Serlahkan mata anda. Pembayang yang sangat tahan lama dan berseri ini dicipta untuk kegunaan sepanjang hari. Ia juga kalis air, tahan ombak, kalis kolam air, tahan pantai, kalis peluh, tahan senaman dan secara positifnya sesuai untuk karpet merah. Batang pemalitnya lembut dan fleksibel agar dapat membayang, menggaris dan mengadun dengan mudah. Krim yang lembut bak sutera dan tahan comot ini diperkaya dengan bahan yang merapikan seperti Minyak Kelapa, Minyak Zaitun dan Mentega Biji Mangga. Disesuaikan dengan sempurna kepada rona yang lembut dan kemasan yang kelihatan lembap gaya LA. Rona semula jadi/neutralnya begitu berseri-seri dan memantul, terbina daripada sapuan yang hampir tidak kelihatan kepada suatu yang penuh bergaya. Bagaikan bintang sejati yang sedang menyerlah, mata anda akan memukau setiap saat.
Petua: Gandakan untuk glamor yang serta-merta. Gunakan LA Sand pada seluruh kelopak mata dan bawah kening, kemudian tambahkan LA Sunset hanya dalam lipatan. Rona cantik ini mewujudkan penampilan sofistikated yang benar-benar LA.
Inilah impian California yang terhebat. Kasual bertemu glamor. Tidak terlalu mencuba bertemu terinspirasi. Seni, kreativiti dan keghairahan tanpa batasan. Dari pantai Malibu ke karpet merah Hollywood, apa sahaja boleh berlaku dan anda boleh menjadi sesiapa sahaja yang anda mahu!
ARTISTRY STUDIO Los Angeles Edition yang baru dilancarkan dengan asas yang mudah dan mudah bawa. Pensel pewangi dan sabun badan dengan haruman yang membawa anda ke tempat adanya keajaiban. Mata dan bulu kening yang kalis air. Cahaya, kamera, aksi yang sangat berseri-seri untuk bibir dan pipi. Anda sentiasa bersedia untuk ditemui – dalam gambar Insta yang sempurna.
• Jangan gunakan produk selain daripada tujuannya.
• Elakkan daripada terkena mata.
• Hentikan penggunaannya dengan segera dan berjumpa doktor sekiranya berlaku kerengsaan kulit.
• Jangan guna pada kulit yang merekah.
• Jauhkan daripada kanak-kanak.
Tutup ketat selepas digunakan dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
4.5g