MENYUBURKAN, MELINDUNGI DAN MENYEGARKAN KULIT ANDA DENGAN SELAMAT
Sabun Kecantikan G&H Nourish+
Sabun Kecantikan G&H NOURISH+ ialah sabun madu yang lembut terhadap kulit, tidak mengeringkan dan menggunakan formula yang boleh didegradasikan. Ia mempunyai fungsi melegakan dan menghidratkan kulit kering. Sabun ini tidak komedogenik, dan telah diuji secara dermatologi untuk alahan — menjadikannya sesuai untuk digunakan semua jenis kulit.
CAMPURAN NOURISH+ YANG EKSKLUSIF
Rumusan sabun madu G&H NOURISH+ mengandungi adunan bahan yang dihasilkan secara semula jadi dan bahan botani seperti:
(i) Madu Bunga Oren - pelembap ajaib semula jadi. Saintis G&H mendapati bahawa Madu Bunga Oren mempunyai kesan melembap menyeluruh yang terbaik dari kalangan pelbagai jenis yang digunakan;
(ii) Mentega Shea diekstrak daripada kacang pohon shea Afrika. Mentega ini digunakan untuk melindungi kulit daripada angin panas dan kering di gurun Afrika;
(iii) Minyak Biji Labu - Kaya dengan asid lemak penting dan vitamin.
MENYUBURKAN, MENENANGKAN, MENGEKALKAN KULIT YANG TAMPAK SIHAT
Sabun Kecantikan G&H NOURISH+ membuat kulit anda terasa rapi, licin dan tampak sihat di samping mengekalkan keseimbangan lembapan semula jadinya. Rumusan semula jadi sabun madu ini melicinkan kulit dan memperbaiki warna kulit, dan membilas bersih tanpa sebarang sisa. Reka bentuknya yang peka alam dan mudah dipecahkan kepada tiga bahagian menjadikan ia fleksibel untuk digunakan seluruh isi rumah — ia boleh disimpan berasingan untuk kegunaan muka dan badan.
KOLEKSI PENJAGAAN BADAN G&H
Penjagaan badan G&H ditawarkan dalam tiga koleksi pelengkap: Nourish+, Refresh+ dan Protect+. Setiap satu menampilkan adunan eksklusif bahan botani.

Rumusan NOURISH+ dicipta untuk membantu menyuburkan, menenangkan dan mengekalkan kulit tampak sihat.

REFRESH+ dicipta dengan rumusan yang seimbang untuk membantu menyegarkan dan menghidratkan di samping melegakan kulit.

Rumusan PROTECT+ membantu membasmi bau, kotoran dan kebasahan.
Cara Mengguna
  • Basahkan sabun madu, kemudian urut pada tangan untuk mengeluarkan buih.
  • Urut buih ke seluruh kulit anda, kemudian bilas.
  • Petua penggunaan: Patahkan sabun kepada tiga ketul: seketul untuk pembersihan muka, dua ketul lagi boleh dicantum untuk pembersihan badan.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Berat
    250g sabun yang boleh dipecahkan kepada tiga ketul sabun
    Bahan-bahan
    Natrium Palmat, Alkohol Denat., Air/Eau, Sodium Cocoate, Sucrose, Glycerin, Sodium Stearate, Fragrance/Parfum, Honey, Tetrasodium Etidronate, Pentasodium Pentetate, Kuning 5 (CI 19140), Mentega Butyrospermum Parkii (Shea), Minyak Biji Cucurbita Pepo (Labu), Merah 33 (CI 17200).

    KULIT SIHAT, NYAMAN DAN LEMBUT

    Dirumus dengan gabungan eksklusif bahan-bahan botani semula jadi, sabun madu ini sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur, menjadikannya pilihan yang tepat untuk seisi keluarga.