Kawaii Cool

Power Brow Pen - Ginza Cocoa

Untuk penampilan yang realistik, gunakan usapan lembut dan pendek mengikut alur kening anda. Untuk kening kawaii yang comel, tonjolkan dengan usapan yang lebih kuat serta bentuk yang lebih besar dan lebih jelas.

Rona:
  • Ginza Chai Latte
    (light brown)
  • Ginza Cocoa
    (dark brown)

Artistry Studio

Tokyo Edition

Diterangi warna-warna yang segar lagi moden di Jepun, ARTISTRY STUDIO Tokyo Edition mengabadikan fesyen yang menceriakan dan semangat yang lincah daripada kota metropolis yang sibuk ini.
Diinspirasikan oleh hiburan yang mengasyikkan di Tokyo dan kawasan membeli-belah di Shibuya, Ginza dan Harajuku, koleksi mekap ini juga menonjolkan warna-warna kimono dan bunga sakura yang cantik pada musim bunga.

Artistry Studio

ARTISTRY STUDIO terdiri daripada satu siri koleksi kecantikan yang diilhamkan oleh kota-kota terhebat di dunia dan gaya hidupnya – dari seni ke budaya dan fesyen. Ia mengabadikan apa yang menjadikan setiap kota ini berkembang maju, getaran dan nadinya, dan membawakan kepada anda warna dan tekstur yang mewakilinya.

#ArtistryStudio #passionista #WearItShareIt

Maklumat Lanjut

Nasihat / Langkah Keselamatan

  • Jangan gunakan produk selain daripada tujuannya.
  • Elakkan daripada terkena mata.
  • Hentikan penggunaannya dengan segera dan berjumpa doktor sekiranya berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan guna pada kulit merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

Penyimpanan

Tutup ketat selepas digunakan dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

Kandungan

10 ml