KUALITI UDARA IALAH KUALITI HIDUP
Penuras HEPA ATMOSPHERE SKY
Atmosphere SKY HEPA Filter berkesan menyingkirkan 99.99% partikel sekecil 0.0024 mikron daripada udara yang melalui unit.
MENYINGKIRKAN SEMUA PARTIKEL DAN BAHAN CEMAR
Atmosphere SKY HEPA Filter cekap menyingkirkan sehingga 99.99% partikel dan bahan cemar sekecil 0.0024 mikron. Pada masa yang sama, ia menyingkirkan partikel kecil seperti alergen, bakteria, kulapuk, virus, kulat dan asbestos dan memberikan udara yang bersih dan segar kepada anda. Atmosphere SKY HEPA Filter harus diganti setiap 3 bulan hingga 5 tahun dan tidak boleh dicuci atau digunakan semula. Jangka hayat sebenar penapis bergantung pada kualiti udara dan penggunaan.
PENSIJILAN KESELAMATAN & KUALITI
Atmosphere SKY HEPA Filter mempunyai pensijilan keselamatan & kualiti seperti yang berikut: (i) Allergy UK - Mohor Kelulusan: Diiktiraf untuk keupayaannya mengurangkan pendedahan kepada alergen tertentu dan selamat digunakan oleh orang yang menghidap alahan. (ii) ECARF: Menunjukkan bahawa Atmosphere SKY Air Treatment System telah diuji secara saintifik oleh makmal pihak ketiga untuk mengurangkan atau menyingkirkan alergen, oleh it sesuai digunakan oleh orang yang menghidap alahan. (iii) AHAM: Atmosphere SKY Air Treatment System telah diuji mengikut Program Persijilan AHAM (ANSI/AHAM AC-a). (iv) CADR-CADR (Kadar Penghantaran Udara Bersih): Disahkan oleh U.S. Association of Home Appliance Manufacturers (AHAM) untuk pengurangan asap tembakau, habuk dan debunga bawaan udara pada jumlah aliran udara 300 kaki padu seminit. CADR ialah metrik utama yang digunakan untuk menilai prestasi sistem rawatan udara. (v) ENERGY STAR: Ia merupakan tanda berdaftar milik U.S. Environmetal Protection Agency. ENERGY STAR ialah pilihan yang mudah untuk kecekapan tenaga. Selama lebih dari 20 tahun, orang ramai di seluruh Amerika merujuk kepada program ENERGY STAR EPA untuk panduan penjimatan tenaga, menjimatkan wang dan melindungi alam sekitar. Di sebalik setiap label biru ialah produk, bangunan atau rumah yang disijilkan secara bebas untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan menyebabkan pengurangan pelepasan yang menyumbang kepada perubahan iklim.

KUALITI UDARA ADALAH KUALITI HIDUP

Memberikan udara yang bersih di dalam rumah anda dengan 99.99% penurasan.