SATINIQUE Masker Penggiat
SATINIQUE Revitalizing Mask direka khusus untuk membaiki, memperkukuhkan dan melindungi rambut yang rosak. Ia dicipta dengan teliti daripada campuran tersendiri botani dan nutrien yang dipilih untuk menyokong kekuatan dan tenaga rambut, membentuk semula permukaan dan membaiki rambut dari dalam serta menguatkan rambut sehingga 9 kali ganda apabila digunakan sebagai satu sistem bersama dengan SATINIQUE Glossy Repair Shampoo dan Conditioner. Sesuai untuk semua jenis rambut, terutamanya rambut yang tegang, rosak dan diwarnakan.
MENAMPILKAN ENERJUVE UNTUK KETEBALAN RAMBUT KE TAHAP BAHARU
SATINIQUE Revitalizing Mask menampilkan ENERJUVE, kompleks terdiri daripada lipid yang dipatenkan, 18-MEA dan kreatina; ia memulihkan rambut kepada keadaan semula jadi dan kelihatan sihat. Ia mengandungi Ekstrak Biji Anggur, antioksidan semula jadi yang membantu melindungi rambut daripada kerosakan akibat persekitaran. Juga mengandungi Minyak Biji Kukui yang menyerap batang rambut, membuat rambut sihat dan lembap. Dengan-bahan perapian ultra, penyuburan mendalam dan pembaikan dalam rumusan tanpa sulfat, SATINIQUE Revitalizing Mask menjadi produk penjagaan rambut yang membantu!
MENJADIKAN RAMBUT SEHINGGI ENAM KALI GANDA LEBIH KUAT
Menguatkan rambut sehingga enam kali ganda. SATINIQUE Revitalizing Mask membantu memulihkan rambut dan kelembutan berpanjangan dan juga melindungi rambut daripada kerosakan pada masa akan datang. Ia membantu membaiki dan mencegah hujung bercabang serta membantu menambah kilauan dan keanjalan rambut. SATINIQUE Revitalizing Mask memudahkan anda menjadikan rambut anda kuat dan sihat!
SATINIQUE™ DENGAN ENERJUVE™ DIPATENKAN
ENERJUVE™ ialah kompleks berkuasa yang mengandungi lipid-lipid penguat, kreatinae yang menguatkan dan 18-MEA pelicin yang mengembalikan, membina dan menggiatkan setiap helaian rambut daripada terasnya. ENERJUVE™ dicipta agar tepat dan berkesan, membolehkannya mensasar dan membaiki cas negatif dalam rambut rosak. Rumusan unik ini bertindak dari dalam ke luar melalui tiga peringkat: (1) Membina - ENERJUVE™ meliputi rambut dan mengikat secara terpilih bahagian-bahagian rambut rosak untuk membina bahagian lemah. Rambut kelihatan dan terasa kuat serta-merta, (2) Menggiat - Menembusi teras rambut untuk membaiki dan menggiat dari dalam ke luar, menjadikan rambut bertambah kuat dan anjal, (3) Memulih - Mengikat dengan lapisan luar rambut untuk melindungi, memulih dan melicinkan permukaan, menjadikan rambut bersinar dan sihat.
Cara Mengguna
  • Sapu Masker Penggiat SATINIQUE dan agihkan dengan sekata pada rambut lembap.
  • Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dibilas.
  • Disyorkan agar menggunakan produk tersebut dua atau tiga kali seminggu, namun ia sangat lembut untuk digunakan setiap hari.
  • Guna bersama Syampu dan Perapi Pembaikan Kilauan untuk hasil yang lebih berkesan.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    280ml
    Bahan-bahan
    Akua/Eau, Cyclopentasiloxane, Alkohol Setil, Alkohol Stearil, Dimethicone, Glycereth-26, Behentrimonium Klorida, Cetearyl Ethylhexanoate, Wangian/Parfum, Alkohol Isopropil, Asid Sitrik, Hektorit, Hydroxyethylcellulose, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Isopropyl Myristate, Phytantriol, Tetrasodium EDTA,Minyak Biji Aleurites Moluccana, Kreatina, Butilena Glikol, Polyquaternium-39, Natrium PCA, Natrium Laktat, Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Arginina, Asid Lanolin, Asid Aspartik, PCA, Tocopheryl Acetate, Ekstrak Biji Vitis Vinifera (Anggur), Glisina, Alanina, Seramida 2, Seramida 3, Serina, Valina, Asid Behenik, Kolestrol, Isoleusina, Prolina, Treonina, Histidina, Fenilalanina, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, Hexyl Cinnamal.

    MENYERLAHKAN KUASA RAMBUT

    Koleksi penjagaan rambut yang lengkap dengan pendekatan tiga aspek agar benar-benar mengkhusus: Menjaga, Merawat, Menggaya.