Alam semula jadi dan Sains dalam Keharmonian yang Sempurna
Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE – Perisa Coklat
Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite™ (Perisa Coklat) menggabungkan protein soya dengan perisa coklat yang lazat. Untuk permulaan hari yang enak untuk anda, tambahkan Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite™ ke dalam diet harian anda. Minuman berkhasiat yang enak untuk seisi keluarga!
CIRI NUTRILITE™ MINUMAN CAMPURAN PROTEIN SOYA - PERISA COKLAT
Satu hidangan (dua skup) Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite™ (Perisa Coklat) memberikan anda 10g protein berkualiti paling tinggi, 9 asid amino penting dan 250mg kalsium. Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite™ mesra vegetarian (bagi mereka yang mengambil produk tenusu) didatangkan dari sumber semula jadi, bukan GMO, dan tanpa perisa tiruan, pengawet atau pewarna. Minuman ini juga rendah lemak dan rendah kolesterol. Jika anda sedang mencari serbuk protein yang terbaik, usah mencari lagi!!
MANFAAT NUTRILITE™ MINUMAN CAMPURAN PROTEIN SOYA - PERISA COKLAT
Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite™ (Perisa Coklat) mudah diadun dengan air. Minuman ini membantu mengurangkan rasa lapar selepas pengambilan dan sesuai untuk membantu anda mendapatkan protein dan asid amino penting untuk keperluan tubuh anda.
KEPENTINGAN PROTEIN
Protein penting untuk mewujudkan tisu pengganti baru, menyokong tumbesaran tulang dan otot dan perkembangan mental serta mempertingkatkan kesejahteraan umum di samping memberikan anda kulit yang tampak sihat. Protein juga penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Pengambilan protein yang tidak mencukupi mungkin menyebabkan kulit berkedut, rambut dan kuku rapuh. Anda mungkin rasa lebih letih dan mengalami tumpuan yang lebih rendah.
Cara Mengguna
  • Tambah satu atau dua skup Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE (Perisa Coklat) ke dalam air sejuk.
  • Kocak kuat-kuat dalam bekas bertutup atau kacau cepat-cepat selama 45 saat.
  • Campurkan dalam pengadun dengan buah-buahan segar atau yang dinginbeku untuk sajian yang enak.
  • Tambah Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE (Perisa Coklat) kepada sup bijirin, sup, salad atau resipi kegemaran anda. Dapatkan lebih banyak resipi dari www.nutrilite.com.my.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
    Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE (Perisa Coklat) tidak disyorkan untuk anak kecil di bawah usia setahun. Terlalu banyak protein boleh membebankan ginjal, menyebabkan penyahhidratan.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
    Berat
    500g
    Bahan-bahan
    Asingan protein soya, gula tebu, serbuk koko, minyak kelapa, maltodekstrin, kalsium karbonat, kanji jagung, lesitin soya, natrium klorida, silikon dioksida.
    Catatan Kesihatan
    Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.

    Klik untuk membaca mengapa kami adalah jenama terkemuka:
    https://www.euromonitor.com/amway-claims