Penjagaan kulit lanjutan untuk lelaki
ARTISTRY Men Serum Concentrate
Mengimbangkan minyak dan tahap penghidratan adalah penting untuk lelaki. Di sinilah Teknologi DermaSync dwifasa yang eksklusif memainkan peranan. Sari Serum ARTISTRY MEN menyerap dengan lembut untuk mengelupas kulit kering dan kasar, menjadikannya lebih cerah dan lebih lembut. Ia juga membantu memulihkan tanda penuaan yang disebabkan oleh keletihan dan tekanan persekitaran. Sari Serum ARTISTRY MEN diuji secara dermatologi untuk alahan.
TAHAP BARU KESERIAN
Sari Serum ARTISTRY MEN dirumus dengan kompleks DermaSync dwifasa yang eksklusif, khusus untuk kulit lelaki. Bersama ektrak oat yang dipatenkan, Sari Serum ARTISTRY MEN juga mengandungi Peptida Mikro X-6, yang membawakan tahap kepejalan dan keserian yang baru kepada kulit anda.
MENGURANGKAN GARIS-GARIS HALUS
Sari Serum ARTISTRY MEN mensasarkan keperluan utama penjagaan kulit lelaki: kawalan minyak dan penghidratan. Ia bukan sahaja menyuburkan kulit dan membantu mengurangkan penampilan garisan halus, Sari Serum ARTISTRY MEN juga membantu mengelupas untuk memastikan permukaan kulit anda sentiasa licin.
PERBEZAAN DERMATOLOGI ANTARA LELAKI DAN WANITA
Dengan menggunakan data ARTISTRY F.A.C.E.S. - pangkalan data kulit hak milik jenama tersebut - saintis ARTISTRY telah berusaha daripada kajian bertahun-tahun dan kepakaran penjagaan kulit, mengkaji perbezaan biologi antara kulit lelaki dan wanita. Rangkaian penjagaan kulit termaju ini telah disesuaikan kepada keperluan unik bagi keseimbangan tahap minyak dan penghidratan, memaksimumkan kesihatan kulit lelaki. Sebab Kulit Lelaki Berbeza: (i) Oleh sebab peningkatan tahap testosteron, lelaki mengeluarkan tahap sebum yang lebih tinggi, menjadikan kulit mereka lebih berminyak dan berkilat; (ii) Lelaki lebih cenderung mempunyai tahap Faktor Pelembapan Semula Jadi (NMF) yang lebih rendah dan ini menyebabkan kulit mereka lebih terdedah kepada kekeringan pada permukaan; (iii) Kulit lelaki lebih sensitif kepada kerosakan, menyebabkan kulit mereka lebih terdedah kepada kekeringan melalui kehilangan kelembapan.
LELAKI BOLEH MENGHARAPKAN TEKNOLOGI DERMA SYNC
Kulit lelaki menghadapi cabaran yang unik. Di samping boleh mengalami pengeluaran minyak berlebihan dari dalam, ia juga boleh menjadi kering pada permukaan. ARTISTRY Men menampilkan produk termaju dan khusus yang memenuhi keperluan khusus lelaki. Teknologi DermaSync: Bahan campuran dwifasa untuk kawalan minyak dan pengurusan lembapan ini membantu memulihkan kulit lelaki dan menyerap kelembapan untuk penampilan lebih muda yang ketara. Ia juga membantu mengimbangkan semula tahap minyak dan penghidratan anda agar kulit anda kelihatan lebih sihat dan menentang dengan lebih baik tanda penuaan yang jelas. Kompleks DermaSync bertindak dalam dua fasa: FASA SATU: KAWALAN MINYAK Mengandungi bahan mengawal minyak seperti (i) Zink PCA dan Butil Avocadat - Menangani minyak berlebihan dan kilatan dengan mengurangkan pengaliran sebum di samping memperbaiki lembapan kulit; (ii) Witch Hazel - Astringen dan antioksidan semula jadi. Bahan ini membantu mencegah daripada berkilat, membuatkan kulit kelihatan sihat. FASA DUA: PENGURUSAN LEMBAPAN Mengandungi campuran bahan melembap termaju yang menghidrat secara mendalam dan membantu memperbaiki perintangnya. Liposom Faktor Pelembapan Semula Jadi membantu menghantar lipid penting dan melembap ke dalam kulit, tepat di tempat ia diperlukan. Bahan pelembap ini termasuk: (i) Seramida 3, Lesitin dan Beta-Sitosterol - Membantu mengukuhkan struktur dwilapisan lipid semula jadi kulit; (ii) Natrium Hialuronat - Bertindak sebagai bekalan lembapan semula jadi dan pelincir yang menyerap masuk lembapan, melembut dan menghidratkan kulit; (iii) Glukosamina HCl, Alga, Ekstrak Ragi dan Gliserin - Membantu meningkatkan pelembapan semula jadi kulit. Anda boleh mengharapkan Sari Serum ARTISTRY MEN!
