WARNA YANG BERKEKALAN SEPANJANG HARI
ARTISTRY EXACT FIT Longwearing Foundation - L1N1
Krim Asas Tahan Lama ARTISTRY EXACT FIT ialah asas solekan yang anda perlu dapatkan untuk wajah yang sempurna. Rumusan tahan lama dengan teknologi pengekal warna memastikan warna pilihan anda kekal sepanjang hari - tanpa perlu diperkemaskan! Krim Asas Tahan Lama ARTISTRY EXACT FIT ini menapis cahaya untuk mengaburkan ketidaksempurnaan yang jelas, memberikan anda kesan yang kelihatan semula jadi. Ia direka untuk wanita yang mempunyai gaya hidup yang sibuk, kerana ia kekal segar sehingga 24 jam. Terdapat dalam sembilan warna indah, Krim Asas Tahan Lama ARTISTRY EXACT FIT sangat sesuai untuk asas solekan harian anda. Krim asas ini diuji secara dermatologi untuk alahan. Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit normal ke berminyak. Ia juga tidak komedogenik dan tidak aknegenik.
DIRUMUSKAN UNTUK MENIRU RUPA SEMULA JADI KULIT SAMBIL MEMASTIKAN IA SELESA DAN LICIN
Emulsi ringan dan menyerap minyak ini mengandungi bahan penyubur kulit, seperti Vitamin E dan air Fjord Norway tulen untuk memastikan kulit anda sentiasa selesa dan licin. Krim asas liputan sederhana ini juga mengandungi campuran Mutiara Tahiti dan Prisma Optik ARTISTRY EXACT FIT yang memantulkan cahaya dengan lembut dan tidak kelihatan pada kulit. Krim Asas Tahan Lama ARTISTRY EXACT FIT adalah bebas haruman, bebas minyak dan selamat digunakan di keliling kawasan mata. Dengan SPF 15 UVB/UVA PA++, ia melindungi kulit daripada radikal bebas dan kerosakan persekitaran. Cipta penampilan semula jadi ke kusam dengan Krim Asas Tahan Lama ARTISTRY EXACT FIT. Terdapat dalam sembilan warna.
SEMULA JADI DAN SEMPURNA DENGAN KRIM ASAS TAHAN LAMA ARTISTRY EXACT FIT
Krim Asas Tahan Lama ARTISTRY EXACT FIT memberikan ltiputan tahan lama sehingga 24 jam. Pakai dengan selesa sepanjang hari sambil kelihatan sempurna. Ia tahan alih dan bertahan dalam panas, kelembapan dan aktiviti yang berterusan. Memadankan tona kulit seluruh dunia dengan tepat, ia meniru rupa kulit untuk penyesuaian terbaik dengan cara tidak dapat dilihat. Ia kelihatan semula jadi dan sebati dengan baik untuk menyempurnakan kulit dengan serta-merta, meminimumkan penampilan ketidaksempurnaan, seperti tompok gelap, liang, cela, minyak dan berkilat, tanpa menyumbatkan liang.
Cara Mengguna
Letakkan sedikit bedak asas cecair pada belakang tangan anda dan dengan hujung jari anda, calit bedak asas itu ke seluruh muka anda: dua calit pada dahi anda, dua pada pipi, satu pada hidung anda dan satu lagi pada dagu anda. Anda boleh meratakan bedak asas pada kulit dengan menggunakan jari yang bersih, berus atau span bedak asas sehingga sekata. Akhir sekali, rapikan bedak asas anda dengan Bedak Halus Menyempurna EXACT FIT yang sesuai dengan tona kulit anda. Letakkan bedak kepada puf dan tepuk dengan lembut ke seluruh muka dengan tumpuan di bawah mata dan jerawat.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    30ml
    Bahan-bahan
    Air, Cyclopentasiloxane, Trimethylsiloxysilicate, Gliserin, Titanium Dioksida, PEG-10 Dimethicone, Butilena Glikol, Lauryl PEG-9 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Trimethylsiloxyphenyl Dimethicone, Talkum, Silika, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, HDI/Trimethylol Hexyllactone Crosspolymer, Polysilicone-11, Phenoxyethanol, Disteardimonium Hectorite, Alumina, Polysorbate-20, Natrium Klorida, Natrium Sitrat, Asid Steroil Glutamik, Triethoxycaprylylsilane, Methylparaben, Disodium EDTA, Tocopheryl Acetate, Propilparaben, Etilparaben, Iodopropynyl Butylcarbamate, Serbuk Mutiara, Laureth-12, Lesitin, Seramida NP, Beta-Sitosterol, Natrium Hialuronat, Glukosamina HCL, Urea, Ekstrak Ragi, Ekstrak Alga, Tocopherol, Asid Sitrik, Natrium Hidroksida. Mungkin Mengandungi (+/-): [Iron Oxides (CI 77491, 77492, 77499), Bismuth Oxychloride (CI 77163), Titanium Dioksida (CI 77891)].

    WARNA, TEKSTUR DAN KEMASAN YANG MENAWAN

    Serlahkan lagi kecantikan anda dengan rangkaian koleksi mekap kami.