Nutrilite Kristal Minuman PhytoPOWDER - Orange
Tidak kira bagaimana situasi hari yang anda lalui, kita semua mahu menjalani kehidupan yang sihat dan aktif. Penghidratan memainkan peranan penting dalam hal ini. Minuman PhytoPOWDER Nutrilite™ memudahkan penghidratan. Hanya tambah air kepada campuran dan anda sudah bersedia! Dicipta oleh kumpulan saintis Nutrilite™ sendiri, PhytoPOWDER Orange Beverage Crystals adalah minuman kesihatan dengan lapan vitamin B penting yang boleh meningkatkan stamina dan memberikan anda rangsangan tenaga. Ia juga mengandungi pekatan buah-buahan tropika yang bermanfaat kepada kesihatan anda dan meningkatkan semangat anda dalam menjalani kehidupan.
CIRI PHYTOPOWDER ORANGE NUTRILITE™
PhytoPOWDER Orange Nutrilite™ mengandungi 50mg Kompleks Oren Merah yang dikembangkan daripada oren merah darah yang tumbuh eksklusif di Gunung Etna yang subur di Itali dan campuran khas fitonutrien kaya antioksidan. Ia juga ditambah dengan serat, biotin dan vitamin C untuk membantu anda melawan radikal bebas. PhytoPOWDER Orange Nutrilite™ adalah minuman kesihatan yang kurang kalori dan kurang manis yang tidak mengandungi sebatian karbonasi, pewarna, perisa atau pengawet. Minuman kesihatan ini boleh diambil setiap hari oleh kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas* - 1 hidangan sahaja setiap hari.

Nota: Bagi kanak-kanak berumur antara 1 hingga 12 tahun, adalah dinasihatkan agar berunding dengan pakar perubatan sebelum mengambil produk ini.
MANFAAT PHYTOPOWDER ORANGE NUTRILITE™
PhytoPOWDER Orange Nutrilite™ mengandungi lapan vitamin B dan C untuk mengekalkan stamina anda sambil memastikan anda kekal aktif. Ditambah dengan kalium dan natrium untuk merangsang pengisian semula elektrolit semasa atau selepas aktiviti, ia juga merupakan pengganti yang bagus untuk minuman berkalori tinggi.
Cara Mengguna
  • Masukkan satu hidangan (8g) ke dalam 250ml air.
  • Kacau hingga campuran itu benar-benar larut.
  • Dihidangkan sejuk.
  • Tarikh Pengeluaran/Luput
    Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
    Berat
    360g
    Bahan-bahan
    Tiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), piridoksin (B6), asid folik (B9), sianokobalamin (B12), asid pantotenik (B5), vitamin C, biotin dan serat.
    Catatan Kesihatan
    Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.

    Tulen. Selamat. Berkesan. Nutrilite ialah jenama vitamin & suplemen diet No. 1 dari segi jualan di dunia yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang kami sendiri yang disahkan organik untuk keperluan kesihatan anda.