KUALITI UDARA IALAH KUALITI HIDUP
Penuras Karbon ATMOSPHERE SKY
Atmosphere SKY Carbon Filter berkesan mengurangkan formaldehid, dioksin dan ozon serta bau dari merokok, memasak dan haiwan peliharaan.
KURANGKAN BAU YANG KURANG MENYENANGKAN DENGAN BERKESAN
Peringkat penapisan ketiga menggunakan Atmosphere SKY Carbon Filter. Ia berkesan mengurangkan bau yang tidak menyenangkan seperti tembakau, memasak dan haiwan peliharaan. Penapis Karbon tidak boleh dicuci atau digunakan semula dan jangka hayatnya antara 4 hingga 12 bulan (jangka hayat sebenar bergantung pada kualiti udara dan penggunaan).
PENSIJILAN KESELAMATAN & KUALITI
Atmosphere SKY Carbon Filter mempunyai pensijilan keselamatan & kualiti yang berikut: (i) Allergy UK - Mohor Kelulusan: Diiktiraf untuk keupayaannya mengurangkan pendedahan kepada alergen tertentu dan selamat digunakan oleh orang yang menghidap alahan. (ii) ECARF: Menunjukkan bahawa Atmosphere SKY Air Treatment System telah diuji secara saintifik oleh makmal pihak ketiga untuk mengurangkan atau menyingkirkan alergen, oleh it sesuai digunakan oleh orang yang menghidap alahan. (iii) AHAM: Atmosphere SKY Air Treatment System telah diuji mengikut Program Persijilan AHAM (ANSI/AHAM AC-a). (Iv) CADR-CADR (Kadar Penghantaran Udara Bersih): Disahkan oleh U.S. Association of Home Appliance Manufacturers (AHAM) untuk pengurangan asap tembakau, habuk dan debunga bawaan udara pada jumlah aliran udara 300 kaki padu seminit. CADR ialah metrik utama yang digunakan untuk menilai prestasi sistem rawatan udara. (v) ENERGY STAR: Ia merupakan tanda berdaftar milik U.S. Environmetal Protection Agency. ENERGY STAR ialah pilihan yang mudah untuk kecekapan tenaga. Selama lebih dari 20 tahun, orang ramai di seluruh Amerika merujuk kepada program ENERGY STAR EPA untuk panduan penjimatan tenaga, menjimatkan wang dan melindungi alam sekitar. Di sebalik setiap label biru ialah produk, bangunan atau rumah yang disijilkan secara bebas untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan menyebabkan pengurangan pelepasan yang menyumbang kepada perubahan iklim.

KUALITI UDARA ADALAH KUALITI HIDUP

Memberikan udara yang bersih di dalam rumah anda dengan 99.99% penurasan.