MERCU KECANTIKAN AKAN DATANG - KECANTIKAN ADALAH SEGALA-GALANYA
ARTISTRY SUPREME LX Krim Mata Penjanaan Semula
Krim Mata Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX ialah penjagaan kulit mewah untuk kawasan mata yang sensitif. Rumusan kaya ini rasa halus pada kulit kerana krim ini melegakan dan melicinkan.
ARTISTRY SUPREME LX: TEKNOLOGI MEWAH
Krim Mata Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX menampilkan gabungan ekstrak Sel Tunjang Gardenia Grandiflora dan Kompleks CellEffect24 diperkaya dengan Emas 24 Karat. Krim ini mengandungi Polimer Menegang Serta-merta, diperbuat daripada Ekstrak Alga dan Pullulan. Krim ini diperbuat menggunakan proses penteksturan mikro untuk memberikan tekstur kaya lagi mewah. Mengandungi pembaur optik bagi membantu memperbaiki tona dan kecerahan kulit, Krim Mata Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX juga bertindak baik sebagai asas solekan kerana krim ini tidak akan mengganggu pemakaian solekan mata ARTISTRY.
PENGALAMAN SUPREME LX
Krim Mata Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX benar-benar membantu mempermudakan penampilan kulit di kawasan keliling mata, memberikan penegangan ketara kepada kulit kendur dan membantu mengurangkan kemunculan lingkaran hitam dan bengkak di samping memperoleh kawasan mata yang kelihatan kurang lesu, segar dan lebih berseri. Krim Mata Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX mengandungi antioksidan yang berkuasa bagi membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang mempercepatkan penuaan mengurangkan kedutan, tompok gelap dan ketidaksempurnaan.Kembalikan perintang lembapan kulit anda dan perolehi lembapan optimum yang penting dalam kawasan mata dengan Krim Mata Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX .
KESEIMBANGAN SOFISTIKATED ANTARA KEMEWAHAN DAN PRESTASI UNTUK MEMBERIKAN PENJAGAAN KULIT ANTI PENUAAN YANG UNGGUL
Koleksi ARTISTRY SUPREME LX mengandungi ekstrak sel tunjang daripada Gardenia Grandiflora yang membantu kulit menyegerakkan semula dengan melaras semula bioritmanya, membaiki, melindungi dan mencegah tanda penuaan yang jelas. Krim Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX dengan Kompleks CellEffect24 iaitu kompleks eksklusif yang mengandungi bahan dipatenkan yang melipat gandakan keupayaan semula jadi kulit untuk memberikannya tenaga ini mengandungi campuran berkuasa emas 24-karat ditambah lima bahan lain yang sangat berkesan. Biarkan tenaga kulit anda dicas semula dan merangsang Indeks Tenaga kulit anda sebanyak 68 kali* dengan teknologi multifasa yang menambah semula, memberi tenaga, membaiki dan melindungi kulit anda. Koleksi ARTISTRY SUPREME LX telah diuji secara dermatologi untuk alahan, tidak komedogenik, sesuai untuk kulit untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. *Indeks Tenaga telah diuji dengan kaedah ujian in vitro dalam sel fibroblas dermis dengan teknologi campuran bahan Supreme LX (termasuk Sel Tunjang Gardenia Grandiflora dan Kompleks CellEffect24.) Saintis ARTISTRY juga menggunakan cecair emas 24-karat semula jadi dan tulen untuk membangunkan Koleksi ARTISTRY SUPREME LX. Penggunaan emas sebagai bahan kosmetik telah diteorikan dapat menggalakkan pemindahan elektron antara emas dan ion logam yang ditemui secara semula jadi dalam kulit bagi membantu perolehan sel kulit. Emas memberikan tumpuan yang lembut, pembauran nipis dan membantu mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan. Berikan kulit anda transformasi yang mendalam di mana banyak tanda penuaan yang jelas dikurangkan secara dramatik dan mendapat kulit yang bertindak dengan menakjubkan sehingga 15 tahun lebih muda.
TANGGAPAN PENGGUNA KRIM MATA PENJANAAN SEMULA ARTISTRY SUPREME LX
Pengguna menyedari bahawa kulit mereka menjadi lebih lembut, lebih licin, lebih berseri dan diberi tenaga semula dengan serta-merta setelah menggunakan Krim Mata Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX. Hanya dalam tiga hari, kulit kelihatan lebih muda dan terasa lebih pejal, sementara kedutan yang jelas semakin pudar. Kawasan mata juga kelihatan lebih muda, lebih pejal dan lebih cerah. Dalam dua minggu, koleksi mewah ini secara dramatik mengurangkan penampilan sembap di bawah mata, bengkak dan kendur, menyebabkan kulit kelihatan lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Dalam empat minggu, Krim Mata Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX akan mengurangkan tompok gelap dan kedutan dalam, memberikan anda wajah dan kawasan sekeliling mata yang tegang dengan jelas. Penampilan lingkaran hitam dan kedutan dalam di sekeliling mata juga jelas bertambah baik. Dalam lapan minggu, kulit telah terbukti kelihatan lebih pejal secara dramatik apabila keanjalan wajah, leher dan mata bertambah baik.
Cara Mengguna
  • Sapukan Krim Mata Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX dua kali sehari (pagi dan malam), selepas pembersihan dan disegarkan dengan produk penjagaan kulit anda sekarang.
  • Untuk kesan optimum, sapu Krim Mata Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX dengan jari manis ke seluruh kawasan mata (atas dan bawah).
  • Guna pergerakan tepukan lembut 360° di sekeliling mata, bergerak dari dalam ke luar.
  • Disusuli dengan Krim Penjanaan Semula ARTISTRY SUPREME LX.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    15ml

    PUNCAK KECANTIKAN DISERLAHKAN KECANTIKAN TERUNGGUL

    ARTISTRY peneraju sains dan teknologi termaju membawakan penjagaan kulit mewah fasa baru, untuk kulit yang bertindak 15 tahun lebih muda.