Masa depan kulit anda bermula sekarang
Set Penjagaan Kulit 3 Langkah essentials by ARTISTRY
Terdiri daripada Gel Pembersih, Penyegar Anticela Dan Pori Menyegarkan dan Losen Ringan, set penjagaan kulit 3 langkah yang terhad ini sangat sesuai untuk mereka yang memulakan rejimen penjagaan kulit ARTISTRY mereka yang pertama. Hanya 3 langkah dalam 3 minit dengan Set Penjagaan Kulit 3 Langkah essentials by ARTISTRY!
MULAKAN DARI MUDA, MULAKAN SEKARANG
Memulakan regimen penjagaan kulit asas yang baik pada usia muda adalah penting kerana cara anda menjaga kulit anda sekarang akan menentukan wajah anda sepanjang hayat anda. Jadi, jika anda ingin mengekalkan kesihatan kulit yang baik dan seri keremajaan untuk tempoh yang lama, mulalah menjaga kulit anda lebih awal! Jadikan essentials by ARTISTRY sebagai pengalaman penjagaan kulit anda yang pertama.
#ARTISTRY PERTAMA SAYA
essentials by ARTISTRY secara unik menangani keperluan dermatologi kulit muda. Dibuat dengan ekstrak Ceri Aserola Nutrilite organik yang diseduh dengan bahan-bahan botani yang terbaik, essentials by ARTISTRY berkesan merawat kulit berminyak, akne dan liang-liang yang terbuka – masalah kulit yang sangat biasa dalam kalangan mereka yang berumur 18 – 25 tahun.
BAHAN UTAMA
Ceri Aserola NutriliteTM organik kami adalah bahan utama essentials by ARTISTRY. Dipetik apabila kepekatan vitamin C berada pada tahap puncaknya, sebiji Ceri Aserola hijau mempunyai lebih banyak vitamin C berbanding sebiji oren bersaiz sederhana.
Cara Mengguna
Sila rujuk setiap produk untuk arahan penggunaan yang terperinci.
Pelanggan Sasaran
Bagi mereka yang berumur 18 – 25 tahun dengan kulit berminyak, akne dan liang-liang yang terbuka.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

    MULAKAN SEWAKTU MUDA, MULAKAN SEKARANG

    Secara unik menangani keperluan dermatologi kulit muda. #my1stARTISTRY