KUALITI UDARA IALAH KUALITI HIDUP
Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™
Tiga penapis untuk keberkesanan tiga kali ganda, pembersih udara Atmosphere Mini™ didatangkan prapasang dengan sebuah penuras 3 dalam 1 yang mengandungi kesemua tiga peringkat rawatan: prapenuras, penuras karbon dan penuras HEPA. Di dalam kotak tersebut, anda akan mendapat kord kuasa untuk unit.
MINI NAMUN TETAP BERKUASA
Pembersih udara Atmosphere Mini menawarkan prestasi luar biasa yang bertindak dengan:
• Menuras 99.99% bahan cemar bawaan udara dan memerangkap partikel sekecil 0.0024 mikron.
• Menggunakan penuras 3 dalam 1 untuk mengurangkan sehingga 300 bahan cemar bawaan udara dengan berkesan.
• Memberikan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) lebih daripada 130 cfm pada kelajuan 3.
• Membersihkan bilik bersaiz sehingga 200 kaki persegi / 18.6 meter persegi.
PENGESAHAN KESELAMATAN & KUALITI
Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™ telah diiktiraf oleh British Allergy Foundation Seal of Approval kerana keupayaannya dalam mengurangkan atau menyingkirkan alergen, sesuai untuk orang yang mengalami alahan.

Pembersih udara ini juga menerima Pensijilan CADR daripada U.S. Association of Home Appliance Manufacturers (AHAM) kerana dapat mengurangkan asap tembakau, habuk dan debunga bawaan udara pada jumlah aliran udara sebanyak 130 kaki persegi seminit (220 meter padu sejam) untuk penggunaan dalam bilik sehingga 200 kaki persegi (18.6 meter persegi).

*CADR ialah metrik utama yang digunakan untuk menilai prestasi sistem rawatan udara.
PENURASAN UDARA 3 DALAM 1 YANG BERKESAN
Penuras 3 dalam 1 pembersih udara Atmosphere Mini™ mengandungi komponen berikut:
Prapenuras Untuk menyingkirkan partikel besar
Penuras HEPA Untuk menyingkirkan 99.99% partikel sekecil 0.0024 mikron dengan berkesan
Penuras Karbon Untuk mengurangkan bau yang kurang menyenangkan

Penuras 3 dalam 1 harus diganti setiap 6 hingga 10 bulan bergantung pada penggunaannya bagi memastikan prestasi Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™ yang optimum.
Maklumat Waranti
3 Tahun
Aplikasi
Letakkan unit pembersih udara di dalam bilik atau ruang yang anda mahu, berhampiran dengan saluran keluar elektrik dan jauh daripada lubang pemanas dan kawasan lalu-lalang. Pastikan ruang di atas unit kosong untuk pengaliran udara yang baik.
Berat/Dimensi
Berat: 5.2kg
Dimensi: 35.7 (L) x 48.0 (T) x 26.0 (D) cm
Penggunaan Elektrik
Voltan: 100-240
Frekuensi: 50/60
Wattan: 38W
NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
Baca semua arahan sebelum menggunakan Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™.

AMARAN: Sentiasa ikuti langkah-langkah keselamatan asas untuk mengurangkan risiko kebakaran, renjatan elektrik dan/atau kecederaan semasa menggunakan peralatan elektrik.
Sokongan Pelanggan
Amway terus memastikan pengalaman pengguna yang hebat dengan menyediakan perkhidmatan di lokasi untuk semua produk Alatan Berteknologi Di Rumah Amway. Buat janji temu secara datang terus/e-mel di myhelpdesk@amway.com atau panggilan telefon ke Talian Khidmat Pelanggan Amway Malaysia di 03-7946 2800.

Berkuat kuasa mulai 1 Sep 2023. Janji temu tertakluk kepada ketersediaan slot (untuk permintaan hari yang sama).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim kami di sini: https://bit.ly/45n5drj
Pelanggan Sasaran
Semua umur

KUALITI UDARA ADALAH KUALITI HIDUP

Memberikan udara yang bersih di dalam rumah anda dengan 99.99% penurasan.