UNTUK SENTUHAN KEMERAH-MERAHAN
ARTISTRY Pemerah Pipi Signature Color - Peachy Pink
Pemerah Pipi ARTISTRY SIGNATURE COLOR menambahkan warna yang bertenaga pada muka anda yang kekal sepanjang hari. Serlahkan muka anda dengan teknologi pemantulan cahaya yang sempurna untuk menaikkan bentuk muka semula jadi. Diuji secara dermatologi untuk alahan. Tidak komedogenik. Sesuai untuk semua jenis kulit. Guna dengan Kompak ARTISTRY SIGNATURE COLOR (118404), dijual berasingan.
DENGAN TEKNOLOGI PEMANTULAN CAHAYA UNTUK WARNA SEMULA JADI
Pemerah Pipi ARTISTRY SIGNATURE COLOR mengecilkan pigmen dan mutiara pula menawarkan kelicinan terbaik. Teknologi pemantulan cahaya inovatif boleh memperbaiki warna kulit anda secara semula jadi. Mengandungi Vitamins A, E dan perapi semula jadi serta tanpa haruman. Terdapat dalam empat warna: Fresh Coral, Peachy Pink, Soft Rose, Sweet Pink. Kompak kresendo yang boleh diisi semula (dijual berasingan) kelihatan elegan dan boleh dibuat mengikut kehendak sendiri, jadi anda boleh masukkan dan keluarkannya dengan mudah.
DAPATKAN KESERIAN YANG SIHAT
Warna Pemerah Pipi ARTISTRY SIGNATURE COLOR adalah seperti apa yang anda lihat dalam kompak. Di samping memberikan kulit warna kemerahan-merahan sihat yang tahan sepanjang hari, pemerah pilih ini juga memberikan kemasan berseri-seri pada kulit anda. Rumusan disapu dengan licin pada kulit, tanpa mencoret atau merenggut.
Cara Mengguna
  • Pusarkan aplikator Pemerah Pipi ARTISTRY SIGNATURE COLOR pada pemerah pipi dan tepuk dengan lembut untuk menanggalkan lebihan.
  • Buat garisan dengan pemberus pada tengah-tengah pipi anda; sapukan ke atas ke garis rambut dan kemudian ke bawah untuk melembutkannya.
  • Gandingkan dengan Bedak Asas ARTISTRY dan sudahi dengan Gincu ARTISTRY SIGNATURE COLOR atau Gincu Sheer untuk wajah yang menarik.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Berat
    3g
    Bahan-bahan
    Talkum, Mika (CI77019), Boronnitride, Cetylethylhexanoate, Polymethyl Methacrylate, Dimethicone, Zink Laurate, Lilin Sintetik, Kalsium Aluminum Borosilicate, Synthetic Fluorphlogopite, Methylparaben, Aluminum Dimyristate, Propylparaben, Vinyl Dimethicone/Methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Methicone, Retinyl Palmitate, Minyak Zea Mays (Jagung), Tocopherol, Phytosteryl/Octyldodecyl Lauroyl Glutamate, Silika, Hydrogen Dimethicone, Tin Oxide. Mungkin Mengandungi (+/-): [Barium Sulfat (CI 77120), Carmine (CI 75470), Iron Oxides (CI 77491, 77492, 77499), Red 30 (CI 73360), Red 7(CI 15850), Titanium Dioksida (CI 77891), Ultramarines (CI 77007), Yellow 5 Lake (CI 19140)].

    WARNA, TEKSTUR DAN KEMASAN YANG MENAWAN

    Serlahkan lagi kecantikan anda dengan rangkaian koleksi mekap kami.