MENYUBURKAN, MELINDUNGI DAN MENYEGARKAN KULIT ANDA DENGAN SELAMAT
G&H Nourish+ Mandian
Mandian G&H NOURISH+ ialah mandian yang tidak kuat dan tanpa sulfat yang membersih, menyuburkan dan menghidratkan dengan lembut. Diuji secara dermatologi untuk alahan.
CAMPURAN NOURISH+ YANG EKSKLUSIF
Rumusan G&H NOURISH+ mengandungi adunan bahan yang dihasilkan secara semula jadi dan bahan botani yang kaya seperti: (i) Madu Bunga Oren - pelembap ajaib semula jadi. Saintis G&H mendapati bahawa Madu Bunga Oren mempunyai kesan melembap menyeluruh yang terbaik dari kalangan pelbagai jenis yang digunakan; (ii) Mentega Shea diekstrak daripada kacang pohon shea Afrika. Mentega ini digunakan untuk melindungi kulit daripada angin panas dan kering di gurun Afrika; (iii) Minyak Biji Labu - Kaya dengan asid lemak penting dan vitamin.
MENYUBURKAN, MENENANGKAN, MENGEKALKAN KULIT YANG TAMPAK SIHAT
Mandian G&H NOURISH+ dengan busa yang kaya dan berkrim ini membersihkan kulit dengan lembut, membuat kulit anda terasa bersih, terhidrat dan sihat. Mandian ini dirumus menggunakan kompleks anti rengsa dipatenkan untuk membantu melegakan kulit kering. Tingkatkan tahap lembapan kulit anda dan kekalkan kulit yang lembut dan sihat dengan Mandian G&H NOURISH+ !
KOLEKSI PENJAGAAN BADAN G&H
Penjagaan badan G&H ditawarkan dalam tiga koleksi pelengkap: Nourish+, Refresh+ dan Protect+. Setiap satu menampilkan adunan eksklusif bahan botani. NOURISH+ Rumusan memperkaya untuk membantu menyuburkan, menenangkan dan mengekalkan kulit yang tampak sihat. REFRESH+ Rumusan seimbang untuk membantu menyegarkan dan menghidratkan di samping melegakan kulit. PROTECT+ Rumusan tanpa risau untuk membantu melindungi daripada bau, kotoran dan kebasahan.
Cara Mengguna
  • Tuang jumlah Mandian yang secukupnya ke atas tapak tangan anda atau terus ke atas kain atau span mandi.
  • Urut mandian menjadi buih, kemudian ratakan pada kulit. Bilas.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    400ml
    Bahan-bahan
    Air, Sodium Cocoyl Isethionate, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Sodium Lauroyl Sarcosinate, PEG-150 Distearate, Cocamidopropyl Betaine, Glikol Distearate, Natrium Klorida, Glycereth-26, Wangian/Parfum, Gliserin, Polyquaternium-7, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, PPG-12-Buteth-16, BHT, Mentega Butyrospermum Parkii (Sayur), Minyak Biji Cucurbita Pepo (Labu), Madu/Mel, Tetrasodium EDTA, Asid Sitrik, Magnesium Nitrat, Jus Daun Aloe Barbadensis, Methylparaben, Alkohol, Methylchloroisothiazolinone, Magnesium Klorida, Propylparaben, Propylene Glikol, Methylisothiazolinone, Ekstrak Daun Perilla Ocymoides, Natirum Benzoat, Kalium Sorbat, Benzyl Salicylate, Limonina, Linalool, Butylphenyl Methylpropional, Sitrunelol, Geraniol, Hexyl Cinnamal, Hydroxycitronellal, Alpha-Isomethyl Ionone.

    KULIT SIHAT, NYAMAN DAN LEMBUT

    Dirumus dengan gabungan eksklusif bahan-bahan botani semula jadi, ia sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur, pilihan tepat untuk seisi keluarga.