Alamilah Masker Pencerah ARTISTRY SIGNATURE SELECT, rumusan putih berkilat yang menggambarkan tindakan masker apabila ia mula mencerahkan sebaik sahaja bersentuhan dengan kulit anda. Menjadikan kulit kelihatan segar kembali – berseri-seri dengan tenaga baru. Tona kulit juga kelihatan lebih sekata dan mulus.
DISEDUH DENGAN BAHAN NUTRILITE
Masker Pencerah ARTISTRY SIGNATURE SELECT mengandungi Bijian Petola Semula Jadi, Memanik Jojoba dan Ekstrak Biji Chia Putih yang bersumber daripada Nutrilite™. Bijian Petola Semula Jadi dan Memanik Jojoba secara lembut menjaga kulit dengan tindakan pengelupasan dan pelicinan yang memberikan penampilan yang ketara lebih cerah. Rumusan ini juga termasuk Ekstrak Biji Chia Putih yang bersumber daripada Nutrilite™, yang dihasilkan daripada biji benih yang ditanam dan dipilih dengan teliti di ladang Nutrilite™. Ia kemudiannya diekstrak melalui proses kriogenik (beku) yang canggih, memanjakan anda dengan bahan yang paling berkhasiat.
NOT GOURMAND HANGAT UNTUK PENGALAMAN MENYENANGKAN
Masker Pencerah SIGNATURE SELECT didatangkan dengan not ‘gourmand’ yang hangat yang diadun dengan kemanisan madu dan bunga-bungaan yang lembut untuk mencipta pengalaman yang menyenangkan hati.
SEGALANYA TENTANG SAPUAN BERBILANG MASKER
Gunakan berbilang masker pada zon muka yang berbeza sekali gus untuk menangani masalah kulit anda yang berbeza. Ia menyeronokkan, berkesan dan benar-benar diperibadikan. Hanya untuk anda!
PENGALAMAN SAPUAN MASKER YANG LUAR BIASA
Masker Pencerah SIGNATURE SELECT dengan mudah mencipta rejimen penjagaan kulit yang sangat diperibadikan yang menangani pelbagai keperluan zon muka yang tertentu. Dapatkan pengalaman deria yang unik setiap masa, setiap hari.
SENI SAPUAN BERBILANG MASKER
Luangkan masa untuk spa peribadi anda sendiri tetapi jauh lebih mudah, lebih murah, lebih diperibadikan di rumah anda sendiri! Cerahkan kulit anda dengan hanya 7 minit sapuan berbilang masker.
Cara Mengguna
Dengan hujung jari yang kering, sapukan lapisan yang jelas pada kulit yang baru dibersihkan dan lembap. Elakkan kawasan mata dan bibir. Biarkan selama 7 minit. Selepas masker kering, langkah menanggalkannya akan meningkatkan lagi hasil pencerahannya. Urut dengan lembut sewaktu anda membilasnya dengan air suam. Boleh digunakan 3-4 kali seminggu (langkau satu hari antara setiap penggunaan).
Pelanggan Sasaran
Untuk kulit kusam dan tidak sekata.
Nasihat/Langkah Keselamatan
Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
Elakkan terkena mata.
Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
Jangan sapu pada kulit yang merekah.
Jauhkan daripada kanak-kanak.
Penyimpanan
Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
Berat
100g
THE ART OF MULTI-MASKING
Berbilang masker pada zon muka yang berbeza sekali gus. Ia menyeronokkan, berkesan dan diperibadikan.