MENGGIATKAN SEMULA MASA DEPAN KULIT ANDA
ARTISTRY YOUTH XTEND Krim Memperkaya
Krim Memperkaya ARTISTRY YOUTH XTEND bertindak semalaman bagi membantu menggiatkan semula masa depan kulit anda, membaiki kerosakan sedia ada dan mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan ketika anda tidur. Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada Sistem Kuasa ARTISTRY YOUTH XTEND*, hasilnya akan dapat dilihat dalam hanya satu minggu. 78% wanita menyedari Sistem Kuasa membantu mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan dalam satu minggu, manakala 89% wanita yang menggunakan Sistem Kuasa menyedari kulit lebih lembut selepas hanya sekali penggunaan. Krim malam ini telah diuji secara dermatologi untuk alahan, tidak komedogenik dan sesuai untuk kulit normal ke kering. *Sistem Kuasa ARTISTRY YOUTH XTEND terdiri daripada Pekatan Serum, Losen atau Krim Memperkaya dan Krim Mata Memperkaya YOUTH EXTEND.
ARTISTRY YOUTH XTEND: TEKNOLOGI TERMAJU
Krim Memperkaya ARTISTRY YOUTH XTEND yang menampilkan Peptida Mikro-X6 ARTISTRY yang eksklusif ini juga mengandungi ekstrak Botani Mediterranean LifeSirt bagi menyuburkan sel kulit anda. Krim malam ini didatangkan dengan rumusan ringan dan tidak berminyak dengan bahan melembap khas seperti Minyak Biji Meadowfoam dan Minyak Evening Primrose.
PENGALAMAN YOUTH XTEND
Krim Memperkaya ARTISTRY YOUTH XTEND mempunyai banyak manfaat seperti meningkatkan pengeluaran semula jadi protein muda sel anda untuk penampilan lebih muda dan kulit lebih berseri (berdasarkan cerakin tekanan oksidatif in vitro). Krim malam ini juga membantu menggalakkan aktiviti kolagen bagi membaiki kerosakan kulit sedia ada. (berdasarkan cerakin in vitro) di samping memberikan pelembapan tahan lama. Pertingkatkan kelicinan, keserian dan kejernihan kulit anda dengan Krim Memperkaya ARTISTRY YOUTH XTEND!
MENGGIATKAN SEMULA KULIT ANDA, MEMBAIKI KEROSAKAN LAMPAU DAN MELINDUNGI MASA DEPAN KULIT DENGAN ARTISTRY YOUTH XTEND
Menggiatkan semula, membaiki dan melindungi kulit anda dengan 3 bahan utama: (i) LifeSirt - bahan yang diekstrakkan daripada daun tumbuhan myrtle Mediterranean yang menyuburkan sel kulit, membuat kulit anda tampak lebih muda dan berseri; (ii) Peptida Mikro-X6 - membantu untuk membaiki penampilan kerosakan kulit yang lampau; (iii) Ekstrak Buah Pokok Baobab Afrika - Dikenali sebagai "Pohon Kehidupan" di Afrika, pohon ini tinggi dengan pelembap semula jadi bersama dengan Ceri Aserola Hijau dan Blackcurrant yang membantu melindungi kulit dengan antioksidan di samping memberikan manfaat yang melega dan melembapkan.
Cara Mengguna
  • Ratakan Krim Memperkaya dengan gerakan ke atas di seluruh muka dan leher setiap petang.
  • Lembapkan dua kali sehari: sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. Apabila anda memasuki umur lewat dua puluhan, sudah tiba masanya untuk menggunakan krim malam yang bagus. Produk ini secara umumnya lebih kaya dan lebih mensasarkan ke arah pembaharuan sel. Terutamanya bagi mereka yang tidur dalam persekitaran berhawa dingin, menggunakan pelembap khas memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang malam.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    50ml
    Bahan-bahan
    Air/Akua/Eau, Gliserin, Isostearyl Palmitate, Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Triethylhexanoin, Butilena Glikol, Gliseril Stearat, PEG-100 Stearate, Squalane, Petrolatum, Caprylic/Capric Triglyceride, Mentega Butyrospermum Parkii (Shea), C10-30 Cholesterol/Lanosterol Esters, Panthenol, Sorbitan Stearate, HDI/Trimethylol Hexyllactone Crosspolymer, Alkohol Setil, Dimethicone, Arginine, Chlorphenesin, Methylparaben, Carbomer, Alkohol Behenil, Allantoin, Propanediol,Haruman/Parfum, Asetil Glukosamina, Tocopheryl Acetate, Ekstrak Euglena Gracilis, Lesitin, Tetrahexyldecyl Ascorbate, Propylene Glycol, Ekstrak Daun Myrtus Communis Terhidrolisis, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, Silika, Natrium Hialuronat, Ekstrak Candida Saitoana Terhidrolisis, ekstrak Ragi, Polysorbate 20, Zinc PCA, Ekstrak Buah Adansonia Digitata, Acetyl Hydroxyproline, Ekstrak Kernel Avena Sativa (Oat), Glukosa, Ekstrak Chlorella Vulgaris, Carrageenan, Gam Xanthan, Minyak Glycine Soja (Kacang Soya), Seramida 3, Beta-Sitosterol, Sericin, Ekstrak Biji Oenothera Biennis (Evening Primrose), Asid Poliglutamik, Minyak Biji Perilla Ocymoides, Miyak Biji Salvia Hispanica,Minyak Oenothera Biennis (Evening Primrose), Ekstrak Daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), Palmitoyl Hexapeptide-15, Pentapeptide-34 Trifluoroacetate, Dipeptide-4, Butylphenyl Methylpropional, Citral, Geraniol, Hexyl Cinnamal, Limonina, Linalool.

    MENGEMBALIKAN MASA DEPAN KULIT ANDA

    Teknologi YOUTH XTEND membantu memulihkan masa depan, membaiki kerosakan masa lalu dan melindungi kulit masa kini.