Keperluan kecantikan dengan sentuhan ARTISTRY
ARTISTRY Special Care Creamy Massage
Urutan Berkrim Penjagaan Khas ARTISTRY ialah krim mewah dengan haruman lembut dan menenangkan yang membantu memperbaiki peredaran darah apabila disapu dengan urutan. Dirumus dengan Jojoba, Avokado, Acai, Minyak Biji Meadowfoam dan Mentega Shea semula jadi, ia menjadikan kulit terhidrat dan lembap. Diuji secara dermatologi untuk alahan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kullit sensitif.
BERSANTAI DENGAN PENGALAMAN SEPERTI SPA INI
Urutan Berkrim Penjagaan Khas ARTISTRY ialah rumusan kaya dan berkrim yang sesuai untuk urutan. Ia menggabungkan Jojoba, Avokado, Acai dan minyak Biji Meadowfoam semula jadi serta mentega Shea bagi membantu tindakan mengurut. Bagi membantu mengunci lembapan dan menyuburkan kulit anda, ia menggunakan perintang liposom dan botani lain. Dengan harumannya yang lembut dan menenangkan, nikmati pengalaman seperti spa yang dicipta hanya untuk anda.
PERTINGKATKAN PERINTANG KULIT ANDA
Urutan Berkrim Penjagaan Khas ARTISTRY membantu mencergaskan penampilan kulit serta rasa kulit yang kering dan dinyahhidrat. Dengan liposom yang dimasukkan dalam formula ini, perintang kelembapan kulit anda dipertingkatkan. Selepas mengalami kesan yang menenangkan, kulit anda akan menjadi lembut, licin, terhidrat dan lembap.
Cara Mengguna
  • Guna hujung jari anda untuk menyapunya pada seluruh muka yang telah dibersihkan dalam pergerakan membulat dengan lembut. Elak kawasan mata.
  • Selepas mengurut, kesat perlahan-lahan dengan tisu atau bilas dengan air.
  • Disusuli dengan pelembap biasa.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    100ml

    LEMBUT NAMUN BERKESAN

    Keperluan kecantikan yang penting untuk membersihkan dan memanjakan kulit anda.