KECANTIKAN YANG DIPERIBADIKAN PADA TAHAP TERBAIK
ARTISTRY SIGNATURE SELECT Brightening Body Cream
Manjakan diri anda dengan ARTISTRY SIGNATURE SELECT Body, suatu pengalaman penjagaan kulit badan yang menyeluruh. Koleksi ini menampilkan lima produk penjagaan badan berprestasi tinggi yang secara khusus diseduh dengan fitonutrien yang disumberkan oleh Nutrilite untuk kulit yang lebih sihat.
Gabungan Kecantikan dan Kesihatan yang Sempurna
Manjakan organ terbesar badan anda - kulit - dengan ARTISTRY SIGNATURE SELECT Body, suatu siri produk penjagaan badan yang dirumus untuk menangani masalah penjagaan kulit yang berbeza di seluruh badan Penggunaan yang kerap membantu menentang penuaan dengan melindungi kulit daripada radikal bebas dan mengurangkan tanda-tanda awal penuaan kulit yang biasanya ditemui pada tangan, lengan dan dada. Tingkatkan rejim penjagaan badan anda dengan fitonutrien yang disumberkan oleh Nutrilite yang eksklusif (Delima, Black Currant, Sitrus, Biji Chia Putih dan Ekstrak Teh Hijau), dipilih dengan teliti dan disempurnakan oleh kepakaran penjagaan kulit ARTISTRY. Bawa deria anda melayang di awang-awangan apabila anda mencipta rutin kecantikan badan anda yang tersendiri dengan lima produk yang unik ini sarat dengan haruman dan tekstur yang menyenangkan.
Rutin yang Sempurna
Membersihkan - Ucapkan selamat tinggal kepada kulit yang kasar dan kering menggunakan Purifying Body Cleanser ketika mandi setiap hari.Tambahkan dengan Polishing Body Scrub selepas membersihkan, sehingga dua kali seminggu. Melembapkan - Sapukan Hydrating Body Gel dan/atau Brightening Body Cream pagi dan malam untuk memastikan kulit anda kekal lembut dan terhidrat. Memejalkan - Sasarkan kawasan berselulit sebagai langkah terakhir untuk kulit yang lebih pejal dengan menyapu Firming Body Lotion dua kali sehari.
NASIHAT/LANGKAH BERJAGA-JAGA
  • Jangan gunakan produk selain daripada tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan daripada terkena mata.
  • Hentikan penggunaan dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan sapu pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • PENYIMPANAN
    Tutup rapat selepas digunakan dan simpan pada suhu bilik. Elakkan pendedahan langsung kepada cahaya dan haba.
    BERAT
    200g

    WARNA, TEKSTUR DAN KEMASAN YANG MENAWAN

    Serlahkan lagi kecantikan anda dengan rangkaian koleksi mekap kami.