NUTRILITE PhytoPOWDER Electrolyte Orange (Pek Batang)
Tidak kira bagaimana situasi hari yang anda lalui, kita semua mahu menjalani kehidupan yang sihat dan aktif. Penghidratan memainkan peranan penting dalam hal ini. Minuman Nutrilite™ PhytoPOWDER memudahkan penghidratan. Hanya tambah air kepada campuran itu dan anda sudah bersedia! Dicipta oleh kumpulan saintis Nutrilite™ sendiri, PhytoPOWDER Electrolyte Orange Beverage Crystals adalah minuman kesihatan dengan lapan vitamin B penting yang boleh meningkatkan stamina dan memberikan anda tenaga.PythoPOWDER ini juga mengandungi pekatan buah-buahan tropika yang bermanfaat kepada kesihatan anda dan meningkatkan semangat anda dalam menjalani kehidupan.
CIRI NUTRILITE™ PHYTOPOWDER ELECTROLYTE ORANGE
Nutrilite™ PhytoPOWDER Electrolyte Drink mengandungi 50mg Kompleks Limau Merah daripada oren darah merah yang ditanam dengan subur secara eksklusif di Gunung Etna, Itali dan adunan istimewa fitonutrien yang kaya antioksidan. Nutrilite™ PhytoPOWDER Electrolyte Drink adalah minuman tenaga kurang kalori dan kurang manis ini yang tidak mengandungi sebatian karbonasi, pewarna, perisa atau bahan pengawet. Nutrilite™ PhytoPOWDER Electrolyte Drink juga mengandungi serat tambahan, biotin dan vitamin C yang membantu anda menentang radikal bebas. Minuman ini boleh diambil setiap hari oleh kanak-kanak 1 tahun ke atas.
MANFAAT NUTRILITE™ PHYTOPOWDER ELECTROLYTE ORANGE
Nutrilite™ PhytoPOWDER Electrolyte Drink mengandungi kalium dan natrium bagi merangsang penggantian elektrolit semasa dan selepas sesuatu aktiviti. Minuman ini mengandungi 8 vitamin B dan C untuk mengekalkan stamina anda di samping kekal aktif. Nikmati minuman tenaga ini sebagai pengganti yang bagus untuk minuman berkalori tinggi.
Cara Mengguna
  • Masukkan satu hidangan (8g) ke dalam 250ml air.
  • Kacau hingga campuran itu benar-benar larut.
  • Dihidangkan sejuk.
  • Tarikh Pengeluaran/Luput
    Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
    Berat
    20 x 8g
    Bahan-bahan
    Tiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), piridoksin (B6), asid folik (B9), sianokobalamin (B12), asid pantotenik (B5), vitamin C, biotin dan serat.
    Catatan Kesihatan
    Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.

    Klik untuk membaca mengapa kami adalah jenama terkemuka:
    https://www.euromonitor.com/amway-claims