Hasil profesional di rumah
Infusi Penggalak PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY
Infusi Penggalak ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE ialah rawatan “prapekatan” jenama ini yang pertama. Ia adalah prapekatan cair tetapi melindungi yang disapu sebelum pekatan harian ARTISTRY anda untuk merangsang manfaatnya dengan ketara dan memberikan anda kulit yang lebih segar, lebih muda dan tampak lebih sihat. Produk yang mesti ada dalam koleksi penjagaan kulit anda.
RAWAT KULIT ANDA DENGAN TEKNOLOGI TERKINI
KOMPLEKS NYAHTOKSIK PENGOKSIGENAN PINTAR Infusi Penggalak ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE meneutral dan menyingkirkan bahan cemar sambil menyokong mekanisme pembaikan semula jadi. Kompleks Nyahtoksik Pengoksigenan Pintar mengandungi beberapa bahan penting yang merangkumi: Tapai Yis – merangsang keupayaan kulit untuk mengekal dan menggunakan oksigen dengan berkesan agar kulit boleh bernafas; Tapai Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE – merangsang kitaran pembaharuan semula jadi kulit untuk membantu menyingkirkan bahan cemar di lapisan permukaan kulit; Tapai Bifida – merangsang perlindungan daripada tekanan persekitaran, untuk membantu mengekalkan oksigen di lapisan permukaan kulit; dan Aura Perlindungan Eksklusif ARTISTRY membantu memberikan antioksidan dan perlindungan antipencemaran di atas permukaan kulit dengan menghalang banyak radikal bebas daripada sampai ke kulit. TEKNOLOGI KRISTAL CECAIR Teknologi Kristal Cecair ialah sistem penghantaran pintar yang menyeduh bahan-bahan transformasi yang seterusnya jauh ke dalam lapisan permukaan kulit yang beroksigen. Kristal Cecair kami menyerupai struktur semula jadi kulit dengan nutrien disusun secara sistematik hingga 20 lapisan. Anda boleh membayangkan Kristal Cecair sebagai membentuk satu rangkaian yang membantu memandu bahan utama daripada aplikasi produk berikutnya menembusi lebih mendalam dan lebih pantas ke dalam lapisan permukaan kulit, bukannya berada di atas.
HASIL LEBIH BAIK DENGAN INFUSI PENGGALAK
Infusi Penggalak ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE meningkatkan penghantaran pekatan harian ARTISTRY anda yang seterusnya sebanyak lebih daripada 4 kali.* Ia mengandungi bahan yang membantu meneutralkan dan menyingkirkan bahan cemar serta tekanan persekitaran di dalam dan di atas permukaan kulit untuk menyokong penampilan kulit yang lebih sihat. Infusi Penggalak ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE melicin, melembut dan menyegarkan dengan serta-merta untuk memperbaiki kulit. Lama-kelamaan kulit akan tampak lebih sihat dan kembali muda. * Ujian in-vitro
BAGAIMANAKAH PENCEMARAN MEMPENGARUHI PENUAAN KULIT?
Pencemaran udara boleh membahayakan kulit dengan mengurangkan paras oksigennya, terutamanya PM2.5 iaitu sejenis pencemaran udara yang mempercepatkan penuaan kulit. Istilah PM2.5 merujuk kepada fakta ia terdiri daripada Jirim Zarahan dengan zarah-zarah bersaiz 2.5 mikron. Jirim zarahan ini boleh membinasakan lipid dan protein kulit, mengurangkan keupayaan sel kulit untuk berfungsi dengan baik, malah mengehadkan keberkesanan produk penjagaan kulit termaju. Apabila kita semakin tua, kerosakan ini menjadi lebih ketara kerana kulit menjadi semakin nipis dan kurang anjal serta perubahan warna, kekenduran, garis halus dan kedutan yang dalam mula muncul. Di sinilah peranan Infusi Penggalak ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE. Ia membantu menghilangkan kotoran di lapisan permukaan kulit dan merangsang manfaat produk penjagaan kulit kegemaran anda. Dengan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE, meningkatkan infusi kulit lebih dapat dicapai berbanding sebelumnya.
Cara Mengguna
  • Infusi Penggalak hendaklah digunakan 2x setiap hari, pagi dan malam.
  • Goncang perlahan-lahan sebelum menggunakan.
  • Letak Infusi Penggalak ke tapak tangan atau pad kapas.
  • Tekan pada kulit dengan pergerakan lembut ke atas. Diikuti dengan pekatan harian ARTISTRY daripada koleksi berikut: - ARTISTRY HYDRA-V - ARTISTRY IDEAL RADIANCE - ARTISTRY YOUTH XTEND - ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA
  • Pelanggan Sasaran
    Wanita dan ABO yang arif tentang kecantikan dari semua peringkat umur yang berminat untuk meningkatkan manfaat pekatan ARTISTRY harian mereka, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai masalah pencemaran.
    Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

    PENYELESAIAN PROFESIONAL. HASIL PROFESIONAL.

    Alami manfaat yang standing dengan prosedur dan rawatan profesional naum selamat dan selesa digunakan di rumah anda sendiri.