ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Fresh Shake Toner

Diseduh dengan Gel Biji Chia Putih, Balancing Fresh Shake Toner memberikan sokongan penting secara langsung kepada mikrobiom kulit, secara proaktif menstabilkan, menguatkan dan membantu mengekalkan keseimbangannya dengan meminimumkan pembentukan biofilem. Dirumus dengan Witch Hazel bukannya alkohol, ia tidak akan mengikis atau melemahkan perintang lembapan kulit.

Artistry Clean

Dengan mematuhi garis panduan Artistry Clean, penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus tanpa paraben, ftalat, minyak mineral, surfaktan berasaskan sulfat dan lebih daripada 1,000 bahan lain yang mungkin dibimbangi oleh pelanggan. Berdaftar dengan The Vegan Society dan bebas daripada bahan berasal terbitan haiwan, produk ini bersih, selamat dan diperbuat dengan standard pembuatan yang ketat, menjadikannya lebih baik untuk kulit dan planet kita.

Menangani 5 Keperluan Nutrisi Kulit

  • Membersihkan
    Memastikan kulit bersih, tenang dan bebas daripada perengsa yang memberi tekanan kepada kulit
  • Mengimbangkan
    Menstabilkan dan memupuk mikrobiom yang optimum
  • Membina Semula
    Mengukuhkan dan membaiki lapisan sokongan kulit untuk meningkatkan daya tahan, keanjalan dan kepejalan
  • Melembapkan
    Melembapkan kulit dengan penghidratan yang berpanjangan
  • Melindung
    Melawan penyerang alam sekitar dengan SPF dan antioksidan

Biji Yang Unggul (Superseed) dari Alam

Setiap produk ARTISTRY SKIN NUTRITION diseduh dengan kuasa Biji Chia Putih, salah satu makanan unggul dari alam yang terkaya. Fitonutriennya yang poten membantu menyuburkan dan melindungi kecantikan kulit yang sihat dengan ketara. Chia Putih kami ditanam di ladang Nutrilite yang disahkan organik, membenarkan kebolehjejakan “biji ke kulit” yang tidak pernah berlaku dahulu – satu lagi sebab untuk mempercayai hasil yang tulen, selamat, berkesan daripada rumusan bersih ARTISTRY SKIN NUTRITION.

  • Biji yang unggul padat dengan nutrien, menyuburkan kulit
  • Meningkatkan fungsi perintang kulit
  • Kompleks Pencerahan Terpaten, digunakan dengan Buah Delima Nutrilite
  • Memberikan perlindungan antioksidan
  • Mengimbangkan mikrobiom kulit (paten belum selesai)

Hasil Yang Terbukti

Dalam ujian pengguna:

  • 93% percaya ia membantu menghilangkan/mengawal minyak
  • 90% bersetuju ia meminimumkan liang roma yang ketara
  • 90% menyatakan ia memberikan kulit kemasan pusam yang lembut
  • 90% berpendapat ia tidak menyebabkan jerawat

Maklumat Lanjut

Cara Mengguna

Selepas pembersihan, goncang botol dan sapukan penyegar pada pad kapas atau jari dan tepuk-tepukan pada muka dan leher. Elakkan kawasan mata.

Gunakan di waktu pagi dan malam, selepas pembersihan.

Jenis Kulit

Berminyak, Biasa ke Berminyak

Isipadu

200 ml

Ramuan dan Kandungan

Water, hamamelis virginiana (witch hazel) water, propanediol, glycerin, butylene glycol, salvia hispanica seed extract, sodium citrate, silica, chlorphenesin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, HDI/Trimethylol hexyllactone crosspolymer, disodium EDTA, ceteth-20, salix alba (willox) bark extract, zinc PCA, phenoxyethanol, citric acid, Citrullus lanatus (watermelon) fruit extract, malpighia emarginata (acerola) fruit extract, lens esculenta (lentil) fruit extract, pyrus malus (apple) fruit extrct, fragrance, lactobacillus ferment, sodium hyaluronate, sodium lactate, lecithin, sodium PCA, potassium sorbate, sodium benzoate, glyceryl acrylate/acrylic acid copolymer, PVM/MA copolymer, salvia hispanica seed oil, ceramide NP, beta-sitosterol, Oenothera Biennis (evening primrose) oil, perilla ocymoides seed oil, tocopherol, glycine soja (soybean) oil, helianthus Annuus (sunflower) seed oil, BHT

Balancing
Hydrating
SKIN NUTRITION

Pertingkatkan kulit anda dengan fito untuk kesegaran sepanjang hari dan penghidratan 24 jam