Soft as Silk Hand Cream

Krim tangan ini memberikan kelembapan selama 8 jam yang mendalam dan lembut bak sutera. Emolien ringan yang menyerap dengan cepat dan mengekalkan penghidratan kerana krim ini melindungi kulit daripada serangan persekitaran dan memberikan manfaat antiradang.

Penjagaan Bersumberkan Alam

Delima yang ditanam oleh Nutrilite™ menawarkan manfaat antipencemaran kerana ekstrak Delima Nutrilite™ membantu melegakan kulit daripada kerengsaan yang disebabkan oleh bahan cemar dan terbukti dapat membantu melindungi kulit daripada kerengsaan yang disebabkan oleh enam jenis bahan cemar termasuk PM 2.5, PM10, ekzos diesel, asap rokok, debu bandar dan hidrokarbon aromatik polisiklik. Dirumus tanpa paraben dan mengandungi bahan pelembap dan perapi termasuk Gliserin, Natrium Hialuronat, Ekstrak Delima, Ekstrak Ginseng dan Ekstrak Teh Hijau, tekstur mewahnya adalah sangat bagus untuk tangan yang halus bak sutera dan kutikel yang lembut.

Tip: Simpan satu di rumah, di tempat kerja dan di dalam beg anda agar ia sentiasa ada bersama anda. Sapukan bila-bila anda inginkannya dan anda pasti menyukai bagaimana haruman yang digabungkan ini sentiasa berubah sepanjang hari.

Maklumat Lanjut

Nasihat / Langkah Keselamatan

  • Jangan gunakan produk selain daripada tujuannya.
  • Elakkan daripada terkena mata.
  • Hentikan penggunaannya dengan segera dan berjumpa doktor sekiranya berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan guna pada kulit merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

Penyimpanan

Tutup ketat selepas digunakan dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

Berat

3 × 30 g