Menyegarkan dan mencergaskan kulit anda
ARTISTRY HYDRA-V Losyen Pelembut Segar
Teknologi Losen Pelembut Segar ARTISTRY HYDRA-V membolehkan penyerapan yang cepat dan mudah, menjadikan kulit kelihatan jernih dan berseri. Ia mengeluarkan mana-mana kesan terakhir kotoran dan sisa yang berlebihan untuk mempersiapkan kulit bagi menerima manfaat penghidratan maksimum Koleksi ARTISTRY HYDRA-V. Kombinasi bahan-bahan, bersama-sama dengan sistem penghantaran Liposom HYDRA-V telah terbukti dapat menambah baik proses penghidratan semula jadi kulit, serta-merta meningkatkan tahap penghidratan sebanyak 211%. Diuji untuk alahan dan oleh pakar dermatologi. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
MENGGIATKAN SEMULA KULIT DENGAN ARTISTRY HYDRA-V
Losen Pelembut Segar ARTISTRY HYDRA-V menggunakan Air Fjord Norway yang segar, dikapsulkan dalam sistem penghantaran Liposom ARTISTRY HYDRA-V yang eksklusif untuk meningkatkan tahap penghidratan kulit dengan serta-merta. Ekstrak Alga Merah digunakan dalam rumusannya untuk membantu mengunci lembapan dalam kulit anda. Ia bebas alkohol dan mengandungi bahan-bahan yang menenangkan kulit.
MENGUNCI LEMBAPAN KULIT ANDA DENGAN LOSEN PELEMBUT SEGAR ARTISTRY HYDRA-V
Dengan rumusan lembut yang menjadikan kulit berasa nyaman dan melegakan, Losen Pelembut Segar ARTISTRY HYDRA-V mudah digunakan dan cepat menyerap. Menjadikan kulit berseri, terasa segar dan licin sambil losen pelembut ini membantu mengunci lembapan kulit anda. Biar Losen Pelembut Segar ARTISTRY HYDRA-V mempersiapkan kulit anda untuk menerima manfaat penghidratan optimum dari produk lain dalam Koleksi ARTISTRY HYDRA-V.
MENYEGARKAN, MENGEMBALIKAN SEMULA DAN MENGGIATKAN SEMULA KULIT ANDA
Koleksi ARTISTRY HYDRA-V telah dicipta untuk membawakan anda tahap penghidratan yang baru. Formula dan tekstur HYDRA-V yang berbeza disediakan untuk memenuhi semua jenis kulit, memberikan manfaat segera dan berpanjangan. Sistem Penghantaran Penghidratan eksklusif mendapatkan sumber bahan-bahan yang jarang didapati dari seluruh dunia; ia direka untuk meningkatkan proses penghidratan semula jadi kulit anda dengan menyegarkan semula, mengembalikan semula dan menggiatkan semula. Segarkan semula dengan Air Fjord Norway - Liposom eksklusif yang dikapsulkan dalam ARTISTRY HYDRA-V serta-merta menyegarkan kulit anda. Mengembalikan semula dengan Ekstrak Tumbuhan Pantai Eropah - Membantu mengembalikan semula kulit dengan meningkatkan penyimpanan air. Pengeluaran aquaporin adalah untuk membantu pergerakan dan penyimpanan air dalam epidermis. Menggiatkan semula dengan acai Hawaii - Menggalakkan penggiatan semula kulit dengan mewujudkan satu perintang untuk mengekalkan air/penghidratan. Losen Pelembut Segar ARTISTRY HYDRA-V menggabungkan semua perkara di atas untuk memberikan pengalaman terbaik kepada kulit anda.
Cara Mengguna
  • Selepas membersih, percikkan ke tapak tangan atau basahkan pad kapas.
  • Ratakan ke seluruh muka dengan lembut, elakkan bahagian mata.
  • Ikuti dengan Pekatan Serum Kulit Vital ARTISTRY HYDRA-V.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    200ml
    Bahan-bahan
    Air/Aqua/Eau, Glycerin, Butylene Glycol, Isoceteth-20, Chlorphenesin, Methylparaben, Urea, Sodium PCA, Disodium EDTA, Ophiopogon Japonicus Root Extract, Chondrus Crispus Extract, Dipotassium Glycyrrhizate, Fragrance/Parfum, Panthenol, Trehalose, Polyquaternium-51, Sodium Hyaluronate, Lecithin, Sericin, Yeast Extract, Ceramide-3, Beta-Sitosterol, Glucosamine HCL, Algae Extract, Glycine Soja (Soybean) Oil, Tocopherol, Alpha-Isomethyl Ionone, Butylphenyl Methylpropional, Citral, Hexyl Cinnamal, Limonene, Linalool.

    TEMUI TAHAP BARU PENGHIDRATAN MENDALAM

    Inovasi penghidratan yang diinspirasikan oleh penemuan yang memenangi Hadiah Nobel. Bayangkan kulit yang sesegar air, begitu bertenaga.