Nectar Blossom & Pomelo Eau de Toilette Rollerball

Mesra kembara, pakai asing-asing atau gabungkannya untuk pengalaman yang berbeza. Sapukan pada titik nadi (bahagian dalam pergelangan tangan, tengkuk atau titik akutekanan (bahagian dalam siku, pada pelipis)

Haruman Gabung & Padan

Haruman-haruman ini direka supaya boleh dicampur. Jadi, anda bebas melapisinya, gabung dan padan untuk haruman yang disesuaikan bagi mencerminkan diri anda. Cipta adunan yang membuat anda rasa ayu, menggoda atau hebat.

Tip: Campurkannya. Mulakan dengan satu untuk waktu tengah hari yang menyegarkan, kemudian lapisi yang kedua untuk koktel malam yang glamor. Diinspirasikan oleh kota Shanghai yang mengujakan.

Haruman Flora Yang Anda Pasti Suka

Bunga Teratai & Violet
Bunga teratai segar mekar yang terang warnanya dan violet yang cantik diserlahkan lagi dengan dedaun mandarin dan buluh.

Bunga Nektar & Limau Bali
Kemanisan bunga nektar dengan aroma bunga-bungaan dan buah-buahan bersama limau bali dengan kesegaran sitrus yang berlatarkan taman fressia dan pir Asia.

Bunga Plum & Kesturi Vanila
Bunga plum yang berkembang mekar dengan aroma bunga-bungaan yang sensual dan kesturi vanila yang lembut perlahan-lahan menghangatkan perasaan dengan sedikit aroma bunga oren dan akar orris.

Maklumat Lanjut

Nasihat / Langkah Keselamatan

  • Jangan gunakan produk selain daripada tujuannya.
  • Elakkan daripada terkena mata.
  • Hentikan penggunaannya dengan segera dan berjumpa doktor sekiranya berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan guna pada kulit merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

Penyimpanan

Tutup ketat selepas digunakan dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

Kandungan

10 ml