Menyegarkan dan mencergaskan kulit anda
ARTISTRY HYDRA-V Krim Gel Penyubur
Krim Gel Berkhasiat ARTISTRY HYDRA-V ialah krim yang sederhana berat, yang melicinkan dengan selesa pada kulit, membantu kulit menyerap penghidratan dengan sekata. Pelembap yang mudah digunakan dan tahan lama ini akan mengembalikan semula dan menyegarkan semula kulit anda, menjadikan anda terasa selesa dan cergas. Selepas hanya satu penggunaan, Krim Gel Berkhasiat HYDRA-V akan membolehkan tindak balas penghidratan mendalam dengan serta-merta dan lama-kelamaan untuk kulit yang lembut lagi licin. Cubalah dan alami peningkatan segera sebanyak 197% dalam tahap penghidratan kulit anda, yang berpanjangan selama 24 jam. Krim Gel Berkhasiat ARTISTRY HYDRA-V telah diuji untuk alahan secara dermatologi. Sesuai untuk semua jenis kulit.
MENGGIATKAN SEMULA KULIT DENGAN ARTISTRY HYDRA-V
Krim Gel Berkhasiat ARTISTRY HYDRA-V mengandungi Air Fjord Norway segar, dikapsulkan dalam sistem penghantaran Liposom ARTISTRY HYDRA-V kami yang eksklusif untuk membantu penyerapan yang cepat, menjadikan kulit berasa segar dan selesa. Acai Hawaii dan Liposom Pelembap kami, digunakan untuk menggiatkan semula kulit untuk mengunci lembapan. Selain itu, Krim Gel Berkhasiat HYDRA-V ini menggunakan bahan-bahan Marin Semula jadi yang membantu menormalkan, menyerap dan mengawal lebihan minyak permukaan/sebum sambil menangani zon berminyak.
DAPATKAN KILAUAN YANG BERSERI, SIHAT DAN BERTENAGA
Krim Gel Berkhasiat ARTISTRY HYDRA-V menyegarkan semula dan menghidrat kulit anda. Dengan campuran bahannya yang unik, perintang lembapan kulit anda akan dikuatkan untuk mengunci penghidratan dalam kulit. Dengan penyerapannya yang cepat, anda akan alami peningkatan sehingga 197% dalam tahap penghidratan kulit apabila menggunakan Krim Gel Berkhasiat HYDRA-V. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan lebih berseri, sihat dan dengan kilauan yang bertenaga.
MENYEGARKAN, MENGEMBALIKAN SEMULA DAN MENGGIATKAN SEMULA KULIT ANDA
Koleksi ARTISTRY HYDRA-V telah dicipta untuk membawakan anda tahap penghidratan yang baru. Formula dan tekstur HYDRA-V yang berbeza disediakan untuk memenuhi semua jenis kulit, memberikan manfaat segera dan berpanjangan. Sistem Penghantaran Penghidratan eksklusif mendapatkan sumber bahan-bahan yang jarang didapati dari seluruh dunia; ia direka untuk meningkatkan proses penghidratan semula jadi kulit anda dengan menyegarkan semula, mengembalikan semula dan menggiatkan semula. Segarkan semula dengan Air Fjord Norway - Liposom eksklusif yang dikapsulkan dalam ARTISTRY HYDRA-V serta-merta menyegarkan kulit anda. Mengembalikan semula dengan Ekstrak Tumbuhan Pantai Eropah - Membantu mengembalikan semula kulit dengan meningkatkan penyimpanan air. Pengeluaran aquaporin adalah untuk membantu pergerakan dan penyimpanan air dalam epidermis. Menggiatkan semula dengan acai Hawaii - Menggalakkan penggiatan semula kulit dengan mewujudkan satu perintang untuk mengekalkan air/penghidratan. Krim Gel Berkhasiat ARTISTRY HYDRA-V menggabungkan semua perkara di atas untuk memberikan pengalaman terbaik kepada kulit anda.
Cara Mengguna
  • Guna selepas Pembersih, Penyegar dan Serum ARTISTRY HYDRA-V.
  • Picit sebesar badam ke tapak tangan.
  • Menggunakan hujung jari, ratakan ke seluruh muka; elakkan kawasan mata.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    75ml
    Bahan-bahan
    Air/Aqua/Eau, Glycerin, Cetearyl Ethylhexanoate, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Alcohol Denat., Butylene Glycol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Saccharide Isomerate, Dimethicone, Isopropyl Myristate, Chlorphenesin, Methylparaben, Euterpe Oleracea Fruit Oil, Disodium EDTA, Fragrance/Parfum, Xanthan Gum, Glycine Soja (Soybean) Oil, Tocopherol, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Yeast Extract, Dipotassium Glycyrrhizate, Lecithin, Camellia Sinensis Leaf Extract, Sodium Hyaluronate, Pyrus Communis (Pear) Fruit Extract, Ferula Assa Foetida Root Extract, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract, Sericin, Ceramide-3, Beta-Sitosterol, Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed Oil, Perilla Ocymoides Seed Oil, Salvia Hispanica Seed Oil, Oenothera Biennis (Evening Primrose) Oil, Glucosamine HCL, Urea, Algae Extract, Tetrahexyldecyl Ascorbate, Blue 1 (CI 42090), Alpha-Isomethyl Ionone, Benzyl Benzoate, Butylphenyl Methylpropional, Citral, Citronellol, Eugenol, Geraniol, Hexyl Cinnamal, Limonene, Linalool.

    TEMUI TAHAP BARU PENGHIDRATAN MENDALAM

    Inovasi penghidratan yang diinspirasikan oleh penemuan yang memenangi Hadiah Nobel. Bayangkan kulit yang sesegar air, begitu bertenaga.