ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Jelly Cleanser

Terbukti secara klinikal untuk menghapuskan pencemaran dan kekotoran (termasuk PM 2.5), pembersih ini mencegah kerengsaan dan membantu menenangkan kulit tanpa mengikiskan atau mengeringkan agar kulit terasa bersih, segar dan tidak tegang. Adunan Shiso Perilla dan Aloe Vera terpaten kami meningkatkan kelembutan untuk mengurangkan kerengsaan sambil membersihkan. Menggunakan sukfaktan asid amino yang lembut dan dirumus dengan teliti untuk mengekalkan pH kulit pada tahap yang paling sihat. Ia juga membantu mengekalkan dan melindungi mikrobiom kulit dan perintang lembapan.

Artistry Clean

Dengan mematuhi garis panduan Artistry Clean, penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus tanpa paraben, ftalat, minyak mineral, surfaktan berasaskan sulfat dan lebih daripada 1,000 bahan lain yang mungkin dibimbangi oleh pelanggan. Berdaftar dengan The Vegan Society dan bebas daripada bahan berasal terbitan haiwan, produk ini bersih, selamat dan diperbuat dengan standard pembuatan yang ketat, menjadikannya lebih baik untuk kulit dan planet kita.

Menangani 5 Keperluan Nutrisi Kulit

  • Membersihkan
    Memastikan kulit bersih, tenang dan bebas daripada perengsa yang memberi tekanan kepada kulit
  • Mengimbangkan
    Menstabilkan dan memupuk mikrobiom yang optimum
  • Membina Semula
    Mengukuhkan dan membaiki lapisan sokongan kulit untuk meningkatkan daya tahan, keanjalan dan kepejalan
  • Melembapkan
    Melembapkan kulit dengan penghidratan yang berpanjangan
  • Melindung
    Melawan penyerang alam sekitar dengan SPF dan antioksidan

Biji Yang Unggul (Superseed) dari Alam

Setiap produk ARTISTRY SKIN NUTRITION diseduh dengan kuasa Biji Chia Putih, salah satu makanan unggul dari alam yang terkaya. Fitonutriennya yang poten membantu menyuburkan dan melindungi kecantikan kulit yang sihat dengan ketara. Chia Putih kami ditanam di ladang Nutrilite yang disahkan organik, membenarkan kebolehjejakan “biji ke kulit” yang tidak pernah berlaku dahulu – satu lagi sebab untuk mempercayai hasil yang tulen, selamat, berkesan daripada rumusan bersih ARTISTRY SKIN NUTRITION.

  • Biji yang unggul padat dengan nutrien, menyuburkan kulit
  • Meningkatkan fungsi perintang kulit
  • Kompleks Pencerahan Terpaten, digunakan dengan Buah Delima Nutrilite
  • Memberikan perlindungan antioksidan
  • Mengimbangkan mikrobiom kulit (paten belum selesai)

Hasil Yang Terbukti

Dalam ujian pengguna:

  • 92% bersetuju ia membersihkan liang roma dengan cepat, mudah dan berkesan.
  • 95% menyatakan ia tidak meninggalkan sisa berminyak pada kulit selepas membilas.
  • 94% percaya ia membuatkan kulit terasa bersih dan segar.

Maklumat Lanjut

Cara Mengguna

Lembapkan kulit dengan air panas segar. Dispens pembersih ke atas tapak tangan dan jadikannya berbusa. Urut dengan lembut pada kulit. Bilas hingga bersih dan lap kering. Elakkan daripada terkena mata.

Gunakan di waktu pagi dan malam.

Jenis Kulit

Berminyak, Biasa ke Berminyak

Isipadu

125 ml

Ramuan dan Kandungan

Water, Cocamidopropyl Betaine, Disodium Cocoyl Glutamate, Glycerin, Acrylates Copolymer, PEG-120 Methyl Glucose Dioleate, Sodium Cocoyl Glycinate, Phenoxyethanol, Sodium Chloride, Citric Acid, Menthyl Lactate, Fragrance, Benzoic acid, Disodium EDTA, Salix Alba (Willow) Bark Extract, Zinc PCA, Dehydroacetic Acid, Ethylhexylglycerin, Polyquaternium-7, Dextrin, Butylene Glycol, Lecithin, Tocopherol, Sodium Benzoate, Salvia Hispanica Seed Oil, Chlorphenesin, Propylene Glycol, Ceramide NP, Beta-Sitosterol, Perilla Ocymoides Leaf Extract, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Oenothera Biennis (Evening Primrose) Oil, Perilla Ocymoides Seed Oil, Maltodextrin, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Glycine Soja (Soybean) Oil, Potassium Sorbate, BHT

Balancing
Hydrating
SKIN NUTRITION

Pertingkatkan kulit anda dengan fito untuk kesegaran sepanjang hari dan penghidratan 24 jam