Paling sesuai untuk wajah anda
ARTISTRY EXACT FIT Bedak Asas SPF 20 UVA/UVB PA+++ - Bisque (L1 N1)
Bedak Asas ARTISTRY EXACT FIT ialah bedak asas bak sutera mewah yang meniru penampilan kulit sebenar. Bedak asas ini kelihatan semula jadi, bercampur dengan baik dan menjadikan kulit lembut bak baldu.
ARTISTRY EXACT FIT: TEKNOLOGI WARNA
Diseduh dengan adunan unik Mutiara Tahiti dan Prisma Optik, Bedak Asas ARTISTRY EXACT FIT memantulkan cahaya dengan lembut dan tidak kelihatan pada kulit. Bedak asas ini mengandungi mineral Amazon yang jarang diperolehi daripada tanah liat putih ditemui di dasar sungai Amazon yang kaya dengan mineral dan nutrien hutan. Bedak Asas ARTISTRY EXACT FIT mempunyai liputan sederhana yang boleh dibina dan terdapat dalam 9 warna (Bisque, Brulee, Buff, Kapucino, Keemasan, Semula Jadi, Pasir, Soleil, Tawny) - tepat sepadan dengan semua warna kulit.
PENGALAMAN ARTISTRY EXACT FIT
Biarkan Bedak Asas ARTISTRY EXACT FIT membantu anda memperoleh kulit sempurna dengan serta-merta dan meminimumkan penampilan ketidaksempurnaan seperti tompok hitam, liang dan cela. Bedak asas ini juga membantu mengawal minyak dan mencegah kilatan, memberikan kemasan pusam semula jadi. Dengan liputan yang tahan lama, anda pasti bahawa asas anda akan menentang kesan haba, kelembapan dan aktiviti yang berterusan membuat kulit anda kelihatan selembut baldu. Bedak Asas ARTISTRY EXACT FIT adalah bebas minyak dan tanpa haruman. Bedak asas ini telah diuji secara dermatologi untuk alahan, sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
Cara Mengguna
  • Sapukan bedak asas serbuk dalam lapisan nipis menggunakan aplikator span dua belah.
  • Pilih belah berdasarkan penamilan yang anda mahu capai: - Belah seperti baldu memberikan sapuan nipis hingga sederhana. - Belah span pula menyimpan lebih banyak bedak untuk sapuan yang lebih berat.
  • Bagi kawasan yang memerlukan lebih banyak sapuan, ulangi menyapu lebih banyak bedak asas.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Berat
    12g
    Bahan-bahan
    Mica (CI 77019), Talc, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Aluminum Hydroxide, Silica, Aluminum Dimyristate, Disodium Stearoyl Glutamate, Triethoxycaprylylsilane, Diisostearyl Malate, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Dimethicone, Dimethicone/Methicone Copolymer, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Alumina Methicone, Dicalcium Phosphate, Kaolin, Pearl Powder, Silica, Water/Aqua. May Contain (+/-): [Iron Oxides (CI 77491, CI 77492, CI 77499), Titanium Dioxide (CI 77891), Zinc Oxide (CI 77947)].

    WARNA, TEKSTUR DAN KEMASAN YANG MENAWAN

    Serlahkan lagi kecantikan anda dengan rangkaian koleksi mekap kami.