Kecantikan yang diperibadikan pada tahap terbaik
Penguat Antikedutan ARTISTRY SIGNATURE SELECT
Penguat Antikedutan ARTISTRY SIGNATURE SELECT mengubah kulit yang berkedut dan menua menjadi kulit yang dicergaskan semula dan kelihatan sihat.
MANFAATKAN TEKNOLOGI BERKESAN UNTUK MENGHASILKAN KULIT SIHAT YANG LICIN
Teknologi Penghapus Garis Penguat Antikedutan ARTISTRY SIGNATURE SELECT membantu menguatkan jaringan sokongan kulit dan mengekalkan penampilan yang sihat dan licin dengan garis-garis halus dan kedutan dikurangkan. Serum yang Diperibadikan ini juga menggunakan Teknologi Diseduh dengan Kuasa yang pertama dan satu-satunya dalam industri kecantikan yang melindungi rumusan Penguat di samping memastikan bahan-bahannya kekal segar sehinggalah anda mencampurkannya.
DICIPTA UNTUK KULIT YANG LEBIH MUDA KEMBALI DAN KELIHATAN MUDA
Penguat Antikedutan ARTISTRY SIGNATURE SELECT terbukti dapat mengurangkan dan melicinkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Ia berkesan walaupun pada kedutan yang dalam. Dapatkan kulit yang muda kembali, segar dan tampak lebih muda dengan Penguat Antikedutan ARTISTRY SIGNATURE SELECT. 81% wanita dapat melihat penambahbaikan dalam penampilan garis-garis halus dan kedutan selepas menggunakan penguat antikedutan.** *Apabila Penguat dicampur dengan Serum Asas **Kajian klinikal
MANFAATKAN KUASA SERUM DIPERIBADIKAN ARTISTRY SIGNATURE SELECT
Tiada sesiapapun yang memahami kulit dengan lebih baik berbanding penjagaan kulit ARTISTRY. Saintis ARTISTRY telah mengkaji lebih daripada 32,000 orang wanita dan lelaki dari serata dunia dan mendapati bahawa 97.7% daripada mereka mempunyai lebih daripada satu masalah kulit, manakala 94.7% daripada mereka mengatakan mereka mempunyai tiga atau lebih masalah kulit. Serum Diperibadikan ARTISTRY ini dicipta agar anda dapat merawat masalah kulit anda yang pelbagai dan khusus secara serentak dengan kuasa sehingga 3 serum dalam 1 produk tunggal.
PILIH, CAMPURKAN, PERIBADIKAN
Serum yang Diperibadikan ini menawarkan sehingga 25 kombinasi yang mungkin daripada 5 pilihan penguat iaitu Menghidratkan, Mencerahkan, Antikedutan, Memejalkan dan Antitompokan. Anda boleh mencapai Serum Diperibadikan anda dalam 3 langkah mudah: 1) Pilih 1, 2 atau sehingga 3 penguat yang sangat pekat berdasarkan keperluan anda; 2) Segera campurkan pekatan penguat ke dalam Serum Asas; 3) Alami serum yang diperibadikan yang menangani keperluan kulit anda yang pelbagai dan khusus!
Cara Mengguna
Perlahan-lahan pasangkan penguat pada botol Serum Asas dan putarkan OFF untuk mendispens kandungan. Masukkan semula pam pada botol Serum Asas. Kemudian goncang botol – yang kini mengandungi Serum yang Diperibadikan – selama 60 saat untuk mencampurkannya dengan sebati. Jika anda mencampurkan 2 penguat atau lebih, patuhi urutan ini untuk hasil yang terbaik:Menghidratkan > Mencerahkan > Antikedutan > Memejalkan > Antitompokan Sapukan 2 pam pada kulit yang bersih dan ratakan ke seluruh muka dalam gerakan menaik setiap pagi dan malam. Sapukan pam ketiga pada kawasan bermasalah yang khusus seperti yang diperlukan.
Pelanggan Sasaran
Bagi mereka yang mempunyai garis-garis halus dan kedutan.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada tujuannya.
  • Elakkan daripada terkena mata.
  • Hentikan penggunaan dengan serta-merta dan hubungi doktor jika berlaku sebarang kerengsaan kulit.
  • Jangan guna pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penguat hendaklah sentiasa dicampurkan ke dalam Serum Asas dan tidak digunakan secara langsung pada kulit kerana kepekatannya yang sangat luar biasa.
  • Tiga Penguat berbeza hendaklah digunakan, anda tidak seharusnya ‘menggandakan’ pada satu.
  • Penyimpanan
    Elakkan pendedahan langsung kepada cahaya dan haba.
    Polisi Pemulangan
    Jaminan Kepuasan Amway: Amway menawarkan kepada ABO pelbagai jenis produk yang boleh dijual dengan yakin serta disokong dengan Jaminan Kepuasan Amway melalui pembangunan produk dan pembungkusan berkualiti tinggi yang inovatif. Untuk jaminan itu dipenuhi, ABO hendaklah menyediakan botol ARTISTRY SIGNATURE SELECT Personalized Serum dan semua penguat kosong yang telah diseduh ke dalam serum sebelum ini bersama-sama nombor pesanan masing-masing. Amway tidak akan menerima pemulangan yang tidak lengkap.

    Serum Khusus Untuk Anda

    Merawat masalah kulit yang pelbagai dan khusus dengan kuasa sehingga 3 serum dalam 1