header-logo
ARTISTRY SKIN NUTRITION CREAM MAKEUP REMOVER

Rumusan krim ini menanggalkan solekan harian yang tahan lama dan kalis air dengan mudah tanpa berbusa. Ia membantu melegakan kulit sensitif dan mengurangkan kerengsaan sambil menghidrat dan merapikan kulit dengan Minyak Biji Meadowfoam dan Vitamin E. Bagus untuk kulit Normal ke Kering atau Kering.

Mesra mikrobiom dan sangat berkesan untuk menghapuskan pencemaran yang merengsakan (termasuk PM 2.5) dan kekotoran, ia membantu menghentikan kerengsaan sebelum ia mula merengsa, menjadikan kulit anda selesa.

ARTISTRY SKIN NUTRITION CREAM MAKEUP REMOVER :

  • Tidak menggelupas dan tidak mengeringkan
  • pH yang seimbang
  • Tanpa haruman dan tanpa sabun
  • Bukan komedogenik (tidak akan menyebabkan liang roma
    tersumbat atau tersekat)
  • Diuji oleh ahli dermatologi dan dari segi alahan
  • Secara klinikal terbukti lembut dan tidak begitu kuat
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Selamat untuk pengguna kanta sentuh
  • Diuji selamat untuk kegunaan di kawasan mata
  • Menanggalkan semua solekan (mata, bibir, muka) dengan
    berkesan dan menjadikan kulit terasa bersih, terhidrat dan lebih sihat

ARTISTRY CLEAN


Dengan mematuhi garis panduan Artistry Clean, penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus tanpa paraben, ftalat, minyak mineral, surfaktan berasaskan sulfat dan lebih daripada 1,000 bahan lain yang mungkin dibimbangi oleh pelanggan. Berdaftar dengan The Vegan Society dan bebas daripada bahan berasal terbitan haiwan, produk ini bersih, selamat dan diperbuat dengan standard pembuatan yang ketat, menjadikannya lebih baik untuk kulit dan planet kita.

MENANGANI 5 KEPERLUAN NUTRISI KULIT


MEMBERSIHKAN
Memastikan kulit bersih, tenang dan bebas daripada
perengsa yang memberi tekanan kepada kulit

MENGIMBANGKAN
Menstabilkan dan memupuk mikrobiom yang optimum

MEMBINA SEMULA
Mengukuhkan dan membaiki lapisan sokongan kulit untuk
meningkatkan daya tahan, keanjalan dan kepejalan

MELEMBAPKAN
Melembapkan kulit dengan penghidratan yang berpanjangan

MELINDUNG
Melawan penyerang alam sekitar dengan SPF dan antioksidan

Biji Yang Unggul (Superseed) dari Alam


Setiap produk ARTISTRY SKIN NUTRITION diseduh dengan kuasa Biji Chia Putih, salah satu makanan unggul dari alam yang terkaya. Fitonutriennya yang poten membantu menyuburkan dan melindungi kecantikan kulit yang sihat dengan ketara. Chia Putih kami ditanam di ladang Nutrilite yang disahkan organik, membenarkan kebolehjejakan “biji ke kulit” yang tidak pernah berlaku dahulu – satu lagi sebab untuk mempercayai hasil yang tulen, selamat, berkesan daripada rumusan bersih ARTISTRY SKIN NUTRITION.
Biji yang unggul padat dengan nutrien, menyuburkan kulit
Meningkatkan fungsi perintang kulit
Kompleks Pencerahan Terpaten, digunakan dengan Buah Delima Nutrilite
Memberikan perlindungan antioksidan
Mengimbangkan mikrobiom kulit (paten belum selesai)

Hasil yang Terbukti

 
Dalam ujian pelanggan:

  • 98% bersetuju ia mempunyai tekstur kaya berkrim menjadikan kulit terasa lembap, lembut dan licin.

MAKLUMAT LANJUT

CARA MENGGUNA

Urut muka, mata dan bibir perlahan-lahan dengan sejumlah besar penanggal solekan dalam gerakan membulat. Bilas atau kesat dengan tisu.

Gunakan sebagai langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit di waktu petang anda untuk menanggalkan solekan harian anda. Ia juga boleh digunakan pada bila-bila masa anda perlu menanggalkan solekan.

Untuk pelanggan yang lebih gemarkan rutin pembersihan berganda, ARTISTRY SKIN NUTRITION Makeup Remover sangat sesuai sebagai langkah pertama di waktu pagi dan petang. Ia menjadikan kulit dipersiapkan dengan sempurna untuk pembersihan busa yang teliti dengan mana-mana rumusan Pembersih kami.


JENIS KULIT

Sesuai untuk semua jenis kulit. Mungkin menarik mereka terutamanya yang mempunyai kulit Normal ke Kering atau Kering.


KANDUNGAN

118ml


BAHAN-BAHAN

Air, Isohexadecane, Caprylic/Capric Triglyceride, Isononyl Isononanoate, Isopropyl Palmitate, Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Propanediol, Dimethicone, Butylene Glycol, Squalane, Behenyl Alcohol, C12-15 Alkyl Benzoate, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Sorbitan Stearate, Minyak Biji Salvia Hispanica, Punica Granatum Sterols, Cetyl Alcohol, Chlorphenesin, Phenoxyethanol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Allantoin, Arginine, Disodium EDTA, Tocopherol, Minyak Glycine Soja (Kacang Soya), Gam Xanthan, Glycerin, Dipotassium Glycyrrhizate, Sodium Hyaluronate, Lecithin, Ceramide NP, Beta-Sitosterol, Minyak Biji Perilla Ocymoides, Minyak Oenothera Biennis (Evening Primrose), Minyak Biji Helianthus Annuus (Bunga Matahari), BHT