LANGKAH PERTAMA UNTUK SOLEKAN YANG HEBAT
ARTISTRY EXACT FIT Beauty Balm Perfecting Primer
Dengan campuran yang kaya dengan Mutiara Tahiti dan Prisma Optik, Primer Penyempurna Balm Kecantikan ARTISTRY EXACT FIT dengan serta-merta membentuk semula tekstur kulit dengan mengaburkan ketidaksempurnaan dan liang yang jelas kelihatan. Ia mempunyai rumusan yang berkrim dan ringan yang membolehkan anda memakainya bersendirian atau di bawah sebarang bedak asas, untuk melanjutkan keupayaan pemakaian solekan anda. SPF 35 UVB/UVA PA+++, memberi perlindungan yang anda perlukan daripada sinaran UV yang berbahaya. Primer Penyempurna Balm Kecantikan ARTISTRY EXACT FIT diuji secara dermatologi untuk alahan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ia juga tidak komedogenik dan tidak aknegenik.
CIPTA PENAMPILAN YANG SEMPURNA
Dengan campuran Mutiara Tahiti dan Prisma Optik, Primer Penyempurna Balm Kecantikan ARTISTRY EXACT FIT memantulkan cahaya dengan lembut dan nampak tidak kelihatan pada kulit. Rangkaian Elasto transformasi kulit juga memberikan pemakaian solekan yang sempurna, membolehkan kulit anda kelihatan terbaik sepanjang hari. Selain itu, Air Fjord Norway Segar yang terkandung di dalam Sistem Penghantaran Liposom yang disasarkan meningkatkan tahap penghidratan kulit anda dengan segera. Primer Penyempurna Balm Kecantikan ARTISTRY EXACT FIT sesuai untuk kulit sensitif dan selamat digunakan di sekeliling kawasan mata.
UCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA LIANG DAN CELA YANG KELIHATAN
Primer Penyempurna Balm Kecantikan ARTISTRY EXACT FIT meniru rupa kulit, memberikan anda kulit yang sempurna dengan serta-merta kerana ia mengaburkan penampilan liang dan kecacatan. Ia juga membenarkan bedak asas anda bersebati dengan mudah dan lebih sekata, melanjutkan keupayaan memakainya. Biarkan kulit anda kelihatan lembut dan gebu dengan Primer Penyempurna Balm Kecantikan ARTISTRY EXACT FIT hari ini.
Cara Mengguna
Sapu selepas regimen penjagan kulit ARTISTRY, sebagai produk pertama dalam langkah mekap ARTISTRY SIGNATURE anda. Sapu pada muka satu kawasan dalam satu masa; ratakan dengan sekata pada seluruh kulit. Pakai secara tunggal pada bila-bila masa anda inginkan liputan yang lebih nipis atau pakai di bawah bedak asas kegemaran anda untuk melanjutkan keupayaan pemakaiannya.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    30ml
    Bahan-bahan
    Air/ Akua/Eau, Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Zink Oksida, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Butilena Glikol, Gliserin, Talkum, Methyl Trimethicone, Asid Phenylbenzimidazole Sulfonik, Trimethylolpropane Tricaprylate/Tricaprate, Mika (CI 77019), Lauryl PEG-9, Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, HDI/ Trimethylol Hexyllactone Crosspolymer, Dimethicone/PEG-10/15 Crosspolymer, Triethanolamine, Polyglyceryl-6 Polyricinoleate, Polysilicone-11, Lesitin, Phenoxyethanol, Natriium Klorida, Natrium Sitrat, Polymethyl Methacrylate, Alumina, Polysorbate-20, PEG/PPG-18/18 Dimethicone, Trisiloxane, Hydrogendimethicone, Methylparaben, Disodium EDTA, Silika, Propylparaben, Triethoxycaprylylsilane, Ethylparaben, Laureth-12, Methyldihydrojasmonate, Iodopropynyl Butylcarbamate, Serbuk Mutiara, Ethylene Brassylate, Ethyl 2,2-Dimethylhydrocinnamal, Ekstrak Ragi, Seramida 3, Beta-Sitosterol, Natrium Hialuronat, Glucosaminehcl, Urea, Ekstrak Alga, Tocopherol. Mungkin Mengandungi (+/-): [Iron Oxides (CI 77491, 77492, 77499), Titanium Dioksida (CI 77891)].

    WARNA, TEKSTUR DAN KEMASAN YANG MENAWAN

    Serlahkan lagi kecantikan anda dengan rangkaian koleksi mekap kami.