Pacific Sunset Body Bar

Bayangkan warna-warna yang romantik dan ketenangan yang menyegarkan apabila menyaksikan matahati terbenam, yang diabadikan dalam sabun badan yang menarik ini. Harumannya yang memikat membuatkan anda terasa segar dengan suasana bunga-bungaan, buah-buahanan dan hutan pantai California yang menawan. Busanya yang kaya membersihkan dengan lembut dan menyuburkan dengan Minyak Zaitun, Mentega Shea dan Minyak Kelapa. Kulit rasa menawan dan licin bak sutera. Cara yang hebat untuk memulakan pagi anda atau berehat selepas hari yang memenatkan.

Petua: Setiap Sabun Badan adalah unik. Ketika anda menggunakannya, corak ombre akan berubah dan membentuk, mengingatkan anda warna-warni yang mendamaikan apabila matahari terbenam ke dalam laut di Santa Monica Pier. Anda pasti sukakan harumannya yang menenangkan.

Dakwaan Utama :
Rumusan bak sutera meresap mudah ke dalam kulit Dirumus TANPA paraben Bebas daripada bahan terbitan haiwan Diuji oleh ahli dermatologi Diuji untuk alahan

Artistry Studio

Bandar Malaikat


Inilah impian California yang terhebat. Kasual bertemu glamor. Tidak terlalu mencuba bertemu terinspirasi. Seni, kreativiti dan keghairahan tanpa batasan. Dari pantai Malibu ke karpet merah Hollywood, apa sahaja boleh berlaku dan anda boleh menjadi sesiapa sahaja yang anda mahu!

 

ARTISTRY STUDIO Los Angeles Edition yang baru dilancarkan dengan asas yang mudah dan mudah bawa. Pensel pewangi dan sabun badan dengan haruman yang membawa anda ke tempat adanya keajaiban. Mata dan bulu kening yang kalis air. Cahaya, kamera, aksi yang sangat berseri-seri untuk bibir dan pipi. Anda sentiasa bersedia untuk ditemui – dalam gambar Insta yang sempurna.


ARTISTRY STUDIO

ARTISTRY STUDIO merangkumi rangkaian koleksi kecantikan yang diilhamkan oleh dunia bandar-bandar terpanas dan gaya hidup mereka - dari seni hingga budaya hingga fesyen. Ia menangkap intipati apa menjadikan setiap bandar berkembang, getaran dan denyut nadi, dan membawa anda warna dan tekstur yang mewakili mereka.
#ArtistryStudio #passionista #WearItShareIt

MAKLUMAT LANJUT

NASIHAT / PERLINDUNGAN

• Jangan gunakan produk selain daripada tujuannya.
• Elakkan daripada terkena mata.
• Hentikan penggunaannya dengan segera dan berjumpa doktor sekiranya berlaku kerengsaan kulit.
• Jangan guna pada kulit yang merekah.
• Jauhkan daripada kanak-kanak.

Penyimpanan

Tutup ketat selepas digunakan dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

Berat

196g