Hasil profesional di rumah
ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program
Program Tetapan Semula 14 Malam ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE diinspirasikan oleh rawatan laser estetik yang memberikan lapisan baru dan memperbaharui kulit. Dapatkan semua manfaat ini dalam 2 minggu tanpa masa henti!
PERBAHARUI KULIT ANDA DENGAN LIPOSOM BERKUASA
Program Tetapan Semula 14 Malam ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE menggunakan Teknologi Deep Night Action Ultra yang menggabungkan 3 liposom berkuasa: liposom pengaktif, merosfera dan ultrasom. Liposom pengaktif meningkatkan pertahanan dan perlindungan kulit semula jadi sebanyak 217% dan menyuburkan kulit dengan Minyak Biji Chia yang disumberkan oleh Nutrilite™. Merosfera menguatkan perintang lembapan kulit dan pengekalan lembapan. Ultrasom membantu membaiki sel-sel 75% lebih pantas daripada kadar biasa, termasuk UV-Endonuklease untuk mempercepatkan pemulihan semula jadi kulit daripada kerosakan disebabkan matahari. Dengan sebatian Phyto-3 Cica dengan Centella Asiatica, Rosemary dan Echinacea, pembaikan sel meningkat sebanyak 150% dan kulit ditenangkan dan dilegakan sambil menerima perlindungan antioksidan yang maksimum.
7 TAHAP PEMULIHAN KULIT

Program Tetapan Semula 14 Malam ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE adalah rawatan 7 tahap yang sangat komprehensif untuk kulit anda. 

Tahap 1: Pembaikan sel

Tahap 2: Menggalakkan fungsi matriks ekstrasel 

Tahap 3: Membaiki dan menyamankan kulit yang rosak 

Tahap 4: Mengembalikan kecerahan 

 Tahap 5: Menyegarkan kembali dan mengekalkan perintang lembapan semula jadi kulit 

Tahap 6: Meningkatkan pusing ganti sel kulit dengan pengelupasan pH neutral 

Tahap 7: Melindungi kulit daripada serangan persekitaran di lapisan kulit paling atas

PERUBAHAN MENYELURUH KULIT DALAM HANYA 2 MINGGU

Program Tetapan Semula 14 Malam ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE dapat membantu dengan perubahan menyeluruh kulit hanya dalam 2 minggu.* 

1 Malam: Menghidratkan Anda akan mendapat manfaat Program Tetapan Semula 14 Malam ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE dengan segera. Selepas 1 malam, apabila fungsi perintang lembapan kulit anda ditambah baik, penghidratan meningkat sebanyak 179% dan kulit dinyamankan. Selain itu, anda boleh memulakan hari dengan lebih selamat kerana kulit anda lebih terlindung daripada serangan persekitaran. 

4 Malam: Tona sekata Selepas 4 malam dalam Program Tetapan Semula 14 Malam ARTISTRY, kejernihan kulit ditambah baik sebanyak 168% dan tona kulit anda akan menjadi lebih sekata. 

7 Malam: Melicinkan Selepas seminggu melakukan program ini, kulit anda akan 79% lebih licin berbanding sebelumnya.

10 Malam: Memejalkan Anda akan mendapat kulit yang ketara lebih pejal selepas 10 malam. 

 14 Malam: Mencerahkan, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan Selepas melengkapkan rawatan 2 minggu penuh, anda telah mendapatkan semua manfaat daripada Program Tetapan Semula 14 Malam ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE. 

Secara keseluruhan, kulit anda akan lebih dihidratkan dan tampak lebih sihat. Kejutkan diri anda dengan 261% penambahbaikan dalam kejernihan kulit untuk keserian yang terpancar, 99% pengurangan garis halus akibat kekeringan dan 83% pengurangan kekasaran. Dapatkan kulit yang lebih licin dan lebih gebu, serta perlindungan yang dipertingkatkan daripada serangan persekitaran *ujian secara klinikal dan in-vitro

ULANGI UNTUK HASIL YANG OPTIMUM
Ulang Program Tetapan Semula 14 Malam ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE setiap 3 bulan untuk mengekalkan kesihatan kulit yang optimum dan manfaat jangka panjang apabila kulit menjalani proses pembaharuan yang berterusan dengan pendedahan yang kerap terhadap serangan persekitaran dan proses penuaan.
Cara Mengguna
  • Selepas membersihkan dan menyegarkan, picitkan 4 pam pada hujung jari dan urut perlahan-lahan pada seluruh muka dan leher dalam gerakan menaik sehingga meresap sepenuhnya.
  • Ulangi langkah sehingga kandungan seluruh bebuli habis setiap malam selama 14 malam.
  • Sapu pelembap selepas ia diserap sepenuhnya.
  • Pelanggan Sasaran
    Pengguna yang perlu mengeset semula untuk mendapatkan kulit yang cantik dalam 2 minggu.
    Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Guna sebaik sahaja dibuka untuk mengekalkan keberkesanan bahan aktif. Buang selepas guna.
  • Elakkan daripada terkena mata.
  • Hentikan penggunaan dengan serta-merta jika berlaku tindak balas alahan.
  • Penyimpanan
    Jauhkan daripada sinaran matahari dan simpan pada suhu antara 10–30°C.

    PENYELESAIAN PROFESIONAL. HASIL PROFESIONAL.

    Alami manfaat yang standing dengan prosedur dan rawatan profesional naum selamat dan selesa digunakan di rumah anda sendiri.