedah kepada kekeringan melalui kehilangan kelembapan.
LELAKI BOLEH MENGHARAPKAN TEKNOLOGI DERMA SYNC
Kulit lelaki menghadapi cabaran yang unik. Di samping boleh mengalami pengeluaran minyak berlebihan dari dalam, ia juga boleh menjadi kering pada permukaan. ARTISTRY Men menampilkan produk termaju dan khusus yang memenuhi keperluan khusus lelaki. Teknologi DermaSync: Bahan campuran dwifasa untuk kawalan minyak dan pengurusan lembapan ini membantu memulihkan kulit lelaki dan menyerap kelembapan untuk penampilan lebih muda yang ketara. Ia juga membantu mengimbangkan semula tahap minyak dan penghidratan anda agar kulit anda kelihatan lebih sihat dan menentang dengan lebih baik tanda penuaan yang jelas. Kompleks DermaSync bertindak dalam dua fasa: FASA SATU: KAWALAN MINYAK Mengandungi bahan mengawal minyak seperti (i) Zink PCA dan Butil Avocadat - Melawan minyak berlebihan dan berkilat dengan mengurangkan pengaliran sebum di samping memperbaiki lembapan kulit; (ii) Witch Hazel - Astringen dan antioksidan semula jadi. Bahan ini membantu mencegah daripada berkilat, membuatkan kulit kelihatan sihat. FASA DUA: PENGURUSAN LEMBAPAN Mengandungi campuran bahan melembap termaju yang menghidrat secara mendalam dan membantu memperbaiki perintangnya. Liposom Faktor Pelembapan Semula Jadi membantu menghantar lipid penting dan melembap ke dalam kulit, tepat di tempat ia diperlukan. Bahan pelembap ini termasuk: (i) Seramida 3, Lesitin dan Beta-Sitosterol - Membantu mengukuhkan struktur dwilapisan lipid semula jadi kulit; (ii) Natrium Hialuronat - Bertindak sebagai bekalan lembapan semula jadi dan pelincir yang menyerap masuk lembapan, melembut dan menghidratkan kulit; (iii) Glukosamina HCl, Alga, Ekstrak Ragi dan Gliserin - Membantu meningkatkan pelembapan semula jadi kulit. Anda boleh mengharapkan Emulsi Pelembap ARTISTRY MEN!
WANGIAN BARU
Signature Fragrance yang baru ialah haruman bersih yang diilhamkan oleh alam semula jadi dan kesegaran dunia di sekeliling kita. Direka untuk lelaki moden, ia menampilkan elemen sitrus dan aromatik, diliputi dengan not epal yang melegakan dan not bawah kayuan dan amber yang hangat. Haruman ini memberikan kesan bersih dan maskulin. Penggunaan yang sedikit membolehkannya hilang dengan pantas, jadi ia tidak akan mengganggu aroma cologne. (i) NOT ATAS: Not ozon, Pelaga. (ii) NOT PERTENGAHAN: Epal, Mandarin, Lemau Gedang, Iris. (iii) NOT DASAR: Kayu Cendana, Sedar, Amber, Kesturi. Emulsi Pelembap ARTISTRY MEN akan membuatkan anda berasa segar dan berbau harum selepas setiap cucian.
Cara Mengguna
  • Selepas menyapu ARTISTRY Men Serum Concentrate, ratakan sedikit ARTISTRY Men Enviving Emulsion ke atas tapak tangan anda.
  • Urutkan ke seluruh muka dan leher; elakkan kawasan berdekatan dengan mata.
  • Guna pagi dan/atau malam.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    150ml
    Bahan-bahan
    Air, Gliserin, Neopentyl Glycol Diethylhexanoate, Denat Alkohol Denat, Mentega Butyrospermum Parkii (Shea), Hydrogenated Polyisobutene, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Phenoxyethanol, Sorbitan Stearate, Dimethicone, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Haruman, Minyak Biji Simmondsia Chinensis (Jojoba), Triethanolamine, Cetearyl Dimethicone Crosspolymer, Methylparaben, Panthenol, Disodium EDTA, Propylparaben, Tocopheryl Acetate, Ethylparaben, Alkohol, Carrageenan, Butyl Avocadate, Proline, Zink PCA, Ektrak Kulit/Ranting Hamamelis Virginiana (Witch Hazel), Lesitin, Garam Laut, Natrium Hialuronat, Seramida 3, Betasitosterol, Glukosamina HCL, Urea, Ekstrak Alga, Ekstrak Ragi, Ergothioneine.

    DIRUMUS UNTUK KEJAYAAN

    Rangkaian lengkap penjagaan kulit moden yang dicipta khusus untuk kulit lelaki dan dikalibrasi untuk prestasi maksimum.