WANGIAN BARU
Signature Fragrance yang baru ialah haruman bersih yang diilhamkan oleh alam semula jadi dan kesegaran dunia di sekeliling kita. Direka untuk lelaki moden, ia menampilkan elemen sitrus dan aromatik, diliputi dengan not epal yang melegakan dan not bawah kayuan dan amber yang hangat. Haruman ini memberikan kesan bersih dan maskulin. Penggunaan yang sedikit membolehkannya hilang dengan pantas, jadi ia tidak akan mengganggu aroma cologne. (i) NOT ATAS: Not ozon, Pelaga. (ii) NOT PERTENGAHAN: Epal, Mandarin, Lemau Gedang, Iris. (iii) NOT DASAR: Kayu Cendana, Sedar, Amber, Kesturi. Sari Serum ARTISTRY MEN akan membuatkan anda berasa segar dan berbau harum selepas setiap cucian.
Cara Mengguna
  • Selepas ARTISTRY Men Balancing Hydrator, letakkan dua atau tiga pam ARTISTRY Men Serum Concentrate ke tapak tangan anda.
  • Guna hujung jari untuk menyapu serum ke atas muka dengan pergerakan urutan ke atas, menumpukan kawasan ekspresi di sekitar mata dan dahi.
  • Untuk faedah maksimum, guna dua kali sehari, pagi dan malam.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    30ml
    Bahan-bahan
    Air/Eau/Akua, Gliserin, Thermusthermophillus Ferment, Denat Alkohol, Propanediol, Dimethicone, Mentega Butyrospermum Parkii (Shea), Poliisobutena Berhidrogen, Cetearyl Olivate, Dipalmitoyl Hydroxyproline, Squalane, Alkohol Behenil, Sorbitan Olivate, Butylene Glycol, Phenoxyethanol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Triethanolamine, Pullulan, Alkohol, Cetearyl Dimethicone Crosspolymer, Haruman/Parfum, Tocopheryl Acetate, Oat Terhidrolisis, Allantoin, Caprylic/Capric Triglyceride, Titanium Dioksida (CI 77891), Silika, Glukosamina HCL, Mika (CI 77019), Methylparaben, Panthenol, Ekstrak Pisum Sativum (Pi), Ekstrak Kulit/Ranting Hamamelis Virginiana (Witch Hazel), Ekstrak Daun/Tunjang Bambusa Vulgaris, Propylparaben, Ektrak Alga, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Dipotassium Glycyrrhizate, Minyak Sayuran Berhidrogen, Ethylparaben, Carbomer, Ekstrak Chlorella Vulgaris, Alumina, Dipropylene Glycol, Polysorbate-20, Butyl Avocadate, Proline, Zink PCA, Ekstrak Kulit Citrus Unshiu, Cyclodextrin, Ekstrak Biji Polygonum Fagopyrum, Glutathione, Lesitin, Ekstrak Sphacelaria Scoparia, Palmitoyl Hexapeptide-15, Dipeptide Diaminobutyroyl Benzylamide Diacetate, Ekstrak Germa Glycine Soja (Kacang Soya), Ekstrak Biji Oenothera Biennis (Evening Primrose), Yellow 5 (CI 19140) (KI4), Seramida 3, Beta-Sitosterol, Natrium Hialuronat, Urea, Ext. Violet 2 (CI 60730) (Murasaki 401), Ekstrak Ragi, Ergothioneine, Linalool.

    DIRUMUS UNTUK KEJAYAAN

    Rangkaian lengkap penjagaan kulit moden yang dicipta khusus untuk kulit lelaki dan dikalibrasi untuk prestasi maksimum.