header-logo
ARTISTRY SKIN NUTRITION RENEWING REACTIVATION DAY LOTION SPF 30

Losyen pelembap muka dan pelindung matahari ini mengandungi Kompleks Pembaikan berkuasa fito agar kulit tampak lebih muda dan sihat. Bayam yang ditanam oleh Nutrilite serta Kunyit dan Bunga Tea Olive memulihkan keadaan kulit yang tampak muda sebanyak 600% (ujian ex vivo), membantu membalikkan kesan penuaan yang ketara

Kami sukakan tekstur losyen yang lembut dan tidak bergrisnya yang memberikan penghidratan 24 jam. Perintang Lembapan kulit diperkuatkan disebabkan oleh Mentega Shea, memberikan anda kulit wajah yang ternyata lebih licin dan lembut.

Sementara itu, Perintang Persekitaran kulit dilindungi dengan SPF 30 spektrum meluas bagi mencegah sebarang kerosakan matahari akibat sinar UVA dan UVB. Karnosin melawan kesan cahaya biru dan inframerah manakala Buah Delima yang ditanam oleh Nutrilite memberikan manfaat antipencemaran.

KESEMUA PELEMBAP ARTISTRY SKIN NUTRITION ADALAH:

  • Bukan komedogenik (tidak akan menyebabkan
    liang roma tersumbat atau tersekat)
  • Diuji oleh ahli dermatologi dan dari segi alahan
  • Secara klinikal terbukti lembut dan tidak begitu kuat
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Direka untuk mempersiapkan kulit bagi aplikasi solekan

Produk pelindung matahari ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus tanpa oxybenzone dan octinoxate yang telah menunjukkan beberapa bukti yang membahayakan ekosistem terumbu karang.

ARTISTRY CLEAN


Dengan mematuhi garis panduan Artistry Clean, penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus tanpa paraben, ftalat, minyak mineral, surfaktan berasaskan sulfat dan lebih daripada 1,000 bahan lain yang mungkin dibimbangi oleh pelanggan. Berdaftar dengan The Vegan Society dan bebas daripada bahan berasal terbitan haiwan, produk ini bersih, selamat dan diperbuat dengan standard pembuatan yang ketat, menjadikannya lebih baik untuk kulit dan planet kita.

MENANGANI 5 KEPERLUAN NUTRISI KULIT


MEMBERSIHKAN
Memastikan kulit bersih, tenang dan bebas daripada perengsa yang memberi tekanan kepada kulit

MENGIMBANGKAN
Menstabilkan dan memupuk mikrobiom yang optimum

MEMBINA SEMULA
Mengukuhkan dan membaiki lapisan sokongan kulit untuk
meningkatkan daya tahan, keanjalan dan kepejalan

MELEMBAPKAN
Melembapkan kulit dengan penghidratan yang berpanjangan

MELINDUNG
Melawan penyerang alam sekitar dengan SPF dan antioksidan

Biji yang Unggul dari Alam + Kompleks Pembaikan


Pelembap muka dan mata kami mengandungi Kompleks Pembaikan berkuasa fito. Adunan Bayam yang ditanam oleh Nutrilite serta Kunyit dan Bunga Tea Olive memulihkan keadaan kulit yang tampak muda sebanyak 600% (ujian ex vivo), membantu membalikkan kesan penuaan yang ketara.

Hasil yang Terbukti


Dalam ujian pelanggan:

  • 84% bersetuju ia membantu meminimumkan penampilan kedutan
  • 87% menyatakan ia membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus
  • 90% mempercayai ia membantu kulit tampak lebih pejal
  • 88% merasakan ia membuat tona kulit kelihatan lebih berseri
  • 84% menyatakan ia membuat tona kulit kelihatan lebih cerah
  • 91% bersetuju ia menjadikan tona kulit kelihatan lebih sekata
  • 96% menyatakan ia menjadikan kulit terasa terhidrat
  • 90% mempercayai ia memberikan kemasan separa lembap pada kulit
  • 92% menyatakan ia menjadikan kulit kelihatan sihat

MAKLUMAT LANJUT

CARA MENGGUNA

Tekankan 2-3 pam pada tangan dan sapukan dengan sekata dalam gerakan ke atas pada muka dan leher. Elakkan kawasan mata.

Gunakan setiap pagi.


JENIS KULIT

Sesuai untuk kulit berminyak yang matang.


KANDUNGAN

50ml


BAHAN-BAHAN

Air, Dimethicone, Octocrylene, Ethylhexyl Salicylate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Pentylene Glycol, Propanediol, Bis-PEG-18 Methyl Ether Dimethyl Silane, Mentega Butyrospermum Parkii (Shea), Butylene Glycol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP copolymer, Butyloctyl Salicylate, Polysorbate 80, Polysilicone-11, Cetearyl Glucoside, Phenoxyethanol, Minyak Biji Salvia Hispanica, Ekstrak Daun Spinacia Oleracea (Bayam), Tocopheryl Acetate, Chlorphenesin, Dipropylene Glycol, Allantoin, Carnosine, Dipotassium Glycyrrhizate, Haruman, Disodium EDTA, Isononyl Isononanoate, Ekstrak Bunga Osmanthus Fragrans, Tocopherol, Minyak Glycine Soja (Kacang Soya), Citric Acid, Lecithin, Ekstrak Buah Malpighia Emarginata (Aserola), Pentadecalactone, Ekstrak Biji Salvia Hispanica, Sodium Hyaluronate, Carrageenan, Ekstrak Buah Laureth-12, Punica Granatum, Chlorella, Ekstrak Vulgaris, Zinc PCA, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate, Ekstrak Akar Curcuma Longa (Kunyit), Ceramide NP, Sea Salt, Beta-Sitosterol, Minyak Oenothera Biennis (Evening Primrose), Minyak Biji Perilla Ocymoides, Minyak Biji Helianthus Annuus (Bunga Matahari), BHT


MEMPERBAHARUI KULIT MENUA, SECARA SEMULA JADI!

Rangsang kulit anda dengan kuasa fito untuk pengaktifan semula secara semula jadi dan antipenuaan lanjut.