ARTISTRY SKIN NUTRITION ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Matte Gel Lotion - Amway

ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Matte Gel Lotion

Adunan Ceri Aserola yang ditanam oleh Nutrilite serta Bunga Daisi dan Beri Hitam Australia, Kompleks Pencegah yang dikuasakan oleh fito merangsang sistem pertahanan semula jadi kulit sebanyak 350% (ujian in vitro), membantu mencegah dan melambatkan penampilan tanda-tanda penuaan awal yang ketara. Selain itu, Buah Delima yang ditanam oleh Nutrilite yang kaya dengan antioksidan membantu melindungi kulit daripada kesan enam jenis pencemaran utama yang merosakkan.

Artistry Clean

Dengan mematuhi garis panduan Artistry Clean, penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus tanpa paraben, ftalat, minyak mineral, surfaktan berasaskan sulfat dan lebih daripada 1,000 bahan lain yang mungkin dibimbangi oleh pelanggan. Berdaftar dengan The Vegan Society dan bebas daripada bahan berasal terbitan haiwan, produk ini bersih, selamat dan diperbuat dengan standard pembuatan yang ketat, menjadikannya lebih baik untuk kulit dan planet kita.

Menangani 5 Keperluan Nutrisi Kulit

  • Membersihkan
    Memastikan kulit bersih, tenang dan bebas daripada perengsa yang memberi tekanan kepada kulit
  • Mengimbangkan
    Menstabilkan dan memupuk mikrobiom yang optimum
  • Membina Semula
    Mengukuhkan dan membaiki lapisan sokongan kulit untuk meningkatkan daya tahan, keanjalan dan kepejalan
  • Melembapkan
    Melembapkan kulit dengan penghidratan yang berpanjangan
  • Melindung
    Melawan penyerang alam sekitar dengan SPF dan antioksidan

Biji Yang Unggul (Superseed) dari Alam

Setiap produk ARTISTRY SKIN NUTRITION diseduh dengan kuasa Biji Chia Putih, salah satu makanan unggul dari alam yang terkaya. Fitonutriennya yang poten membantu menyuburkan dan melindungi kecantikan kulit yang sihat dengan ketara. Chia Putih kami ditanam di ladang Nutrilite yang disahkan organik, membenarkan kebolehjejakan “biji ke kulit” yang tidak pernah berlaku dahulu – satu lagi sebab untuk mempercayai hasil yang tulen, selamat, berkesan daripada rumusan bersih ARTISTRY SKIN NUTRITION.

  • Biji yang unggul padat dengan nutrien, menyuburkan kulit
  • Meningkatkan fungsi perintang kulit
  • Kompleks Pencerahan Terpaten, digunakan dengan Buah Delima Nutrilite
  • Memberikan perlindungan antioksidan
  • Mengimbangkan mikrobiom kulit (paten belum selesai)

Hasil Yang Terbukti

Dalam ujian pengguna:

  • 95% percaya ia menyeimbangkan kulit
  • 88% menyatakan ia membantu membuatkan kulit tampak pusam sepanjang hari (8 jam)
  • 90% menyatakan ia membantu meminimumkan kemunculan liang roma
  • 97% berpendapat ia memberikan penghidratan yang sangat ringan
  • 89% bersetuju ia membantu mengawal minyak sepanjang hari (8 jam)
  • 95% bersetuju ia terasa sejuk pada kulit

Maklumat Lanjut

Cara Mengguna

Sapukan dengan rata dalam gerakan ke atas pada muka dan leher.

Gunakan pada waktu pagi dan malam. Di waktu pagi, ikuti dengan produk pelindung matahari pilihan anda.

Jenis Kulit

Berminyak, Biasa ke Berminyak

Penyimpanan

Simpan di dalam peti sejuk untuk kesan penyejukan tambahan

Kuantiti

50 ml

Ramuan dan Kandungan

Water, propanediol, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Salvia Hispanica Seed Oil, Isodecyl Neopentanoate, Glycerin, Squalane, Butylene Glycol, Dipropylene Glycol, Cetearyl Alcohol, Imperata Cylindrica Root Extract, silica, dimethicone, Chlorphenesin, Malpighia Emarginata (Acerola) Fruit Extract, Pentylene Glycol, Allantoin, Polysorbate 60, Isononyl Isononanoate, Maltodextrin, Cetearyl Glucoside, Fragrance, Salix Alba (Willow) Bark Extract, Phenoxyethanol, Sodium Hyaluronate, Dipotassium Glycyrrhizate, PEG-8, Pentadecalactone, Stearyl Glycyrrhetinate, Lecithin, Sorbitan Isostearate, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centipeda Cunninghamii Extract, Saccharide Isomerate, Salvia Hispanica Seed Extract, Punica Granatum Fruit Extract, Biosaccharide Gum-1, Carbomer, Zinc PCA, Rubus Fruticosus (Blackberry) Leaf Extract, Sodium Citrate, Ceramide NP, Potassium Sorbate, Beta-Sitosterol, Tocopherol, Citric Acid, Oenothera Biennis (Evening Primrose) Oil, Perilla Ocymoides Seed Oil, Glycine Soja (Soybean) Oil, Sodium Benzoate, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Blue 1 (CI 42090), Biotin, BHT

Balancing
Hydrating
SKIN NUTRITION

Pertingkatkan kulit anda dengan fito untuk kesegaran sepanjang hari dan penghidratan 24 jam