Pencerahan intensif tidak seperti sebelumnya
ARTISTRY IDEAL RADIANCE Losyen Pelembut Menyeri
Losen Pelembut Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE adalah sangat pekat, berprestasi tinggi namun ringan dan lembut menjadikan kulit lebih segar, lebih cerah dan berseri secara semula jadi. Berfungsi secara optimum dengan penyelesaian pelengkap dari ARTISTRY IDEAL RADIANCE, losen pelembut ini mesti dimiliki oleh semua orang yang ingin menyuburkan kulit mereka.
LEMBUTKAN KULIT ANDA DENGAN BAHAN TERBAIK
Losen Pelembut Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE meminimumkan penampilan pigmentasi dengan memanfaatkan gabungan berkuasa ekstrak bunga yang terdiri daripada bunga Star Lily yang putih tulen, Daisi Inggeris dan Evening Primrose. Tambahan pula, losen pelembut oleh ARTISTRY IDEAL RADIANCE ini mencerah dan menjadikan tona kulit sekata dengan Teknologi Pencerahan Kulit AA2G. Protein Mutiara, ekstrak yang sangat pekat, sangat tulen dan kaya yang mengandungi peptida yang sangat berkesan, juga boleh didapati dalam Losen Pelembut Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE untuk mengurangkan penampilan bintik gelap dengan kuat.
BERIKAN KULIT ANDA LONJAKAN LEMBAPAN SEGERA
Formula Losen Pelembut Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE yang menyegarkan dirumuskan untuk memberikan pelembapan serta-merta pada kulit anda. Digabungkan dengan bahan-bahan pencerahan termaju, kulit anda kini telah bersedia untuk menerima manfaat maksimum daripada serum pilihan anda dan formula lain.
PENCERAHAN KULIT YANG TIADA TANDINGAN DENGAN KOLEKSI ARTISTRY IDEAL RADIANCE
Nikmati pencerahan kulit yang tiada tandingan melalui bahan-bahan berharga dan teknologi yang digunakan dalam losen pelembut ini dari koleksi ARTISTRY IDEAL RADIANCE kami. Bahan Baru yang Berharga Star Lily yang putih tulen lagi berharga mengekalkan kilauannya walaupun berdepan dengan persekitaran yang menjejaskan. Ia merupakan bahan istimewa dalam Sebatian Star Lily dan manfaatnya digunakan untuk pencerahan yang belum pernah dicapai. Teknologi Cemerlang Teknologi Pencerahan Kulit AA2G ialah pencerah kulit yang begitu berkuasa dan terbukti secara klinikal mengurangkan kemunculan pigmentasi kulit serta mencerah dan menjadikan tona kulit sekata.
Cara Mengguna
  • Sapu dengan lembut pada muka dan leher dengan kapas lembap.
  • Gunakan pada waktu pagi dan malam selepas membersih. Susuli dengan serum pilihan anda yang sesuai untuk perubahan warna kulit anda.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    200ml

    KULIT YANG LEBIH CERAH, LEBIH BERSERI

    Alam dan sains bergabung tenaga, mengangkat pencerahan kulit ke satu tahap keserian yang baru.