ARTISTRY SKIN NUTRITION Hydrating Smoothing Toner

Penyegar ini memberikan penghidratan yang segar pada kulit selepas pembersihan. Liposom Chia Putih yang mengekalkan kelembapan membantu menyimpan lembapan kulit sendiri dan mencegah kehilangan lembapan.

Diseduh dengan Gel Biji Chia Putih, Hydrating Smoothing Toner memberikan sokongan penting secara langsung kepada mikrobiom kulit, secara proaktif menstabilkannya, menguatkannya dan membantu mengekalkan keseimbangannya dengan meminimumkan pembentukan biofilem. Dirumus dengan Likuoris, ia membantu menenangkan kulit.

Artistry Clean

Dengan mematuhi garis panduan Artistry Clean, penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus tanpa paraben, ftalat, minyak mineral, surfaktan berasaskan sulfat dan lebih daripada 1,000 bahan lain yang mungkin dibimbangi oleh pelanggan. Berdaftar dengan The Vegan Society dan bebas daripada bahan berasal terbitan haiwan, produk ini bersih, selamat dan diperbuat dengan standard pembuatan yang ketat, menjadikannya lebih baik untuk kulit dan planet kita.

Menangani 5 Keperluan Nutrisi Kulit

  • Membersihkan
    Memastikan kulit bersih, tenang dan bebas daripada perengsa yang memberi tekanan kepada kulit
  • Mengimbangkan
    Menstabilkan dan memupuk mikrobiom yang optimum
  • Membina Semula
    Mengukuhkan dan membaiki lapisan sokongan kulit untuk meningkatkan daya tahan, keanjalan dan kepejalan
  • Melembapkan
    Melembapkan kulit dengan penghidratan yang berpanjangan
  • Melindung
    Melawan penyerang alam sekitar dengan SPF dan antioksidan

Biji Yang Unggul (Superseed) dari Alam

Setiap produk ARTISTRY SKIN NUTRITION diseduh dengan kuasa Biji Chia Putih, salah satu makanan unggul dari alam yang terkaya. Fitonutriennya yang poten membantu menyuburkan dan melindungi kecantikan kulit yang sihat dengan ketara. Chia Putih kami ditanam di ladang Nutrilite yang disahkan organik, membenarkan kebolehjejakan “biji ke kulit” yang tidak pernah berlaku dahulu – satu lagi sebab untuk mempercayai hasil yang tulen, selamat, berkesan daripada rumusan bersih ARTISTRY SKIN NUTRITION .

  • Biji yang unggul padat dengan nutrien, menyuburkan kulit
  • Meningkatkan fungsi perintang kulit
  • Kompleks Pencerahan Terpaten, digunakan dengan Buah Delima Nutrilite
  • Memberikan perlindungan antioksidan
  • Mengimbangkan mikrobiom kulit (paten belum selesai)

Hasil Yang Terbukti

Dalam ujian pengguna:

  • 98% bersetuju ia membuatkan kulit terasa licin bak baldu.
  • 94% menyatakan ia menghidratkan kulit dengan serta-merta.
  • 94% bersetuju ia membantu menjadikan kulit tampak bermaya dan bertenaga.
  • 93% menyatakan ia memberikan seri yang tampak sihat.

Maklumat Lanjut

Cara Mengguna

Selepas pembersihan, sapukan penyegar pada pad kapas atau jari-jemari dan tepuk-tepuk pada muka dan leher. Elakkan kawasan mata.

Gunakan di waktu pagi dan malam, selepas pembersihan.

Jenis Kulit

Kering, Biasa ke Kering.

Kuantiti

200 ml

Ramuan dan Kandungan

Water, butylene glycol, Propanediol, Glycerin, Salvia Hispanica Seed Extract, Sodium Citrate, Chlorphenesin, Hydrolyzed Oats, Disodium EDTA, Acetyl Glucosamine, Ceteth-20, Citric Acid, Citrullus Lanatus (Watermelon) Fruit Extract, Dipotassium Glycyrrhizate, Malpighia Emarginata (Acerola) Fruit Extract, Lens Esculenta (Lentil) Fruit Extract, Pyrus Malus (Apple) Fruit Extract, Lactobacillus Ferment, Sodium Hyaluronate, Fragrance, Sodium Lactate, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate, Xanthan Gum, Lecithin, Potassium Sorbate, Gluconolactone, Sodium PCA, Glyceryl Acrylate/Acrylic Acid Copolymer, PVM/MA Copolymer, Salvia Hispanica Seed Oil, Carrageenan, Glucose, Ceramide NP, Beta-Sitosterol, Oenothera Biennis (Evening Primrose) Oil, Perilla Ocymoides Seed Oil, Tocopherol, Glycine Soja (Soybean) Oil, BHT, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil

Balancing
Hydrating
SKIN NUTRITION

Pertingkatkan kulit anda dengan fito untuk kesegaran sepanjang hari dan penghidratan 24 jam