KUALITI UDARA IALAH KUALITI HIDUP
Alat Ganti Penuras Atmosphere Mini
Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™ didatangkan prapasang dengan sebuah penuras 3 dalam 1 yang mengandungi kesemua tiga peringkat rawatan: prapenuras, penuras karbon dan penuras HEPA.
MINI NAMUN TETAP BERKUASA
Atmosphere Mini menawarkan prestasi luar biasa yang bertindak dengan:
• Menuras 99.99% bahan cemar bawaan udara dan memerangkap partikel sekecil 0.0024 mikron.
• Menggunakan penuras 3 dalam 1 untuk mengurangkan sehingga 300 bahan cemar bawaan udara daripada udara dengan berkesan.
• Memberikan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) lebih daripada 130 cfm pada kelajuan 3.
• Membersihkan bilik bersaiz sehingga 200 kaki persegi / 18.6 meter persegi.
PENGESAHAN KESELAMATAN & KUALITI
Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™ telah diiktiraf oleh Mohor Perakuan British Allergy Foundation kerana keupayaannya mengurangkan atau menyingkirkan alergen, oleh itu sesuai digunakan oleh orang yang mengalami alahan.

Ia juga menerima Pensijilan CADR daripada U.S. Association of Home Appliance Manufacturers (AHAM) kerana pengurangan asap tembakau, habuk dan debunga bawaan udara pada jumlah aliran udara sebanyak 130 kaki persegi seminit (220 meter padu sejam) untuk penggunaan dalam bilik sehingga 200 kaki persegi (18.6 meter persegi).
*CADR ialah metrik utama yang digunakan untuk menilai prestasi sistem rawatan udara.
PENURASAN UDARA 3 DALAM 1 YANG BERKESAN
Penuras 3 dalam 1 mengandungi komponen berikut:
Prapenuras menyingkirkan partikel besar
Penuras Karbon mengurangkan bau yang kurang menyenangkan
Penuras HEPA menyingkirkan 99.99% partikel sekecil 0.0024 mikron dengan berkesan

Penuras 3 dalam 1 harus diganti setiap 6 hingga 10 bulan bergantung pada penggunaannya bagi memastikan prestasi Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™ yang optimum.
Aplikasi
Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™ harus dibersihkan dan diselenggarakan secara berkala untuk prestasi yang optimum.
Bila perlu, lap bahagian luar dengan kain lembap dan biarkannya kering. Jika terlalu kotor, gunakan detergen yang lembut seperti Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™. Jangan gunakan pencuci yang mengandungi ammonia, alkohol dan pencair cat. Pencuci ini akan merosakkan permukaan unit.
NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
Baca semua arahan sebelum menggunakan Alat Ganti Penuras Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™.
Pelanggan Sasaran
Semua umur

KUALITI UDARA ADALAH KUALITI HIDUP

Memberikan udara yang bersih di dalam rumah anda dengan 99.99% penurasan.