header-logo
Cream Lipsticks
Dramatik lagi berani. Yakin dan ekspresif.
Jom lihat KILAUANNYA!
header-logo
Cream Lipsticks
Dramatik lagi berani. Yakin dan ekspresif.
Jom lihat KILAUANNYA!

ARTISTRY GO VIBRANT Cream Lipsticks mengandungi rumusan yang amat berkrim lagi menghidrat yang menghasilkan warna berimpak tinggi dengan satu sapuan!

Rahsianya: +190% rangsangan pigmen* yang menjadikan bibir sentiasa menyerlah dan bertenaga tanpa warna gincu merebak ke luar garis bibir agar bibir berasa lembut, lembap dan cantik dengan kemasan kilauan satin sepanjang hari.

Padat dengan bahan-bahan yang membelai kulit, ia memberikan yang terbaik daripada alam semula jadi dan sains dengan infusi penyerakan pigmen cecair yang mengandungi minyak botani berkepekatan tinggi.

*Berbanding ARTISTRY™ SIGNATURE COLOR Lipstick.

ARTISTRY GO VIBRANT Cream Lipsticks mengandungi rumusan yang amat berkrim lagi menghidrat yang menghasilkan warna berimpak tinggi dengan satu sapuan!

Rahsianya: +190% rangsangan pigmen* yang menjadikan bibir sentiasa menyerlah dan bertenaga tanpa warna gincu merebak ke luar garis bibir agar bibir berasa lembut, lembap dan cantik dengan kemasan kilauan satin sepanjang hari.

Padat dengan bahan-bahan yang membelai kulit, ia memberikan yang terbaik daripada alam semula jadi dan sains dengan infusi penyerakan pigmen cecair yang mengandungi minyak botani berkepekatan tinggi.

*Berbanding ARTISTRY™ SIGNATURE COLOR Lipstick.

ADA RONA UNTUK SEMUA!

Warna yang pekat kini membawa makna baru dengan pigmen berkeamatan tinggi yang dikisar tiga kali ganda agar lebih tepu dan diadun dengan pembaur cahaya untuk memantulkan warna yang lebih terang, lebih garang. Terdapat rona untuk dipakai dan disukai oleh semua dengan pigmen diadun pakar yang menyerlahkan semua tona kulit dalam tiga kumpulan rona:

Rona Pink hingga Berry merangsang keyakinan yang bersahaja untuk
siang mahupun malam, hari bekerja mahupun percutian santai.

Saturday
Peach

Weekend
Rosé

Mauvelous
Morning

Berry Special
Evening

Rona Coral hingga Red mengadunkan tarikan abadi dengan kuasa warna yang terang dan
garang untuk menyerlahkan semua yang memakainya.

Take Charge
Red

Text Me
Terracotta

Spice Meets
Nice

Crush on
Coral

Rona Nude hingga Brown meninggalkan impak yang mengagumkan dengan pelet warna nude
dan neutral yang mempesonakan.

Go-Go Cocoa

BAHAN-BAHAN YANG MEMBELAI BIBIR

 

Padat dengan bahan-bahan yang membelai bibir, ia memberikan yang terbaik daripada alam semula jadi dan sains dengan infusi penyerakan pigmen cecair yang mengandungi minyak botani berkepekatan tinggi agar bibir kekal lembut sambil menyerlahkan kilauan warnanya yang terang-benderang.

Setiap gincu menyuburkan dan mengurangkan penampilan garis halus secara intensif dengan infusi bahan-bahan botani yang bersih seperti:
  • Minyak Biji Chia Putih yang ditanam oleh Nutrilite™
  • Ekstrak Ginseng
  • Mentega Shea

DICIPTA BERSIH


Rumusan vegan ini memenuhi standard ARTISTRY™ Clean, set garis panduan yang ketat bagi memastikan produk ARTISTRY™ adalah tulen, selamat dan berkesan. Ia dirumus tanpa minyak mineral, paraben, ftalat atau mana-mana daripada lebih 1,300 bahan terlarang dalam Senarai Larangan kami. Ia juga tanpa haruman. Tidak mengandungi bahan yang berasal daripada haiwan; berdaftar dengan Vegan Society. Tidak diuji pada haiwan.

DIUJI PADA PENGGUNA*

 

Wanita menyukai ARTISTRY GO VIBRANT Cream Lipstick!

85% menyatakan bahawa ARTISTRY GO VIBRANT Cream Lipstick menjadikan bibir berasa lebih sihat.
*Selepas 3 hari dalam ujian pengguna n=100 wanita

PEMBUNGKUSAN BARU!

Mengambil inspirasi daripada LBD klasik (Little Black Dress), ARTISTRY GO VIBRANT Lipstick didatangkan dalam bekas putih segar dengan perincian hitam dan penutup tekan magnet untuk keanggunan kasual yang sepadan dengan setiap majlis. Karton adalah 100% boleh dikitar semula (di mana peraturan tempatan membenarkan).

MAKLUMAT LANJUT

CARA MENGGUNA
Bermula pada bahagian tengah atas bibir, sapu sambil menggerakkan ke arah tepi. Ulangi di bahagian bawah bibir, mengikut bentuk semula jadi bibir anda. Untuk warna lebih lembut, lebih nipis, sapukan dengan jari anda dengan memalit sepanjang bibir anda. Boleh dipakai di atas ARTISTRY GO VIBRANT Sheer Lip Balm untuk penghidratan tambahan.

NASIHAT / LANGKAH KESELAMATAN
  • Jangan gunakan produk selain daripada tujuannya.
  • Elakkan daripada terkena mata.
  • Hentikan penggunaannya dengan segera dan berjumpa doktor sekiranya berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan guna pada kulit merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

PENYIMPANAN

Tutup ketat selepas digunakan dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.


BERAT

3.8g/0.13 auns


BAHAN-BAHAN

OCTYLDODECANOL, POLYGLYCERYL-2 TRIISOSTEARATE, PENTAERYTHRITYL ADIPATE/CAPRATE/CAPRYLATE/HEPTANOATE, LILIN SINTETIK, DIISOSTEARYL MALATE, POLYGLYCERYL-2 ISOSTEARATE, VINYL DIMETHICONE/METHICONE SILSESQUIOXANE CROSSPOLYMER, COCO-CAPRYLATE/CAPRATE, ETHYLENE/PROPYLENE COPOLYMER, 1,2-HEXANEDIOL, DISTEARDIMONIUM HECTORITE, POLYGLYCERYL-6 POLYRICINOLEATE, SILICA DIMETHYL SILYLATE, SORBITAN ISOSTEARATE, TOCOPHERYL ACETATE, MINYAK BIJI SALVIA HISPANICA, AIR, LILIN COPERNICIA CERIFERA (KARNAUBA), MENTEGA BUTYROSPERMUM PARKII (SHEA), BUTYLENE GLYCOL, EKSTRAK DAUN ALOE BARBADENSIS, TOCOPHEROL, MINYAK BIJI HELIANTHUS ANNUUS (BUNGA MATAHARI), EKSTRAK AKAR PANAX GINSENG MUNGKIN MENGANDUNGI +/- TITANIUM DIOXIDE (CI 77891), IRON OXIDES (CI 77491, CI 77499), RED 7 LAKE (CI 15850), RED 28 LAKE (CI 45410), YELLOW 5 LAKE (CI 19140), YELLOW 6 LAKE (CI 15985), BLUE 1 LAKE (CI 42090)