Pencerahan intensif tidak seperti sebelumnya
ARTISTRY IDEAL RADIANCE Krim Menyeri
Krim Pelembap Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE ialah krim selembut sutera yang menyeduh kulit anda dengan kelembapan. Pelembap penyeri ini berfungsi dengan baik bersama penyelesaian lain dari koleksi ARTISTRY IDEAL RADIANCE dan sesuai untuk kulit normal hingga kering.
MELEMBAPKAN KULIT ANDA DENGAN BAHAN TERBAIK
Krim Pelembap Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE meminimumkan penampilan pigmentasi dengan memanfaatkan gabungan berkuasa ekstrak bunga yang terdiri daripada bunga Star Lily yang putih tulen, Daisi Inggeris dan Evening Primrose. Tambahan pula, pelembap ini mencerah dan menjadikan tona kulit sekata dengan Teknologi Pencerahan Kulit AA2G. Penampilan tompok gelap juga dikurangkan dengan Biji Chia Putih dan Ekstrak Delima berpaten kami serta Protein Mutiara yang kaya dengan antioksidan dan peptida – dua komponen yang boleh membantu mencerahkan kulit.
BERSEDIA UNTUK KULIT YANG LEMBUT, LICIN DAN GEBU
Krim Pelembap Penyeri ARTISTRY IDEAL RADIANCE menjadikan kulit berasa lembap, lembut, licin dan anjal sepanjang hari. Selain itu, krim pelembap ini membantu menambah baik tekstur kulit untuk kulit yang lebih sekata tonanya dan kelihatan sihat. Malah, 97% wanita yang mencubanya mengekalkan tahap penghidratan sepanjang hari!
PENCERAHAN KULIT YANG TIADA TANDINGAN DENGAN KOLEKSI ARTISTRY IDEAL RADIANCE
Nikmati pencerahan kulit yang tiada tandingan melalui bahan-bahan berharga dan teknologi yang digunakan dalam emulsi susu ini dari koleksi ARTISTRY IDEAL RADIANCE kami. Bahan Baru yang Berharga Star Lily yang putih tulen lagi berharga mengekalkan kilauannya walaupun berdepan dengan persekitaran yang menjejaskan. Ia merupakan bahan istimewa dalam Sebatian Star Lily dan manfaatnya digunakan untuk pencerahan yang belum pernah dicapai. Teknologi Cemerlang Teknologi Pencerahan Kulit AA2G ialah pencerah kulit yang begitu berkuasa dan terbukti secara klinikal mengurangkan kemunculan pigmentasi kulit serta mencerah dan menjadikan tona kulit sekata.
Cara Mengguna
Ratakan ke seluruh wajah dan leher dengan hujung jari. •Gunakan pada waktu pagi dan malam selepas menggunakan serum pilihan anda.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    50ml

    KULIT YANG LEBIH CERAH, LEBIH BERSERI

    Alam dan sains bergabung tenaga, mengangkat pencerahan kulit ke satu tahap keserian yang baru.