ARTISTRY SKIN NUTRITION
Micellar Makeup Remover + Cleanser

Air misel bebas pewangi ini mempunyai formula dua fasa. Hanya goncangkan untuk mencampurkan kedua-dua lapisan, kemudian sapu perlahan ke kulit anda bagi menanggalkan mekap tahan lama, kalis air, tidak mudah luntur atau comot dengan mudah.

Produk ini selamat dan lembut untuk semua jenis kulit serta mampu menanggalkan mekap di wajah, mata dan bibir tanpa meninggalkan kesan berminyak. Ia tidak memerlukan gosokan atau tarikan yang kuat pada kulit. Kulit anda akan terasa segar dan lembut selepas digunakan, malah turut membantu merawat dan menyihatkan bulu mata.

Artistry Clean

Mengikut garis panduan ARTISTRY Clean, penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION diformulasikan tanpa paraben, ftalat, minyak mineral, surfaktan berasaskan sulfat, dan lebih daripada 1,000 bahan lain yang mungkin menjadi kebimbangan para pengguna. Berdaftar bersama The Vegan Society dan bebas bahan berasaskan haiwan, produk ini bersih, selamat, dan dihasilkan mengikut piawaian pembuatan yang ketat, menjadikannya lebih baik untuk kulit kita dan juga untuk alam sekitar.

MEMENUHI 5 KEPERLUAN NUTRISI KULIT

  • Membersihkan
    Menjadikan kulit bersih, terjaga dan bebas daripada sebarang iritasi yang merosakkan kulit.
  • Mengimbangkan
    Menstabilkan dan memelihara mikrobiom kulit yang sihat
  • Membina Semula
    Memperkukuh struktur sokongan lapisan kulit untuk meningkatkan daya tahan, keanjalan dan ketegangan kulit
  • Melembapkan
    Memberikan kelembapan kulit yang berkekalan.
  • Melindung
    Melawan radikal bebas dari pencemaran dengan perlindungan SPF dan antioksidan

Biji Yang Unggul (Superseed) dari Alam

Setiap produk ARTISTRY SKIN NUTRITION diperkaya dengan Biji Chia Putih, salah satu makanan unggul terkaya dalam alam semula jadi. Fitonutriennya yang berkuasa membantu menyuburkan dan meningkatkan kesihatan kulit dengan jelas. Biji Chia Putih kami ditanam di ladang Nutrilite yang diperakui organik, memberikan jejak “biji benih ke kulit” yang belum pernah wujud sebelum ini - satu lagi sebab untuk mempercayai hasil formula bersih ARTISTRY SKIN NUTRITION yang murni, selamat, dan berkesan.

  • Biji benih unggul yang padat dengan nutrien, menyuburkan kulit
  • Meningkatkan fungsi penghalang kulit
  • Kompleks Pencerahan terpaten, digunakan bersama Delima Nutrilite
  • Memberikan perlindungan antioksidan
  • Menyeimbangkan mikrobiom kulit (paten dalam proses permohonan)

Hasil Yang Terbukti

ARTISTRY SKIN NUTRITION Micellar Makeup Remover + Cleanser dalam tinjauan pengguna:

  • 92% pengguna bersetuju ia berkesan menanggalkan mekap yang tahan lama, kalis comot, atau kalis pemindahan.

Maklumat Lanjut

Cara Mengguna

Goncangkan dengan betul. Lembapkan pad kapas.

Untuk menanggalkan solekan mata: Pegang pad kapas yang lembap pada mata yang tertutup selama beberapa saat kemudian sapu dengan lembut tanpa menggosok dengan kasar.

Untuk membersihkan kulit dan menanggalkan solekan: Sapukan pad kapas dengan lembut pada kulit sehingga solekan dan kekotoran betul-betul bersih.

Tidak perlu bilas.

Gunakan sebagai langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit malam anda untuk menanggalkan solekan hari itu. Ia juga boleh digunakan pada bila-bila masa anda perlu menanggalkan solekan.

Untuk pelanggan yang lebih gemar rutin pembersihan dua kali, Penanggal Solekan SKIN NUTRITION ARTISTRY adalah ideal sebagai langkah pertama di waktu pagi dan malam. Ia membuatkan kulit benar-benar bersedia untuk pembersihan busa yang rapi dengan mana-mana rumusan Pembersih kami.

Jenis Kulit

Semua Penanggal Solekan SKIN NUTRITION ARTISTRY adalah sesuai untuk semua jenis kulit.

Kuantiti

200 ml

Ramuan dan Kandungan

Water, Isohexadecane, Isododecane, Hexylene Glycol, Benzyl Alcohol, Polyquaternium-7, Disodium EDTA, Polyepsilon-Lysine, Glycerin, Citric Acid, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate, Dextrin, Citrullus Lanatus (Watermelon) Fruit Extract, Malpighia Emarginata (Acerola) Fruit Extract, Butylene Glycol, Potassium Hydroxide, Potassium Sorbate, Citrulline, Decyl Glucoside, Perilla Ocymoides Leaf Extract, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Maltodextrin, Salvia Hispanica Seed Oil, Tocopherol, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil

Balancing
Hydrating
SKIN NUTRITION

Pertingkatkan kulit anda dengan fito untuk kesegaran sepanjang hari dan penghidratan 24 jam