NIPIS & SEMULA JADI
ARTISTRY IDEAL RADIANCE Krim CC Penyeri - Light Medium
Krim CC Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE menampilkan rumusan berwarna menyempurnakan wajah yang dirumus dengan bahan unik untuk membetulkan pelbagai kecacatan wajah dengan serta-merta. Dengan kemasannya yang nipis, krim CC boleh dipakai bersendirian atau di bawah bedak asas anda. Selain itu, ia ditambah dengan SPF 50 UVB/UVA PA+++, untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. Krim CC Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE diuji secara dermatologi untuk alahan. Sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga tidak komodogenik dan tidak aknegenik.
SEMPURNAKAN KULIT ANDA DENGAN KRIM CC ARTISTRY IDEAL RADIANCE
Dirumuskan dengan Kompleks Pelengkap Multidimensi yang hebat dan pigmen kawalan warna, Krim CC ARTISTRY IDEAL RADIANCE adalah pilihan anda untuk penampilan yang cantik setiap hari. Ia mengandungi Protein Mutiara yang jarang ditemui yang mencerahkan kulit dengan serta-merta sambil menyediakan liputan nipis ke sederhana. Krim CC tanpa minyak ini terdapat dalam 2 warna: Cerah dan Medium Cerah.
KRIM CC YANG MEWAH UNTUK MERANGSANG KESERIAN SEMULA JADI KULIT
Krim CC ARTISTRY IDEAL RADIANCE membantu mencerah dan merangsang seri semula jadi kulit sambil mengurangkan kemerahan dengan serta-merta. Ia juga membantu mengurangkan penampilan tompok gelap, garisan dan ketidaksempurnaan lain serta mengurangkan kesan radikal bebas dan kerosakan persekitaran. Apabila digunakan sebagai asas, ia membolehkan bedak asas meluncur bagi pemakaian yang lebih sekata sambil melanjutkan keupayaan pemakaian. Dapatkan kemasan sempurna untuk tona kulit yang kelihatan sekata dengan ARTISTRY IDEAL RADIANCE hari ini.
Cara Mengguna
  • Sapu selepas regimen penjagaan kulit ARTISTRY anda.
  • Sapu pada muka dengan satu kawasan dalam satu masa; ratakan dengan sekata pada seluruh kulit. Sapu sehingga tahap liputan yang diingini diperolehi.
  • Pakainya secara tunggal pada bila-bila masa anda inginkan liputan yang lebih lembut daripada bedak asas cecair atau serbuk. Untuk liputan menyeluruh, pakai di bawah bedak asas kegemaran anda.
  • Untuk mengurangkan penampilan hiperpigmentasi, gunakan sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan kulit ARTISTRY IDEAL RADIANCE. Kulit akan nampak berseri, cerah dan sekata.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    30ml
    Bahan-bahan
    Bahan-bahan Aktif: Ensulizole 2.0% (W/W P/P) Octinoxate 5.5% (W/W P/P) Oxybenzone 0.5% (WW P/P) Titanium Dioksida 0.84% (W/W P/P) Pelindung Matahari Zink Oksida 9.8% (W/W P/P) Bahan-bahan Tidak Aktif: Air/Eau/Akua, Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Methyl Trimethicone, Butilena Glikol, Gliserin, Lauryl PEG-9 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Talkum, Dimethicone/ Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Trimethylolpropane Tricaprylate/Tricaprate, Triethanolamine, HDI/Trimethylol Hexyllactone Crosspolymer, Polyglyceryl-6 Polyricinoleate, Dimethicone/PEG-10/15 Crosspolymer, Phenoxyethanol, Natrium Klorida, Natrium Sitrat, PEG/PPG-18/18 Dimethicone, Alumina, Polyglyceryl-3, Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Trisiloxane, Hydrogendimethicone, Aluminumhidroksida, Asid Stearik, Triethoxycaprylylsilane, Methylparaben, Disodium EDTA, Haruman/Parfum, Silika, Propilparaben, Ekstrak Bunga Bellis Perennis (Daisy), Maltodextrin, Etilparaben, Iodopropynyl Butylcarbamate, Ekstrak Bunga Jasminum Officinale (Bunga Melur), Lesitin, Serbuk Bunga Sophora Japonica, Ekstrak Geranium Robertianum, Ekstrak Biji Oenothera Biennis (Evening Primrose), Tapai Lactobacillus/Ceri Aserola, Ekstrak Akar Glycyrrhiza Glabra (Likouris), Protein Conchiolin Terhidrolisis, Tocopheryl Acetate, Seramida-3, Beta-Sitosterol,Tetrahexyldecyl Ascorbate. Mungkin Mengandungi: Iron Oxides (CI 77491, CI 77492, CI 77499), Mika (CI 77019), Titanium Dioksida (CI 77891).

    WARNA, TEKSTUR DAN KEMASAN YANG MENAWAN

    Serlahkan lagi kecantikan anda dengan rangkaian koleksi mekap kami.