KELIHATAN SEMPURNA SENTIASA
ARTISTRY EXACT FIT Bedak Tekan
Bedak Padat ARTISTRY EXACT FIT meniru rupa kulit, menawarkan litupan lut sinar dan menghalang berkilat untuk sentuhan kemasan yang elegan dan sempurna. Dengan campuran bahannya yang diperoleh secara semula jadi, termasuk Mutiara Tahiti dan Prisma Optik, ia membantu mengawal minyak dan melanjutkan tempoh pemakaian solekan. Keunikan bedak padat ini terletak pada kebolehsuaiannya, kerana anda boleh menyapukannya di atas pelembap atau bedak asas. Anda boleh menggunakannya bersama Bedak Kompak ARTISTRY EXACT FIT (116745) dan Aplikator Bedak SIGNATURE COLOR (116104), setiap satu dijual berasingan, untuk penampilan yang lebih baik. Bedak Padat ARTISTRY EXACT FIT diuji secara dermatologi untuk alahan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
BERSEBATI SANGAT CANTIK DENGAN TONA KULIT ANDA
Bedak Padat ARTISTRY EXACT FIT mengandungi bahan mengawal minyak yang membantu menghalang berkilat. Ia bersebati dengan baik dengan hampir semua tona kulit dan boleh dipakai di atas pelembap atau bedak asas. Tanpa haruman dan minyak, ia selamat digunakan di keliling mata.
RUPA PUSAM SEMULA JADI DENGAN BEDAK PADAT ARTISTRY EXACT FIT
Bedak Padat ARTISTRY EXACT FIT meniru rupa kulit sebenar dan bersebati dengan baik dengan hampir semua tona kulit. Memberikan anda rupa pusam secara semula jadi, bedak padat ini juga membantu mengekalkan dan melanjutkan tempoh pemakaian solekan anda. Ia juga sesuai untuk perkemaskan solekan sepanjang hari atau malam.
Cara Mengguna
  • Sapu lapisan nipis bedak dengan menggunakan aplikator. Rick DiCecca, Jurusolek Global bagi jenama ARTISTRY, berkongsikan petua beliau:
  • Sapukan tepi span aplikator pada bedak, kemudian sapukannya ke seluruh muka anda. Ulangi untuk penampilan yang lebih pusam.
  • Untuk penampilan lebih berseri, sapukan span hanya di tengah-tengah muka anda. Biarkan pipi tidak berbedak, memberikannya kesan seri yang lembut.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Berat
    13g
    Bahan-bahan
    Talkum, Mika (CI 77019), Silika, Dimethicone, Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone, Lauroyl Lysine, Lilin Sintetik, Methicone, Magnesium Stearat, Phenoxyethanol, Squalane, Trimethylsiloxysilicate, Aluminum Starch Octenylsuccinate, Tocopherol, Serbuk Mutiara. Mungkin Mengandungi (+/-): Aluminum Hidroksida (CI 77002), Iron Oxides (CI 77491, CI 77492, CI 77499), Titanium Dioksida (CI 77891), Zink Oksida (CI 77947)

    WARNA, TEKSTUR DAN KEMASAN YANG MENAWAN

    Serlahkan lagi kecantikan anda dengan rangkaian koleksi mekap kami.