Pencerahan intensif tidak seperti sebelumnya
ARTISTRY IDEAL RADIANCE Pembersih Berbusa Menyeri
Dengan Pencuci Muka Busa Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE, anda mendapat rumusan cepat berbusa yang menghasilkan buih krim mewah untuk membersihkan kotoran pada kulit dengan lembut tanpa meninggalkan sebarang sisa. Rasa segar sambil anda menyediakan kulit anda untuk hasil optimum daripada sistem ARTISTRY IDEAL RADIANCE anda yang lain.
BERSIHKAN KULIT ANDA DENGAN BAHAN TERBAIK
Pencuci Muka Busa Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE meminimumkan penampilan pigmentasi dengan memanfaatkan gabungan berkuasa ekstrak bunga yang terdiri daripada bunga Star Lily yang putih tulen, Daisi Inggeris dan Evening Primrose. Mencerah dan menjadikan tona kulit sekata dengan Teknologi Pencerahan Kulit AA2G. Penampilan tompok gelap dikurangkan dengan Ekstrak Oat berpaten dan Protein Mutiara – dua komponen yang melicinkan permukaan kulit dengan lembut namun berkesan dan menyerlahkan keserian serta-merta.
RASA YAKIN DENGAN KULIT YANG BERSIH, LEMBAP DAN BERSERI
Singkirkan semua kotoran untuk menyerlahkan kulit yang bersih dan rasa lembut serta licin dengan Pencuci Muka Busa Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE. Dengan teknologi pengelupasan Ekstrak Oat Berpaten, pencuci yang terbukti secara klinikal lembut pada kulit ini lama-kelamaan membantu menyerlahkan keserian dan membantu anda melindungi paras kelembapan kulit anda.
PENCERAHAN KULIT YANG TIADA TANDINGAN DENGAN KOLEKSI ARTISTRY IDEAL RADIANCE
Nikmati pencerahan kulit yang tiada tandingan melalui bahan-bahan berharga dan teknologi yang digunakan dalam pencuci muka busa ini dari koleksi ARTISTRY IDEAL RADIANCE kami. Bahan Baru yang Berharga Star Lily yang putih tulen lagi berharga mengekalkan kilauannya walaupun berdepan dengan persekitaran yang menjejaskan. Ia merupakan bahan istimewa dalam Sebatian Star Lily dan manfaatnya digunakan untuk pencerahan yang belum pernah dicapai. Teknologi Cemerlang Teknologi Pencerahan Kulit AA2G ialah pencerah kulit yang begitu berkuasa dan terbukti secara klinikal mengurangkan kemunculan pigmentasi kulit serta mencerah dan menjadikan tona kulit sekata.
Cara Mengguna
  • Letakkan sedikit pada tapak tangan anda, tambahkan sedikit air dan gosok sehingga menghasilkan buih pekat.
  • Urut pada muka serta leher perlahan-lahan dalam gerakan membulat.
  • Bilas bersih-bersih dengan air suam. Gunakan pada waktu pagi dan malam.
  • Susuli dengan Losen Pelembut Menyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    125ml

    KULIT YANG LEBIH CERAH, LEBIH BERSERI

    Alam dan sains bergabung tenaga, mengangkat pencerahan kulit ke satu tahap keserian yang baru.