Masa depan kulit anda bermula sekarang
Losyen Lembut essentials by ARTISTRY
Menanggalkan solekan tidak pernah semudah dan sebersih ini. Dengan Tisu Penanggal Solekan essentials by ARTISTRY, anda boleh menanggalkan dengan lembut solekan tebal dari wajah anda tanpa sebarang sisa berminyak, menjadikan kulit anda begitu bersih, segar dan bermaya.
BIARKAN KULIT ANDA TERASA BERSIH DAN SEGAR
Dibuat daripada kain tanpa tenun yang terasa selesa pada kulit, Tisu Penanggal Solekan essentials by ARTISTRY adalah sangat mudah. Tisu pakai buang ini menanggalkan solekan dengan cepat dan mudah, termasuk maskara dan pewarna bibir yang tahan lama. Kaya dengan Vitamin E, Tisu Penanggal Solekan essentials by ARTISTRY juga membantu memulihkan ciri-ciri antioksidan kulit.
MULAKAN DARI MUDA, MULAKAN SEKARANG
Memulakan regimen penjagaan kulit asas yang baik pada usia muda adalah penting kerana cara anda menjaga kulit anda sekarang akan menentukan wajah anda sepanjang hayat anda. Jadi, jika anda ingin mengekalkan kesihatan kulit yang baik dan seri keremajaan untuk tempoh yang lama, mulalah menjaga kulit anda lebih awal! Jadikan essentials by ARTISTRY sebagai pengalaman penjagaan kulit anda yang pertama.
#ARTISTRY PERTAMA SAYA
Dengan formula inovatif, essentials by ARTISTRY secara unik menangani keperluan dermatologi kulit muda. Dibuat dengan ekstrak Ceri Aserola Nutrilite organik dan bahan-bahan botani yang terbaik, essentials by ARTISTRY berkesan merawat kulit berminyak, akne dan liang-liang yang terbuka – masalah kulit yang sangat biasa dalam kalangan mereka yang berumur 18 – 25 tahun.
BAHAN UTAMA
Ceri Aserola NutriliteTM organik kami adalah bahan utama essentials by ARTISTRY. Dipetik apabila kepekatan vitamin C berada pada tahap puncaknya, sebiji Ceri Aserola hijau mempunyai lebih banyak vitamin C berbanding sebiji oren bersaiz sederhana.
Cara Mengguna
Buka penutup bungkusan dan keluarkan sehelai tisu. Lap dengan lembut seluruh kelopak mata, muka, bibir dan leher untuk membersihkan kulit dan menanggalkan mekap. Tutup penutup bungkusan bagi mencegah tisu daripada menjadi kering. Selepas menggunakannya, buang tisu itu ke dalam tong sampah (jangan buang ke dalam mangkuk tandas).
Pelanggan Sasaran
Bagi mereka yang berumur 18 – 25 tahun dengan kulit berminyak, akne dan liang-liang yang terbuka.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    25 keping

    MULAKAN SEWAKTU MUDA, MULAKAN SEKARANG

    Secara unik menangani keperluan dermatologi kulit muda. #my1stARTISTRY