Menyegarkan dan mencergaskan kulit anda
ARTISTRY HYDRA-V Pembersih Berbusa Segar
Pencuci Muka Busa Segar ARTISTRY HYDRA-V membersihkan kulit untuk rasa yang segar dan cergas, serta mempersiapkan kulit untuk menerima manfaat maksimum daripada regimen penjagaan kulit anda. Diilhamkan oleh penyelidikan yang memenangi Hadiah Nobel, koleksi ARTISTRY HYDRA-V memberikan manfaat penghidratan mendalam jangka panjang dan serta-merta pada masa yang sama. Formula eksklusif yang menyegarkan, mengembalikan semula dan menggiatkan semula kulit dengan menyokong dan meningkatkan proses penghidratan semula jadi. Diuji untuk alahan dan oleh pakar dermatologi. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
MENGGIATKAN SEMULA KULIT DENGAN ARTISTRY HYDRA-V
Pencuci Muka Busa Segar ARTISTRY HYDRA-V mengandungi Air Fjord Norway segar, dikapsulkan dalam sistem penghantaran Liposom ARTISTRY HYDRA-V eksklusif kami. Dengan rumusan gel tanpa sabun, ia menghasilkan busa yang lembut lagi pekat yang boleh dibilas dengan mudah. Pencuci muka ini juga mengandungi Ekstrak Oat dan agen perapi khas yang menyesuaikan dengan sendiri untuk semua jenis kulit, menjadikannya sesuai untuk semua.
KESIHATAN KULIT YANG LEBIH BAIK DENGAN PENCUCI MUKA BUSA SEGAR ARTISTRY HYDRA-V
Pencuci Muka Busa Segar ARTISTRY HYDRA-V menanggalkan minyak berlebihan, sisa solekan dan puing sebersih-bersihnya, sambil menjadikan kulit anda lembap. Kulit anda terasa sihat, segar dan selesa tanpa berasa kering atau tegang selepas mencuci. Pencuci muka ini juga memberikan pelembapan tambahan bagi kawasan di mana kulit paling kering, memberikan anda rangsangan penghidratan!
MENYEGARKAN, MENGEMBALIKAN SEMULA DAN MENGGIATKAN SEMULA KULIT ANDA
Koleksi ARTISTRY HYDRA-V telah dicipta untuk membawakan anda tahap penghidratan yang baru. Formula dan tekstur HYDRA-V yang berbeza disediakan untuk memenuhi semua jenis kulit, memberikan manfaat segera dan berpanjangan. Sistem Penghantaran Penghidratan eksklusif mendapatkan sumber bahan-bahan yang jarang didapati dari seluruh dunia; ia direka untuk meningkatkan proses penghidratan semula jadi kulit anda dengan menyegarkan semula, mengembalikan semula dan menggiatkan semula. Segarkan semula dengan Air Fjord Norway - Liposom eksklusif yang dikapsulkan dalam ARTISTRY HYDRA-V serta-merta menyegarkan kulit anda. Mengembalikan semula dengan Ekstrak Tumbuhan Pantai Eropah - Membantu mengembalikan semula kulit dengan meningkatkan penyimpanan air. Pengeluaran aquaporin untuk membantu pergerakan dan penyimpanan air dalam epidermis. Menggiatkan semula dengan acai Hawaii - Menggalakkan penggiatan semula kulit dengan mewujudkan satu perintang untuk mengekalkan air/penghidratan. Pencuci Muka Busa Segar ARTISTRY HYDRA-V menggabungkan semua perkara di atas untuk memberikan kulit anda pengalaman pembersihan yang terbaik.
Cara Mengguna
  • Basahkan kulit dengan air suam.
  • Picit Pembersih Berbusa Segar ARTISTRY HYDRA-V sebesar badam ke tangan anda; gosok hingga berbuih.
  • Urut buih dengan sekata ke seluruh wajah menggunakan gerakan membulat yang lembut.
  • Bilas dan lap sehingga kering.
  • Ikuti dengan Losyen Pelembut Segar ARTISTRY HYDRA-V.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    125ml
    Bahan-bahan
    Air/Aqua/Eau, PEG-150 Distearate, PEG-8, Disodium Lauroamphodiacetate, Sodium Trideceth Sulfate, Sodium Myristoyl Sarcosinate, Lauryl Betaine, Hexylene Glycol, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, PEG-60 Almond Glycerides, Fragrance/Parfum, Methylparaben, Hydrolyzed Oats, Polyquaternium-10, Benzoic Acid, Disodium EDTA, Propylparaben, Sodium Citrate, Citric Acid, Glycerin, Butylene Glycol, Panthenol, Hydroxypropyltrimonium Honey, Lecithin, Phenyl Trimethicone, Carbomer, Sodium Hyaluronate, Atelocollagen, Yeast Extract, Ceramide-3, Chitosan, Beta-Sitosterol, Cyclodextrin, Dextrin, Sphingolipids, Glucosamine HCL, Urea, Algae Extract, Glycine Soja (Soybean) Oil, Tocopherol, Alpha-Isomethyl Ionone, Citral, Hexyl Cinnamal, Limonene, Linalool.

    TEMUI TAHAP BARU PENGHIDRATAN MENDALAM

    Inovasi penghidratan yang diinspirasikan oleh penemuan yang memenangi Hadiah Nobel. Bayangkan kulit yang sesegar air, begitu bertenaga.